Satu penghinaan yang telah di lakukan Ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria terhadap kakitangan kerajaan terutamanya guru apabila menganggap mereka adalah hamba yang di jajah minda sedangkan hakikatnya Isterinya merupakan seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Nerang yang di bayar gaji oleh kerajaan.
Sekiranya benar seperti yang di dakwa mengapa Ahli Parlimen Padang Terap tidak mengarahkan isterinya berhenti menjadi seorang guru dari menjadi seorang hamba yang di jajah mindanya ?
Apa yang di perkatakan Ahli Parlimen berkenaan seolah-olah Kakitangan Kerajaan terutamanya guru di gunakan untuk menjadi hamba dan di jajah mindanya untuk individu yang berkepentingan.
Dalam ceramah berkenaan, Ahli Parlimen Padang Terap juga ada mengatakan guru-guru di jadikan hamba untuk menyusun kerusi dan menghias pentas untuk mensyuarat agong bahagian.
Pisau Kedah ingin mencabar Ahli Parlimen Pedang Terap, supaya memperjelaskan mensyuarat agong bahagian mana yang di maksudkan supaya ianya tidak menjadi satu fitnah.
Satu persoalan lagi, bila Ahli Parlimen Padang Terap bertanya dalam parlimen tentang pembelajaran Sains dan Matametik dalam bahasa Inggeris bahawa Kementerian Pelajaran mengakui tiada pelajar di Padang Terap menjawap dalam bahasa Inggeris ?
No comments:
Post a Comment