pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Monday, November 28, 2011

PANAS!! CEDERA PARAH DI SERANG BABI HUTAN!!

ini babi pas ni..

PENDANG - Seorang penduduk cedera parah selepas diserang babi hutan di belakang rumahnya di Kampung Pokok Tai Lama dekat sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 1 pagi itu, Nordi Said, 51, dikatakan keluar dari rumahnya setelah terdengar bunyi bising dan cuba meninjau keadaan yang disangkanya disebabkan oleh kambing orang kampung yang sering berkeliaran di kawasan rumahnya.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Yan pada pukul 2 pagi oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), sebelum dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim di Sungai Petani setelah keadaan mangsa menjadi kritikal.

Adik mangsa Jaafar Said, 37, yang tinggal berdekatan rumah mangsa berkata dia mengetahui kejadian yang menimpa abangnya itu daripada isteri mangsa yang datang ke rumahnya meminta pertolongan.

"Kakak ipar saya datang ke rumah saya untuk beritahu kejadian itu. Masa saya sampai di tempat kejadian saya lihat babi masih sondol abang dan gigit abang saya," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Jaafar berkata dia lalu menghalau binatang berkenaan dengan menggunakan ampaian besi.

"Bila saya cuba menghalau babi itu, babi itu serang saya pula. Bila saya lari, babi itu patah balik dan terus sondol abang saya.

"Saya terus berlawan dengan babi itu hingga babi itu akhirnya melepaskan abang saya dan lari masuk ke dalam hutan berhampiran," katanya yang memberitahu babi hutan itu adalah jenis babi tunggal yang besar.

Jaafar berkata doktor memaklumkan kepadanya bahawa abangnya mengalami pendarahan dalaman di bahagian dada dan masih belum sedarkan diri di wad kecemasan.

Katanya pihak JPAM telah menghubungi Jabatan Perhilitan untuk mencari babi hutan berkenaan. - Bernama

Ini semua disebabkan pembalakkan besar-besaran di Kedah. Menyebabkan babi hutan tadi masuk kampung dan mengamuk. Habitatnya di ganggu, akhirnya rakyat juga yang jadi mangsa amukkan binatang.

1 comment:

matrengganu said...

Alhamdulillah selamat. Nasib baik di sondol babi hutan, kalau di sondol orang permatang pauh lagi parah !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog