AIDCNews – 22/09/12 – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi Parti Keadilan Nasional, Lokman Noor Adam mendedahkan salah satu sebab beliau dipecat daripada parti itu pada tahun 2004 kerana mempertikaikan dana penyangak mata wang Yahudi, George Soros.
“Pada bulan Februari 2004, saya telah membuat pendedahan berhubung penyelewengan dana yang diterima oleh pemimpin-pemimpin kanan Parti Keadilan. Pada masa itu juga saya telah mendedahkan bagaimana Tian Chua yang merupakan Pengarah SUARAM ketika itu telah mengaturkan pertemuan di antara George Soros dengan Presiden Keadilan, Datin Seri Wan Azizah, Azmin Ali, Khalid Jaafar dan wakil Tian Chua, iaitu Elizabeth Wong pada penghujung tahun 2003.
“Saya telah mempertikaikan bagaimana Presiden parti tersebut boleh memohon dana daripada seorang berbangsa Yahudi yang telah memanipulasikan mata wang Malaysia pada tahun 1997 tanpa merujuk Majlis Pimpinan Tertinggi terlebih dahulu,” ujarnya yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Beliau berkata begitu ketika mengulas pendedahan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini berhubung penerimaan dana asing oleh syarikat Suara Inisiatif Sdn Bhd (SISB) yang membiayai Suara Rakyat Malaysia (SUARAM). KLIK UNTU MEMBACA SELANJUTNYA
No comments:
Post a Comment