MTRK terus desak Nik Aziz letak jawatan
Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK)mendesak Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meletakkan jawatan berikutan kegagalan kerajaan pimpinannya untuk membekalkan 40 peratus bekalan air bersih kepada rakyat walaupun sudah menerima pinjaman mudah dari Kerajaan Persekutuan RM600 juta.
Presidennya, Azmi Ali berkata, Nik Abdul Aziz juga perlu menyatakan segala perbelanjaan yang melibatkan peruntukkan tersebut secara telus kerana sehingga hari ini ia tidak menampakkan sebarang kesan.
Beliau berkata, 60 peratus pengguna air di negeri ini masih menghadapi masalah air berkeladak, berkarat dan sebahagiannya terpaksa menanggung caj penggunaan yang tinggi hanya kerana kesan tekanan angin yang menerjah meter yang dipasangkan oleh Air Kelantan Sendirian Bhd. (AKSB).-utusan-
Pisau Kedah:-
Tak ada gunanya mendesak,sampai ke mati la dia nak pegang jawatan
No comments:
Post a Comment