pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Wednesday, April 18, 2012

Panas!!! Pendedahan kelemahan pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah di dalam menyelesaikan masalah Pusat Pengajian Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang gagal membayar hutang.

Nampaknya kerajaan Pas Kedah terus bermasalah apabila sidang dun semalam membongkarkan segalanya mengenai hutang KUIN yang belum diselesaikan.Sebagai contoh, Kuin mempunyai tunggakan hutang sebanyak RM60,000 dengan salah sebuah klinik panelnya, menyebabkan kemudahan itu dibekukan sementara waktu. “Kini kakitangan Kuin tidak dapat lagi menggunakan kemudahan itu dan terpaksa mengeluarkan duit sendiri ketika mendapatkan rawatan di klinik berkenaan. Kata Ketua Pembangkang Kedah Mahadir Khalid “Kalau dengan jumlah kecil pun tidak dapat dibayar, apa tah lagi dengan hutang yang mencecah ratusan juta ringgit membabitkan pinjaman dengan Bank Islam untuk membiayai pembinaan kampus di Kuala Ketil,” kata beliau selepas sidang Dun Kedah ditangguhkan bagi pesi pagi semalam. Menurutnya, beliau juga mempunyai bukti bahawa beberapa syarikat kini mengemukakan saman terhadap Kuin di mahkamah akibat kegagalan institusi pengajian itu menepati syarat perjanjian yang dipersetujui sebelum ini.“Sebuah syarikat megemukakan saman untuk menuntut semula kos yang dikeluarkan bagi menyediakan 300 katil untuk penginapan pelajar Kuin pada tahun lalu.“Semuanya sudah disediakan tetapi pelajarnya tidak datang,” katanya. Mahdzir yang juga Adun Pedu berkata, mengikut perkiraaan, Kerajaan Negeri perlu membayar RM44 juta setahun selama 15 tahun kepada Bank Islam untuk melunaskan hutang RM300 juta itu.Selain itu, beliau mendakwa perbelanjaan untuk membayar gaji sesetengah pensyarah Kuin didapati terlalu tinggi kerana ada yang mencecah sehingga RM35,000 sebulan. “Kita tahu sumber utama perolehan Kuin adalah dari yuran pengajian.Adakah mereka mampu mengekalkan perbelanjaan yang semakin meningkat dengan hanya bergantung kepada sumber seperti itu.“Kita ingin mendapat penjelasan daripada Kerajaan Negeri mengenai kedudukan kewangan Kuin," katanya. Di dalam sidang dun juga soalan berkaitan dengan KUIN ditanya,namun Azizan hanya jawab 'tak tahu' 'saya tak tahu' dan 'tak tahu' apa yang MB Kedah sekarang tahu pun, kita pun tak tahu. Adakah dia ni layak jadi MB? nanti PRU kita TOLONG bagi dia tahu! Pisau Kedah:- Team Media Kedah akan dedahkan satu persatu hutang KUIN..Azizan minta buat kerja secara islam,yang berhutang tak mau bayaq tu buat kerja secara islam ka??
Published with Blogger-droid v2.0.4

3 comments:

Lebai Yaman said...

amboi kalau ceramah pas punyalah mohong besak kat taman mahsuri padang serai baru ni.

kata kerajaan kedah cekap bersih tak ada hutang.mohong bagi dua.

rupa nama ust pun kaki mohong juga.

depa ingat yg dengak budak tadika taski kot.boleh mohong.

kalau mohong ini pas lah.

nohong rakyat kerana undi.

Anonymous said...

mak oi,indah khabar dari rupa pentadbiran pas

pengundi kedah dari selatan malaysia said...

teruk betul la pas.tak baik hutang tak bayar,memalukan betul.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog