pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Wednesday, September 19, 2012

Tu Dia !!! Mahfuz Omar Buktikan Pakatan Haram Dalam Keadaan ketakutan Untuk Berhadapan PRU13



Sebelum ini Pakatan Haram sering mengatakan YAB DS Najib Razak penakut untuk menghadapi pilihan raya umum yang ke13 dengan segera kerana bimbang akan kalah teruk dan pentadbiran di Putrajaya beralih tangan ke Pakatan Haram.

Namun ketakutan itu sendiri telah di tunjukan oleh Pakatan Haram kerana menyedari sokongan rakyat terhadap Pakatan Haram kian menurun di sebabkan pelbagai faktor kelemahan Pakatan Haram setelah Mahfuz Omar sendiri mengharapkan pilihan raya di lakukan setelah mandat pentadbiran Kerajaan Pusat berakhir dengan sendiri setelah cukup lima tahun sekiranya mahu adakan pilihan raya serentak untuk Dewan Undangan Negeri bagi Negeri-Negeri yang di tadbir Pakatan Haram terutamanya negeri Kedah yang mempunyai banyak masalah dalaman parti.

[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR -  Kerajaan Pusat pimpinan Barisan Nasional (BN) sewajarnya tunggu sehingga mandat lima tahun berakhir jika ingin melihat Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diadakan serentak, kata Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar, hari ini. 
Mahfuz berkata, pendekatan itu akan mengelakkan isu ada negeri yang mahu mengadakan pilihan raya umum negeri asing berbanding PUR13 peringkat persekutuan. 
Mandat semasa Kerajaan Pusat akan berakhir 28 April 2013 manakala Dewan Undangan Negeri (Dun) secara berperingkat di akhir Mei depan, bergantung pada tarikh sidang penggal pertama masing-masing. 
Jika tidak, kata Mahfuz, negeri-negeri mempunyai kebebasan mengikut peruntukan perundangan untuk mengadakan pilihan raya Dun khususnya yang membabitkan Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR). 
Sehubungan itu tegas beliau, tidak timbul isu kos yang bakal meningkat hingga lebih RM80 juta seperti yang didakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana tertakluk di dalam undang-undang dibenarkan membuat pilihan raya Dun secara berasingan.
"Memang tidak menjadi masalah. Jika tidak, kita tunggu saja Dun akan terbubar sendiri bila mandat berakhir hujung bulan April tahun hadapan," katanya. 
"Kalau negeri Sarawak boleh buat pilihan raya Dun asing, mengapa tidak Kedah?" ulasnya ketika menjawab soalan pemberita dalam sidang media, hari ini. 
Sebelum pertengahan 1990-an, Sabah dan Sarawak telah mengadakan pilihan raya negeri secara berasingan. Sarawak sehingga kini masih mengadakan pilihan raya negeri berasingan, di mana kali terakhir ia berlangsung April 2011. 
Bagaimanapun kata Mahfuz, Kerajaan Negeri Kedah masih lagi belum membuat keputusan untuk mengadakan PRU13 secara berasingan atau bersama-sama dengan Kerajaan Pusat. 
Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini memutuskan akan mengadakan pilihan raya secara berasingan kerana SPR masih lagi belum membersihkan daftar pemilih.
Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menambah yang pihaknya tidak menghadapi sebarang masalah jika calon luar dari kedah mahu bertanding dalam kerusi di negeri itu. 
"Pas Kedah tidak hadapi sebarang masalah jika ada calon luar yang mahu bertanding di Kedah. Apa yang penting, calon itu mestilah lebih kredibel dan lebih baik daripada anak Kedah sendiri, barulah layak menjadi calon," tegasnya.-SH

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog