Pisau Kedah terkejut dengan email yang di dedahkan AIDC News dari seorang hamba Allah S.W.T yang bernama Ali Reza Ahmed Askari.
Dalam email tersebut Ali Reza Ahmed Askari mendakwa Dr MAZA akan menerima biasiswa Leadership dari pihak Amerika Syarikat.
Di sini Pisau Kedah berharap Dr MAZA tampil diri menceritakan perkara yang sebenar tanpa berdolak dalih dan atas tujuan apa biasiswa berkenaan di berikan oleh pihak Amerika Syarikat.
Dr MAZA Bakal Terima Biasiswa White House?
Khabar angin yang kencang daripada inner circle Dato’ Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (DrMAZA) mengatakan pentadbiran Barack Obama akan mengurniakan biasiswa Leadership kepada DrMAZA dalam masa terdekat ini. Bukan calang-calang individu boleh disenaraipendekkan untuk menerima biasiswa sedemikian rupa terutamanya dari negara seperti Malaysia yang diketahui sebagai sebuah negara Islam yang masih lagi bebas dari pengaruh Amerika selain Iran.
DrMAZA selepas menjawat Mufti Perlis pernah menjadi felo di Oxford Centre for Islamic Studies (OCIS) dan juga kolumnis tetap di Malaysiakini (yang dikatakan turut ditaja oleh kepentingan Amerika dan George Soros). Kebelakangan ini, idea-ideanya sekarang ini banyak dipengaruhi oleh pemikiran barat dan juga banyak memuja reformis ugama Kristian, Martin Luther yang mengasaskan ugama Protestan di Eropah.
Buat masa ini, DrMAZA sudah mula cenderung ke arah pemikiran Islam yang diacuankan oleh pemikiran Barat daripada acuan ulamak-ulamak dari Timur Tengah serta banyak berdiskusi dengan sarjana-sarjana dari Barat berkenaan hal-ehwal politik Dunia Islam. Perubahan ini banyak dilihat setelah kembalinya beliau dari Oxford University.
Baru-baru ini, DrMAZA juga telah menerima “penghormatan” untuk menghadiri makan tengahari bersama Duke and Duchess of Wales, Prince William dan Puteri Katherine yang berkemungkinan besar tidak ada kaitan dengan statusnya sebagai bekas mufti Perlis.
Jika benar, berita dan khabar tentang anugerah biasiswa tersebut dari Presiden dan kerajaan Amerika Syarikat tersebut kepada DrMAZA, maka umat Islam dan negara Malaysia dan mungkin akan kehilangan seorang tokoh yang dahulunya kritis terhadap penindasan terhadap golongan mustadhafin di seluruh dunia.
Kita berharap DrMAZA boleh menjawab dan membersihkankan dirinya kepada umum secepat mungkin serta menolak anugerah dari musuh Islam tersebut jika benar.
Ali Reza Ahmed Askari
No comments:
Post a Comment