pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Wednesday, September 5, 2012

Tu Dia !!! Mahpuz Bean Terencat Akal Setelah Di baling Dengan Kasut


Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar kini dalam keadaan trauma akibat nyaris terkena balingan kasut oleh sekumpulan masyarakat yang hadir membantah majlis tazkirah Maghrib bersama Anwar Ibrahim di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, Alor Star Kedah.

Katanya, balingan kasut itu yang disasarkan ke arah Anwar bagaimanapun, terkena jemaah yang duduk di sebelahnya.

“Kedudukan saya dengan Anwar ketika itu, hanya selang tiga orang. Saya terkejut apabila ada kasut (sandal) terkena orang di sebelah saya.

“Rupanya kasut itu dilempar melalui tingkap masjid oleh ahli kumpulan yang membantah di luar masjid,” katanya ketika dihubungi.

Mahfuz berkata, perbuatan melempar kasut ke dalam masjid adalah perbuatan biadap kerana mencemar rumah ibadat yang dihadiri jemaah untuk solat dan mendengar tazkirah.

“Mereka sanggup mencemar tempat suci dan saya anggap ianya suatu penghinaan kepada institusi masjid. Perbuatan itu tidak wajar sebab orang ramai datang untuk dengar tazkirah, bukan ceramah politik,” katanya.

Menurutnya, kumpulan yang didakwa didalangi Perkasa Kota Setar itu dianggap tidak menghormati imam masjid tersebut kerana imam terlebih dahulu mengumumkan Anwar dibenarkan mengadakan tazkirah.

Mahfuz berkata, tindakan Perkasa itu seolah provokasi politik pihak tertentu dan Umno tidak boleh menafikan pembabitan mereka dalam insiden itu memandangkan,Pengerusi Perkasa Kota Setar memegang jawatan dalam Umno.

“Saya kesal seorang pemimpin Umno bertaraf Datuk sanggup mengepalai gerakan mencemar rumah ibadat, dan gelaran itu wajar ditarik balik ekoran dianugerahkan oleh Sultan Kedah, selaku Ketua Agama Islam Kedah,” katanya.



Pisau Kedah :-

Bagi pendapat peribadi Pisau Kedah sememangnya tindakan membaling kasut yang hampir-hampir terkena Mahpuz Bean dan Si Anuwar Al-Juburi adalah tidak wajar tetap memang cukup wajar sekiranya balingan kasut itu terus menerjah ke muka Mahpuz Bean dan Si Anuwar Al-Juburi.

Dah tahap kritikal, terencat akal Si Mahpuz Bean ni bila menyalahkan satu pihak sahaja di dalam insiden kekecohan di Masjid Al- Hussin.

Sebab tu la politik tidak di benarkan di dalam Masjid. Sebab apabila berpolitik dalam Masjid ianya boleh menyebabkan perpecahan sesama Islam.

Mahpuz Bean kena fikir ( tak guna juga fikir kalau otak taraf budak tadika PASTI ) tak semua anak khairah menyokong parti politik Pakatan , ada juga anak khairah yang menyokong UMNO.

Apabila politik di mainkan dalam tempat ibadah umat Islam ianya membawa pada perpecahan umat Islam itu sendiri 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog