pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Thursday, February 2, 2012

Panas!!! Parti KITA dah sah di Bubarkan!!!

Parti Keadilan Insan Tanah

Air akan dibubarkan - Zaid Ibrahim


KUALA LUMPUR 2 Feb. - Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA) akan dibubarkan menerusi mesyuarat luar biasa (EGM) yang akan diadakan tidak lama lagi, kata presidennya,Datuk Zaid Ibrahim.


Beliau berkata, parti itu perlu dibubarkan “untuk membuang mana-mana dan semua keraguan yang kita sesungguhnya menyokong pembangkang", khasnya ketika sesetengah anggotanya di Kedah dan Pulau Pinang dengan secara

terbuka kritikal mengenai pakatan pembangkang PAS-DAP-PKR.


"Mereka sering melakukannya, yang jelas menunjukkan mereka tidak berminat dalam isu-isu sebenar membabitkan negara dan hanya mahu memalukan dan mencemuh pembangkang," katanya dalam laman web KITA,partikita.com hari ini.


Beliau berkata, ideanya menubuhkan sebuah parti politik yang menyokong idea-idea yang sederhana dan progresif serta membawa kesopanan dan ketertiban kepada wacana politik telah gagal.


"Saya belum berjaya membawa masuk jumlah anggota yang secukupnya yang berminat dalam idea demokratik, tadbir urus yang baik dan akauntabiliti di kalangan penjawat awam.


“Saya belum mampu mendapatkan dana yang mencukupi untuk mengurus aktiviti parti dan kawan-kawan yang telah berjanji membantu tidak berbuat demikian," kata beliau.


Zaid berkata, "minat mendalam media dalam isu yang remeh-temeh yang membabitkan parti itu "juga menunjukkan kesukaran yang akan terus dihadapi parti itu kerana "ada cukup orang di luar sana" yang hanya berminat untuk mengkritik kepimpinan beliau pada KITA dan mereka-reka berita untuk mencemuh beliau.


"Peribahasa Melayu, 'jika sesat di penghujung jalan,kembalilah ke pangkal jalan'."Kini saya sedar bahawa penubuhan KITA adalah satu kesilapan. Saya harap dapat menyediakan idea-idea alternatif dalam politik dan kepada kepimpinan pembangkang.


“Ini belum berlaku. Saya telah banyak membuat kesilapan dalam hidup saya tetapi saya tidak tawar hati," ujarnya.Bagaimanapun, Zaid berkata, beliau sangat yakin bahawa "perubahan akan berlaku untuk kebaikan negara" dan

menambah bahawa beliau akan melakukan, lagi dan lagi,dan tidak akan berhenti memberikan khidmat kepada orang ramai. - BERNAMA


Published with Blogger-droid v2.0.4

1 comment:

Anonymous said...

Bila KITA bubar nanti maka ahlinya bebas buat pilihan.

Kita kena sokong calon Melayu tanpa kira parti.Asal Melayu sahaja.

Kalau Melayu sama Melayu kita buat merit dan kelayakan calon dari aspek imej dan latar belakang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog