pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Thursday, April 5, 2012

Panas!!! Benarkah Adun Kuala Nerang yang di katakan mahu melompat parti seorang yang telus dalam UMNO???

ALOR SETAR - Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim malam tadi mengumumkan dirinya muflis setelah gagal membayar baki hutangnya dengan bank tempatan berjumlah RM8 juta.

Naib Ketua Umno Bahagian Padang Terap itu berkata, hutang tersebut adalah sebahagian daripada pinjaman RM50 juta yang diambil pada 1998 untuk membolehkan syarikatnya, Kulim Enterprise Sdn Bhd, disenaraikan di papan kedua Bursa Saham Malaysia pada masa itu.

Bagaimanapun, negara mengalami kegawatan ekonomi ketika itu dan syarikatnya gagal disenaraikan,menyebabkan beliau terpaksa menanggung hutang berkenaan,Syed Sobri pada majlis perjumpaan dengan kira-kira 300 anggota dan pemimpin akar umbi Umno bahagian itu di rumahnya malam tadi bagi menjelaskan kedudukan sebenar.Beliau berkata pada Disember lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengisytiharkannya sebagai muflis.

Syed Sobri berkata pemimpin Umno telah dimaklumkan mengenai perkara itu, begitu juga dengan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, yang ditemuinya semalam.Beliau berkata Azizan tetap menyuruhnya hadir pada persidangan Dewan Negeri Kedah yang akan bermula 17 April ini.

Bagaimanapun, Syed Sobri tidak akan berbuat demikian kerana berdasarkan undang-undang negeri, beliau telah hilang kelayakan sebagai wakil rakyat berikutan statusnya sebagai muflis.

Perkara 47(1)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan negeri Kedah menyatakan seorang anggota Dewan Negeri hilang kelayakan jika ia seorang muflis yang belum dilepaskan.Pada Pilihan Raya Umum 2008, Syed Sobri yang bertanding buat pertama kali telah menewaskan calon PAS Zawawi Ahmad dengan majoriti 805 undi. - Bernama

Pisau Kedah:-

Dah lama dah Adun ini di katakan nak lompat parti,mungkin dengan memberi kenyataan bahawa dia nak lompat parti,maka UMNO Pusat dapat membantu selesaikan hutangnya sehingga membuatkan ia muflis..apa yang Pisau Kedah dapat tahu..Adun ini pernah meminta bantuan dari PAS Kedah sebelum ini,namun PAS Kedah tak dapat membantunya untuk selesaikan masalah hutangnya yang membuatkan dia muflis??

Adun berkenaan tak patut bebai bila tak dapat pertolongan.,bebai sikit nak ugut lompat parti,marah sikit nak ugut lompat parti.Sebagai "orang lama UMNO" yang berpengalaman di Kedah, Pisau Kedah harap "Datuk" tu berfikir secara bijak dan matang dalam hal ini. Ada jalan untuk selesaikan masalah. Marahkan nyamuk, jangan pula dibakar kelambu. Pisau Kesah percaya "Datuk" mampu selesaikan masalah sendiri.."pelan-pelan" laaa...

teruskan membaca berkenaan Adun ini di :- dukeofumno.blogspot.com/2012/04/panasss-adun-kedah-merajuk-tak-dapat.html?m=0

Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog