pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Friday, November 4, 2011

PANAS!! Parti Kita Hanya Bermimpi Untuk Menyingkirkan Pas dan Dap di Kedah!!



Cakap besar betul puak bodoh Pakatan kat Kedah ni.. berlagak gila..

Parti Kesejahteraan Insan Tanahair (Kita) hanya bermimpi di siang hari, jika benar mereka berhasrat menyingkirkan pemimpin DAP dan PKR pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik berkata, Kita adalah sebuah parti yang tidak relevan di negeri ini, malah pihaknya percaya calon parti itu yang bertanding pada PRU-13 akan hilang wang pertaruhan kelak.

“Pengerusi Kita Kedah, Zamil Ibrahim hanya bermimpi dan pasang angan-angan apabila dia mahu singkirkan pemimpin DAP dan PKR di negeri ini. Dia bercakap seolah tidak berpijak di bumi nyata, pastinya calon-calon mereka akan hilang deposit pada PRU-13,” katanya.

Guan Aik yang juga Adun Kota Darul Aman berkata, pihaknya percaya rakyat juga tidak terpengaruh dengan agenda perjuangan parti itu kerana tidak jelas dengan manifesto yang mereka laungkan.

“Saya andaikan Kita masih terlalu jauh untuk dapatkan sokongan rakyat pada PRU-13 akan datang. Bagaimanapun mereka ada hak untuk tetapkan sasaran, malah jika impikan kemenangan sekalipun, itu hak mereka,” katanya.

Menurutnya, Kita tidak akan mampu menjejaskan kredibiliti DAP berikutan parti itu mempunyai rekod yang baik selain sudah lama bertapak di negara ini, iaitu 44 tahun.

Pengerusi PKR Kedah, Datuk Wan Salleh Wan Isa pula menyifatkan Zamil tidak layak mengeluarkan kenyataan yang angkuh seperti itu, sedangkan parti itu baru berusia setahun jagung.

“Jika pemimpin sebuah parti begitu angkuh, adakah rakyat dapat menerima kehadiran mereka? Hanya rakyat yang boleh singkirkan PKR atau DAP, bukan Kita. Namun PKR tidak tergugat langsung dengan kehadiran calon Kita,” katanya.

Menurutnya, agak pelik apabila Kita mengumumkan bertanding di 12 kerusi Dun dan enam kerusi Parlimen, sedangkan parti itu tidak turun padang di kesemua kawasan bertanding.

“Mendekati rakyat bukan apabila mahu bertanding dan dekat musim pilihan raya sahaja, memberi khidmat kepada rakyat dibuat sepanjang tahun. Adakah mereka benar-benar bersedia berdepan calon berpengalaman jika calon mereka tidak pernah bertemu rakyat,” katanya.

Wan Salleh berkata, walaupun kerusi yang ditandingi Kita agak banyak bagi sebuah parti yang baru, pihaknya tidak bimbang dengan kehadiran mereka kerana yakin sokongan rakyat Kedah tetap memihak kepada Pakatan Rakyat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog