pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Wednesday, April 11, 2012

Panas !!! Nurul Izzah,anak emas Anwar mendapat pujian penduduk kampung Kerinchi

Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi,dalam menjadi Ahli Parlimen,Nurul Izzah bersikap seperti bapanya yang hanya pentingkan keuntungan politik lebih dari nasib rakyat,Nurul Izzah juga suka timbulkan suasana tegang untuk meraih simpati untuk menunjukan kekejaman orang lain seperti juga bapanya.

Terbaru,Nurul Izzah cuba cetuskan ketegangan di dalam permasalan penduduk Kerinchi,namun tindakan menimbulkan Ketegangan yang cuba di cetuskan Nurul Izzah tidak berhasil,kerana penduduk Kerinchi tahu Nurul Izzah hanya mahu memperbodohkan mereka,demi kepentingan politiknya.Tindakan bodoh Nurul Izzah telah mendapat pujian dari penduduk Kerinchi....


PENDUDUK FLAT 4 TINGKAT KERINCHI UCAP TERIMA KASIH KEPADA NURUL IZZAH!!

Ucapan terima kasih ni aku sampaikan kat Nurul Izzah bagi pihak 432 keluarga yang menerima tawaran pembangunan semula Flat 4 Tingkat Kerinchi:

1. Terima kasih Nurul kerana menyebabkan pembangunan semula rumah kami tergendala. Kalau pembangunan mula semasa tahun 2009 dulu, tahun depan kami dah dapat rumah baru!!

2. Terima kasih Nurul kerana menyebabkan perpecahan antara jiran-tetangga yang dulunya mempunyai hubungan erat. Kerana engkaulah jiran yang dulu sering bertegur-sapa, sekarang bila jumpa dah bermasam muka.

3. Terima kasih Nurul kerana membawa masuk orang asing untuk campur tangan dalam urusan rumahtangga kami.

Kawasan ini 100% Melayu, tapi kau bawa masuk samseng Cina dan Indiauntuk buat kacau. Kau bawa masuk orang luar yang takda kena-mengena dengan Lembah Pantai untuk buat kecoh.

Siapa Adam Adli?

Dia bukan orang Kerinchi.

Dia bukan orang Lembah Pantai.

Dia bukan orang KL.

Dia tak pernah ambil peduli pasal Lembah Pantai sebelum ni.

Jadi, mengapa dia datang buat kacau?

Ucapan terima kasih ni aku sampaikan kat Nurul Izzah bagi pihak 35 orang yang menolak tawaran pembangunan semula Flat 4 Tingkat Kerinchi:

1. Terima kasih Nurul kerana menghasut kami untuk menolak tawaran pembangunan semula rumah kami. Kerana kamu, kami hilang peluang untuk dapat pampasan lebih tinggi dan hilang peluang untuk dapat rumah baru.

Kalau kami terima tawaran dulu, dah dapat rumah baru bernilai RM250,000. Tapi kau hasut kami untuk tuntut RM600,000.

Sekarang, apa yang kami dapat? RM73,000 sahaja. Rumah pun tak dapat.Nasib baik Dato’ Raja Nong Chik bantu kami untuk menyewa rumah PPR.

Ni dia aksi Nurul main futsal masa penduduk Flat 4 Tkt sibuk berpindah.

 
Dato' Raja Nong Chik bersama Hj Hashim Selim, bekas Pengerusi Jawatankuasa Bertindak yg mewakili penduduk yg membantah

Ahli BN & UMNO sedang sibuk bantu penduduk berpindah

2. Terima kasih Nurul kerana TAK bantu kami pindah dan langsung TAK jenguk keadaan kami. Kami sedar, main futsal dan badminton lebih penting dari bantu kami untuk pindah.

Nasib baik Dato’ Raja Nong Chik bantu kami pindah bersama orang BN & UMNO.  Lori disediakan. Tenaga kerja disediakan. Tikar getah pun Dato Raja Nong Chik bagi untuk rumah kami.

Ucapan terakhir ni aku sampaikan kat Nurul Izzah bagi pihak SEMUA penduduk Flat 4 Tingkat Kerinchi:

TERIMA KASIH BANYAK NURUL IZZAH!! TOLONG JANGAN GANGGU KAMI SELEPAS INI. PILIHAN RAYA NANTI KAMI AKAN BER’TERIMA KASIH’ LAGI KEPADA KAMU!!

PTUIHHHH!!!!

(sumber :-klik sini)

Pisau Kedah:-


Kan dah kena ludah oleh penduduk Kerinchi,baru Nurul Izzah ada akai.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog