pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Monday, February 27, 2012

Panas !!! Blogger Pakatan Haram yang mempertahankan Ostaz Khalwat di Bogelkan Blogger Pro BN




Seperti biasa , apa sahaja yang kena atas batang hidung mereka semuanya, fitnah, jerat, perangkap , konspirasi dan yang lain-lain yang sewaktunya.

Bila kena atas batang hidung Umno walaupun terang-terangan fitnah mereka tetap kata itu benar dan fakta.

Ini pula kisah seorang blogger minuman kanak-kanak yang pro PKR.

Dalam usahanya untuk mempertahankan Badrulamin,  blogger minuman kanak-kanak berkenaan melontarkan beberapa soalan untuk meragukan orang ramai. 

SEJAK semalam, hampir semua pimpinan KEADILAN telah berkumpul di Kuantan Pahang untuk sama-sama menyertai Himpunan Anti Lynas, atau lebih dikenali sebagai Himpunan Hijau yang bakal diadakan Ahad ini.

Adakah Dr Badrul Amin memilih untuk berbuat jahat di kala beliau bersama-sama menginap dengan hampir semua pimpinan KEADILAN di Hotel yang sama?
Jika beliau ada niat berbuat jahat, mengapa beliau membawa isterinya bersama-sama ke Kuantan?
Mengapa Ust Badrul tidak dibawa ke balai Polis? Kerana pagi tadi beliau dilihat ada bersama-sama pimpinan yang lain.

Itu cerita dan soalan daripada blogger berkenaan.

Sekarang kita lihat pula apa yang Badrulamin kata seperti yang dilaporkan olehmalaysiakini
Menurut Badrulamin lagi, wanita berkenaan juga menyatakan hasratnya untuk meninggalkan suaminya tetapi beliau menasihatkannya supaya tidak berbuat demikian.

Bagaimanapun, katanya, wanita itu kemudian datang ke hotel penginapannya bersama anaknya. Badrulamin berkata atas rasa bertanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, beliau membantu mereka mendapatkan bilik penginapan.

“Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.

“Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka.

“Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai JAIP tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik,” katanya.
Badrulamin dilabelkan sebagai seorang ustaz oleh orang-orang PKR , PAS serta DAP.  Sebagai seorang ustaz maka Badrul tahu hukum berdua-duaan dengan wanita bukan muhrim ditempat yang boleh menimbulkan syak wasangka yang buruk walau apa pun sekali alasannya. Melainkan dalam keadaan atau tempat yang boleh dikategorikan sebagai darurat.

Jika blogger minuman kanak-kanak berkata isteri Badrulamin ada bersamanya, mengapakah Badrulamin tidak mengajak isterinya bersama-sama untuk menguruskan masalah wanita berkenaan ?

Jika tidak mahu mengajak isterinya sekalipun , mengapakah Badrulamin tidak mengajak pimpinan-pimpinan wanita PKR untuk menemaninya bagi mengelakkan timbulnya fitnah ke atas dirinya ?

Badrulamin berkata lelaki-lelaki yang datang bersama suami wanita berkenaan memukulnya sehingga pihak keselamatan tiba.

Kenapa Badrulamin tidak buat laporan polis ?

Kalaulah kena atas diri kita, jika kita tangkap isteri kita bersama lelaki lain jam 2-3 pagi ditempat yang boleh menimbulkan syak wasangka buruk, adakah kita nak peluk cium lelaki berkenaan ?


Pisau Kedah...

Tak Guna dah Blogger Pakatan Haram nak mempertahankan Ostaz Khalawat tu,Ostaz Khalwat tu yang kantoi bagi kenyataan yang putar belit,cuba kita tengok pulak kenyataan dari JAIP

Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menafikan dakwaan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron yang ditangkap khalwat semalam bahawa tangkapan itu adalah 'komplot terancang' daripada pejabat agama itu.

Timbalan Pengarahnya, Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz menegaskan, tindakan tersebut dibuat atas aduan daripada suami wanita terbabit yang menghubungi penguat kuasa JAIP supaya datang ke hotel itu kerana didapati isterinya bersama dengan lelaki lain.

"JAIP tidak pernah merancang atau berkomplot untuk membuat tangkapan terhadap kedua-dua individu terbabit.

"Lagipun sebarang tangkapan dibuat atas aduan orang ramai. Perkara seperti merancang atau komplot tidak pernah terjadi dalam tangkapan sebelum ini kerana JAIP mempunyai prosedur yang ditetapkan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mingguan Malaysia hari ini melaporkan, seorang pemimpin PKR Selangor ditangkap khalwat bersama seorang wanita berstatus isteri di sebuah hotel di Balok semalam.

Beliau ditangkap bersama pasangannya oleh suami kepada wanita tersebut yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah institut kemahiran di negeri ini.

Suami kepada wanita itu kemudiannya menghubungi penguatkuasa JAIP yang datang ke bilik hotel itu kira-kira pukul 3 pagi.

Mohd. Ghazali berkata, panggilan yang dibuat oleh orang ramai diibaratkan seperti menghubungi bomba jika berlaku kebakaran atau kecemasan.

"Begitu juga dengan JAIP jika dihubungi orang ramai sekiranya terdapat kes khalwat, kami akan bertindak atas aduan itu," katanya.

Dalam pada itu, katanya, JAIP akan memanggil semula Badrulamin yang didakwa berkhalwat dengan seorang wanita berstatus isteri di sebuah hotel di sini semalam.

Katanya, pemimpin dan wanita itu dijangka hadir ke pejabat JAIP kira-kira pukul 9 pagi esok bagi melengkapkan siasatan berhubung kes tersebut.

"Ia adalah prosedur biasa bagi memudahkan kelancaran pihak kami menjalankan siasatan kes tersebut," katanya.

Mohd. Ghazali berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.

2 comments:

Sebuah Perjuangan said...

kalau nak tgk rumusan kes ni pi kat sini

http://lamanizzs.blogspot.com/2012/02/khalwat-badrul-amin-selamat.html

Bingai @ Bangang said...

Macam kisah aku masa muda-muda dulu lak rasanya.
18sx - Bini orang tu Ostad! Di TendangTerajang

hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog