pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Wednesday, September 26, 2012

Tu Dia !!! Khalid Gagap Kantoi Berkenaan Isu Bas Yang Di Gunakan Anwar


Bas PKR - Lori Sampah

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa diminta tampil untuk menyiasat sebuah bas dua tingkat yang dilancarkan oleh Pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Anwar Ibrahim untuk Jelajah Merdeka Rakyat pada 31 Ogos lalu.
Menurut kenyataan di blog http://sel13.com hari ini, terdapat maklumat yang meragukan mengenai status pemilikan bas dua tingkat itu.
Dalam kenyataan blog tersebut, bas dua tingkat yang berjenama Dong Feng itu didakwa adalah sebagai balasan kepada Kerajaan Negeri Selangor selepas Menteri Besar negeri itu, Tan Sri Khalid Ibrahim membeli 50 buah lori kompaktor dari China dengan jenama yang sama.
“Siasatan kami mendapati bas dan trak yang diterima PKR adalah sebagai balasan kepada pembelian 50 lori kompaktor oleh Kerajaan Selangor.
“Manakala kerja-kerja pengubahsuaian bas dan trak pula sebagai balasan kepada pemasangan 50 lori kompaktor di kilang dalam negara.
“Di sini telah wujud unsur salah guna kuasa dan penyelewengan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim,” kenyataan dari blog sel13.com.
Turut didedahkan beberapa maklumat seperti nombor pendaftaran, nombor enjin, pembuat, tarikh daftar termasuklah nama pemilik bas itu iaitu nama Khalid sendiri.
“Mengikut maklumat dalaman PKR bas tersebut bukannya disewa oleh Tan Sri Khalid, sebaliknya bas tersebut adalah miliknya. Salinan kad pendaftaran bas tersebut telah ditunjukkan kepada kami oleh pemberi maklumat.
“Didapati bas tersebut telah didaftarkan seperti berikut; No Pendaftaran: BLU 8779, No Enjin: M61HA800001, Pembuat: Dong Feng, Tarikh Daftar: 03 September 2012, Kegunaan: Persendirian, Pemilik: Abdul Khalid Bin Ibrahim,” tulis pemilik blog itu.
Berbeza dengan kenyataan dari Khalid, bas itu disewa dan dibiaya sepenuh olehnya dan bukanlah menggunakan duit rakyat Selangor.
“Bas berkenaan yang disewa untuk tempoh enam bulan dibiayai sepenuhnya oleh saya tanpa melibatkan satu sen pun wang rakyat dan wang kerajaan negeri.
“Semua kos melibatkan bayaran kepada pemandu dan bantuan teknikal dimasukkan dalam kos sewaan itu tanpa melibatkan seorang pun kakitangan kerajaan negeri,” kata Khalid.
Bagaimanapun, Anwar pula pernah menyatakan bas itu adalah hak milik kerajaan negeri itu dan bukanlah disewa seperti mana kenyataan Khalid.
Selain itu, blog tersebut juga mendedahkan terdapat sebuah trak kontraktor juga dijalankan proses ubah suai di kilang yang sama, di Intercoach Sdn Bhd., Rawang Selangor.
Justeru, blog tersebut menggesa agar pihak berkuasa segera menyiasat kes penyelewengan yang berlaku dalam urusan jual-beli 50 buah lori kompaktor, sebuah bas dua tingkat dan juga sebuah trak kontraktor yang digunakan oleh Kerajaan Negeri Selangor.-MyNewsHub

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog