pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Tuesday, April 3, 2012

FGVH: MAZLAN ALIMAN KINI "MERAUNG MINTA NYAWAAAA"...


mazlan aliman jail
Saya menjangkakan bahawa Mazlan Aliman tengah “menggelupur” sekarang. Bagai cacing kepanasan, bagai syaitan mendengar azan. Apa tidaknya apabila semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bakal mengumumkan durian runtuh buat peneroka Felda pada Mei ini.

Dan hari ini, dalam ucapan teks beliau yang dibaca Timbalannya, Najib menegaskan sekali lagi bahawa penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia tidak langsung melibatkan tanah peneroka walau seinci pun! Puas hati?

Sebelum ini, Pak Sam yang merupakan Ketua Peneroka kurang jelas mengenai penyenaraian FGVH. Begitu juga GWGF yang dilihat seolah-olah kecewa kerana “boss”nya tidak dilantik menjadi Pengerusi Felda.

Tapi kini mereka sudah jelas, faham dan menyokong penyenaraian tersebut. Mereka pula sanggup turun padang menjelajah dari tanah rancangan ke tanah rancangan untuk memperjelas mengenai penyenaraian FGVH tersebut.

Mazlan Aliman sebelum ini menuduh bahawa ‘durian runtuh’ yang mahu diberikan kepada peneroka adalah hasil jualan saham KPF kepada Felda Holdings. Dan dia kemudian menyekat penjualan kepentingan KPF kepada Felda Holdings melalui injunksi mahkamah.

Ramai peneroka marah padanya kerana menghalang KPF dapat keuntungan jangka panjang dan pendek dari penyenaraian FGVH tersebut. Tapi dia buat “kering” saja dan gembira sebab berjaya sabotaj Felda dan agenda kerajaan nak mengkayakan peneroka.

Tapi, kali ini tentu dia tertanya-tanya, dari mana Felda dan kerajaan dapat duit untuk dihadiahkan runtuh pada peneroka setelah kepentingan KPF tidak dapat dijual. Mungkin dia tak tidur malam sambil tergaru-garu kepala memikirkan hal tersebut.

Menurut Najib, para peneroka dijangka akan “tersandar” dan “rebah dalam kejutan” mendengar jumlah “durian runtuh” untuk mereka pada Mei ini. Kenyataan itu mampu buat Mazlan Aliman “stroke” atau sakit jantung! Persoalannya, dari mana pulak sumber “durian runtuh” itu kalau tidak dari KPF?

Jelas sekali tekaan Mazlan Aliman salah sama sekali sebelum ini. Apa dia fikir Felda tak ada duit ke 
nak dihadiahkan kepada para peneroka yang kuat membanting tulang membangunkan Felda selama ini? Dia kata Felda muflis? Dari sumber mana Mazlan Aliman dapat tahu? Dari “DZ” dan “tiga beradik” itu, kah?

“Durian Runtuh” ini akan membuktikan bahawa Felda tidak langsung muflis. Malah boleh beri “bonus besar” pada para peneroka. Sumbernya? Mazlan tak perlu tahu kerana dia bukan peneroka dan bukan ahli KPF pun. Dia tu menyibuk dan mengacau saja kerjanya.

Paling Mazlan Aliman ‘panas’ adalah kerana penyenaraian FGVH ini tidak langsung melibatkan tanah peneroka. FGVH hanya akan gunakan tanah milik Felda Plantation sahaja. Itu pun FGVH sewa dari Felda dan bukannya percuma. FGVH bayar pada Felda tau!

Mazlan sebelum ini menghasut peneroka, kononnya tanah mereka akan tergadai. Dan dia gunakan pekataan “gadai”. Sedangkan perkataan “gadai” memang tidak timbul dari awal lagi. Malah fakta menunjukkan tanah peneroka tak terlibat dan bagaimana pula FGVH nak “gadai” tanah peneroka?

Hakikatnya kini FGVH hanya SEWA tanah Felda Plantation. Saya ulang, SEWA dan BUKAN GADAI. Dan dengan penegasan PM bahawa tanah peneroka tidak terlibat walau seinci itu merupakan satu bukti fitnah dan cubaan jahat Mazlan Aliman menghasut para peneroka.

Saya fikir, para peneroka sekarang sedang tidur nyenyak dengan mimpi-mimpi indah. Malah ada yang sudah berangan-angan mahu menunaikan haji dua tiga kali lagi selepas ini. Yang tak dapat tidur ialah Mazlan Aliman yang gelisah dengan ‘durian runtuh’ tersebut.

Mazlan Aliman gelisah sebab dia tak dapat “durian runtuh”. Gelisah sebab dengkinya tak menjadi. Gelisah sebab peneroka tak makan hasutannya. Risau takut tak dapat jadi calon sebab gagal memusnahkan agenda penyenaraian FGVH. Gelisah sebab orang tahu dia busuk hati!

Jelaskan Mazlan Aliman bukan kudis pun pada warga Felda. Tanpa dia, warga Felda akan lebih maju, lebih aman dan lebih terkehadapan. Dan paling menyakitkan hati Mazlan Aliman, dia sedar bahawa PAS takkan dapat memecahkan kubu kuat UMNO itu..kan?

Sumber: Klik sini

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog