pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Wednesday, September 19, 2012

Tu Dia !!! Adun Kupang (Baling) Menghilang Diri Ketika Rakyat Di Kawasan Menderita.


BALING, 18 Sept (Bernama) -- Penduduk Kampung Sungai Tas, Lanai dekat sini kecewa dengan Syarikat Air Darul Aman (Sada) yang mereka dakwa gagal melaksanakan tugas dan tidak prihatin terhadap masalah pengguna.

Seorang penduduk kampung Mohamad Jaafar, 54, berkata 60 keluarga di Kampung Sungai Tas berhadapan dengan gangguan bekalan air amat kritikal lebih setahun lalu.

Beliau berkata hampir setiap rumah di sini mempunyai paip bekalan air yang diuruskan Sada tetapi mereka tidak mendapat bekalan air yang mencukupinya dan bekalan air kadang-kadang tidak ada langsung selama beberapa minggu.

"Kalau air ada pun hanya untuk digunakan sebagai air minuman kerana untuk mencuci pakaian dan mandi kami terpaksa mengunakan air telaga," katanya kepada Bernama di sini.

Mohamad berkata bekalan air melalui paip Sada ke rumahnya tidak ada air sejak hampir setahun lalu dan baru-baru ini menghubungi pejabat Sada di Baling memaklumkan beliau memerlukan bekalan air untuk mengadakan majlis kenduri kahwin anaknya Ahad lepas.

-- BERNAMA



Pisau Kedah :-

Entah ke mana hilangnya Cikgu Joe, Wakil Rakyat Dun Kupang ketika rakyat menderita dengan permasalahan air dari SADA sejak setahun yang lalu. 

Sekiranya permasalahan kecil begini tak mampu Wakil Rakyat Dun Kupang selesaikan, lebih baik tak payah jadi wakil rakyat. 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog