pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Thursday, November 3, 2011

Antara Ambiga dan PAS


Rasa macam nak menangis dengan ulasan Khalid Abdul Samad






THURSDAY, NOVEMBER 3, 2011

Seksualiti Merdeka: PAS Enggan Dikait Dengan Ambiga

KUALA LUMPUR: PAS tidak mahu penglibatan Pengerusi Gabungan PilihanRaya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga pada Program Seksualiti Merdeka 2011 dikaitkan dengan parti itu kerana penganjurannya jelas bertentangan dengan Islam.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, walaupun pembangkang dilihat sentiasa bekerjasama rapat dengan Ambiga dalam pembagai isu, namun kali ini mereka menegaskan tidak akan menyokong pendirian bekas Presiden Majlis Peguam tersebut.
"Itu adalah pendirian beliau, ia tak ada kena mengena dengan PAS, PKR atau DAP. Ia pendirian beliau sendiri.
"Bagi kami ia jelas bercanggah dengan ajaran Islam. Kami tak akan bersama atau sokong Ambiga," katanya kepada mStar Online di sini, Rabu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penganjuran Program Seksualiti Merdeka anjuran beberapa gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang turut mendapat sokongan Majlis Peguam dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram).
Program berkenaan yang bermula hari ini sehingga 13 November depan dianjurkan bagi memperjuangkan kesaksamaan jantina termasuk untuk golongan homoseksual dan lesbian.
Difahamkan Ambiga akan merasmikan program yang berlangsung di Galeri Annex, Kuala Lumpur pada 9 November depan.
Sementara itu diminta mengulas sama ada PAS akan menganjurkan bantahan mengenai penganjurannya, Khalid berkata, parti itu memilih untuk tidak menggunakan kekerasan dalam mendidik golongan tersebut.
"Nak didik bukan dengan cara halang atau demonstrasi tapi beri penjelasan.
"Kita akan cuba mempengaruhi masyarakat supaya tidak memberi sambutan kepada program seperti itu...kita tak boleh atasi dengan kekerasan atau paksaan," katanya.

2 comments:

Anonymous said...

khalid gereja nak bermain dgn kata2 munafik dia ya......takpa, biarkan dia, inilah contoh manusia munafik tak ada tuhan dlm hati. tuhan dia di bibir shj itupun ditukar2 dgn tuhan kristian....WAHAI ALLAH TUHAN YG MAHA AGUNG DAN PERKASA, KAU BELITKANLAH LIDAH PUAK MUNAFIK INI AGAR DIA KENAL KAU SEMULA WAHAI ALLAH.

Anonymous said...

Ambiga bukan org Islam dan bukan ahli PAS, xda kena mengena soalan mana perginya Tuan Guru Haji Hadi dan Mat Sabu. PAS menentang Program tersebut awal2 lagi dah cakap, PAS parti yg adil, mana yg x betul kita tentang, yg baik kita sokong, tapi mcm mana pulak dgn pemimpin2 UMNO xde respon pun tentang program tu, macam setuju saja.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog