pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Friday, September 28, 2012

Panas !!! Ternyata Anwar Di Dapati Bersalah Dalam Isu Jet Peribadi ...




Di sebabkan isu Jet Peribadi yang di naiki oleh Anwar, kini terdedah juga akhirnya perbalahan sedang berlaku di dalam PKR apabila Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menyalahkan Tian Chua kerana gambar yang di keluarkan di dalam akaun Twitter Tian Chua telah menyebabkan Anwar kini di asak teruk.

Terbaru, dari sumber Pihak Berkuasa Penerbangan Negara menyatakan Anwar telah melakukan kesalahan apabila menaiki jet peribadi milik rakyat asing untuk ke Labuan.

Mengikut Pihak Bekuasa Penerbangan Negara, sekiranya Jet peribadi yang di daftarkan itu milik rakyat asing, hanya pemilik berkenaan sahaja yang boleh guna jet berkenaan di Malaysia




Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan melakukan kesalahan apabila menaiki jet peribadi milik rakyat Amerika Syarikat (AS) yang menjadi satu kesalahan dalam perjalanan ke Labuan sempena sambutan Hari Malaysia baru-baru ini. 
"Adalah salah untuk menaiki jet yang didaftarkan milik rakyat AS di Malaysia.“Hanya pemilik jet berkenaan yang boleh menggunakan jet tersebut disini,” lapor akhbar NST yang memetik dari sumber dari pihak berkuasa penerbangan negara. 
Baru-baru ini, blog-blog pro Umno mendedahkan Anwar bersama pemimpin DAP dan PAS menaiki jet peribadi mewah untuk ke Labuan, Sabah sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September alu.Gambar-gambar di dalam jet tersebut mereka perolehi dengan mudah melalui laman Twitter naib presiden PKR, Tian Chua. 
Semalam media melaporkan syarikat tempatan Tjets Sdn Bhd telah mengaturkan urusan penyewaan jet peribadi untuk digunakan oleh pemimpin pembangkang bagi menyambut Hari Malaysia di Labuan. 
"Kemungkinan besar rakyat AS yang memiliki jet tersebut membenarkan Anwar untuk menggunakan jet tersebut,” lapor NST. 
Sementara itu, timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mengatakan Tian Chua perlu menyemak fakta sebelum mengeluarkan kenyataan. 
Naib presiden PKR itu dilaporkan berkata harga sewa jet peribadi murah walaupun Anwar sebelum ini mengatakan jet tersebut oleh seorang teman. 
"Tian Chua harus kekal dengan maklumat tepat, yang dibuat oleh Anwar,” kata Azmin seperti dilapor NST. - MI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog