pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Friday, November 4, 2011

Mampuih dah.. Habis la GOMEN Melayu kena buang kerja, kalau Pakatan Haram memerintah!!


Tahniah la pada kakitangan awam yang menyokong Pakatan Rakyat yang haram jadah tu. Berita baik pada semua gomen yang berbangsa Melayu Islam. Sumber ini Mc ambil dari blog Pisau.net. Mengikut apa yang dikhabarkan oleh Akhbar oleh akhbar bahasa cina ni kakitangan kerajaan akan dipilih mengikut merit mengikut kebolehan masing2.

Maknanya banyak la orang gomen yang bakal kena tendang kelak kalau tak sampai tahap merit tu. Ini peluang mereka untuk mengimbangi kembali peratusan kaum dalam kakitangan kerajaan sekarang. Sampai pada masa tu, pada kakitangan kerajaan pembangkang yang selalu berkempen lebih pada kerja tu pasti akan gagal mencapai tahap merit kerana prestasi mereka sangat teruk.

Mereka ni lebih 'mengular' dari bekerja, mau tak teruk! Politik 24jam!





Jika Pakatan Pembangkang memerintah, kakitangan awam akan dikurangkan separuh setiap tahun, termasuk mengambil contoh cara negera China kurangkan kakitangan awam yang berlebihan. Bagi kakitangan awam yang kurang berkesan menjalankan tugas, mereka akan ditempatkan di rumah dan diberi separuh gaji, supaya pihak kerajaan dapat kurangkan perbelanjaan yang begitu besar untuk kakitangan awamnya.

Setiausaha Bahagian Penerangan DAP Tony Pua Kiam Wee berkata, jika Pakatan Pembangkang dapat memerintah kerajaan pusat, Pakatan akan kemukakan satu projek yang dinamakan "Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam" untuk mengurangkan bilangan kakitangan awam berperingkat-peringkat setiap tahun.

"Pakatan Pembangkang tidak akan gunakan budaya lama yang dilakukan oleh kerajaan membuat pengambilan graduan universiti untuk dimuatkan ke dalam sektor kerajaan, pada masa sama mungkin Pakatan akan buat penambahan kakitangan awam, tetapi penambahan itu perlu berkualiti tinggi, dan memilih kakitangan awam yang punyai daya saing."

Kakitangan Awam Yang Sudah Berusia Dibiar Bersara Cepat.

Tony Pua berkata, Pakatan akan menggalakkan kakitangan awam yang sudah tua dinasihatkan berhenti kerja. Ia akan ambil contoh cara negera China bagaimana mereka kurangkan kakitangan awam termasuk kakitangan awam yang kurang berprestasi. Kakitangan awam yang diberhentikan ini akan mendapat pampasan separuh gaji, supaya pihak kerajaan dapat kurangkan bebanan dan tanggungan kos untuk membayar gaji kakitangan awamnya.

Tony Pua Kiam Wee berkata demikian semasa menghadiri seminar bertajuk "Ke Mana Perginya Wang Titik Peluh Kita? Beranikan Diri Untuk Bentangkan Bajet 2012" yang diajurkan oleh pemuda DAP negeri Johor. Ucapan dalam seminar politik itu, sebagai membalas soalan-soalan daripada orang ramai terhadap kakitangan awam negara ini yang berlebihan. Dalam seminar itu, selain Tony Pua Kiam Wee, turut hadir juga Teo Nie Ching Timbalan Setiausaha Penerangan DAP, ketua pemuda DAP negeri Johor dan setiausaha DAP negeri Johor. Mereka dapat mengumpulkan seramai 200 peserta yang mengambil berat tentang Bajet 2012.

Tony Pua Kiam Wee juga berkata, buat masa ini kakitangan awam yang berjumlah 1.3 juta orang di negara ini, dengan nisbah 4.6 peratus daripada penduduk negara; jika dibandingkan dengan negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan Korea, bilangan kakitangan awam mereka hanya 2 peratus daripada jumlah penduduk negara tersebut.

1 comment:

Anonymous said...

Sebenarnya mereka bukan ikut merit. Mereka akan kelaskan kakitangan awam. Mana yang sokong depa kekal. Yang tak sokong akan mereka singkirkan. Itulah dasar mereka. Merit itu hanya auta. Puak-puak Melayu yang dok sokong puak PR ni sekarang memang bodoh dan bahlol. Tak sedar diri. Tak sedar diuntung. Kerajaan BN tak pernah kelaskan kakitangannya walaupun ada yang terang-terang sokong pembangkang. Itulah kehendak Islam. Kenapa puak-puak PAS ni tak bising dengan kegelojohan Parti PAS mengisi jawatan dalam GLC dengan suku sakat mereka???????bukankah itu nepotisme dan kronisme.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog