PAS selalu mengangap merekalah yang memperjuangkan Islam di Malaysia namun bagi tokoh agama dari luar negara mengangap Malaysia di bawah pentadbiran Kerajaan BN merupakan Negara Islam yang boleh menjadi contoh kepada negara-negara islam yang lain.
Tak hairan la kalau Kerajaan Malaysia sering kali menerima kunjungan hormat tokoh-tokoh agama dari luar negara, dan terbaru dua orang tokoh agama dari Arab Saudi telah membuat kunjungan hormat ke Malaysia untuk bertemu dengan YAB DS Najib Razak.
Sekiranya PAS mengangap mereka memperjuangkan Islam, mengapa ianya tidak di iktiraf tokoh-tokoh agama dari luar ?
PUTRAJAYA 11 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima kunjungan hormat tokoh ulama Salafi, Sheikh Abdullah Al-Jalaly dan mufti Masjidil Haram, Sheikh Suleiman As-Salumi, di pejabatnya.
Kunjungan itu merupakan lawatan balas kedua-dua tokoh agama terhadap Najib semasa beliau menghadiri sesi keempat Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Mekah, Arab Saudi, pada 14 dan 15 Ogos lalu.
Najib menemui kedua-dua tokoh agama itu pada persidangan tersebut.
Hadir sama di pertemuan itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment