pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Thursday, April 5, 2012

Maklumat 18 perkara di terima,4 perkara di tolak Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) behubung penambahbaikan proses pilihan raya

Ahli-Ahli Parlimen Pembangkang didakwa tidak berpuas hati dengan 4 daripada 22 laporan yang dibangkitkan menerusi PSC dan beberapa Ahli Parlimen termasuklah Azmin Ali (PKR - Gombak) bangun mahu satu laporan manoriti disertakan.Lantas keadaan yang semakin kecoh telah menyebabkan Speaker bertindak mengarahkan 3 Ahli Parlimen iaitu Azmin Ali (PKR - Gombak), Sivarasa Rasiah (PKR - Subang) dan Dr. Dzulkefly Ahmad (PAS - Kuala Selangor) keluar dari dewan kerana bertindak melanggar arahan Speaker

Berikut adalah syor-syor yang dipersetujui oleh semua Jawatankuasa Pilihan
Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya:

1-Memberi kemudahan kepada rakyat Malaysia di luar negara sama ada mengundi di Perwakilan Malaysia atau secara pos.

2- Pengundi luar kawasan.

3- Tarikh pembubaran Parlimen.

4- Kerajaan sementara (caretaker government).

5- Penguatkuasan peraturan sedia ada berhubung kesalahan memberikan maklumat palsu dalam urusan pendaftaran.

6- Akses media yang bebas dan saksama;

7- Pembersihan daftar pemilih yang berterusan.

8- Penelitian daftar pemilih bagi alamat-alamat yang mempunyai ramai pemilih berdaftar.

9- Bantahan terhadap daftar pemilih yang telah diperakui melalui aduan atau maklum balas daripada parti politik, pertubuhan bukan kerajaan dan sebagainya.

10- Penggunaan alamat selain alamat mastautin pada kad pengenalan sebagai alamat pendaftaran untuk menentukan bahagian pilihan raya.

11- Memperkasakan kedudukan SPR.

12- Penstrukturan dan pengukuhan SPR.

13- Memperluaskan Akademi Pilihan Raya.

14- Pengasingan fungsi utama SPR.

15- Pengagihan kerusi Dewan Rakyat bagi negeri Sabah dan Sarawak.

16- Persempadanan bahagian pilihan raya yang seimbang.

17- Peruntukan dana kepada parti politik

18- Sistem pilihan raya baru.

Berikut adalah syor-syor yang tidak mendapat persetujuan sebahagian ahli jawatankuasa:

1- Memberi kemudahan mengundi secara pos kepada petugas SPR dan media.

2- Membenarkan prapendaftaran seseorang warganegara untuk didaftarkan sebagai pemilih apabila mencapai umur 20 tahun.

3- Memanjangkan tempoh berkempen.

4- Kajian ke arah pendaftaran secara automatik.

Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog