Jika kita semua dikejutkan dengan tindakan Muhammad Ammar Abd. Rahman dan beberapa peserta Janji Demokrasi tajaan Pakatan Rakyat yang biadap, tidak senonoh dan khianat, hari ini kita terkejut lagi dengan sebuah artikel di laman web SuaraPR yang menyatakan rasa ‘terkejut’ dengan berita di akhbar, sepertimana yang ditulisnya: “LAMAN ini terkejut dengan tindakan ibu bapa pelajar, Muhammad Ammar Abd Rahman yang dikaitkan dengan tindakan menghina pemimpin negara kerana menunjukkan punggong kepada gambar Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah Mansur, kerana sanggup menyerahkan anak sendiri kepada polis untuk dikenakan tindakan!! Ibu bapa jenis apakah ini yang sanggup lihat anak sendiri masuk lokap?” Artikel tersebut juga membandingkan ibu bapa Ammar dengan binatang kerana tidak sayangkan anak serta mempersoalkan kesalahan yang dibuat Ammar yang baginya terlalu remeh dan keanak-anakan untuk diambil hati. Lebih mengejutkan lagi ialah ia membandingkan dengan kekukuhan semangat kekeluargaan keluarga Anwar Ibrahim yang tetap berada di belakangnya, walaupun apa jua tuduhan yang dikenakan terhadap beliau. Kemuncaknya, penulis tersebut menyarankan yang ibu bapa Ammar wajar digantung! Untuk seketika, penulis menjadi kelu dan bingung setelah membaca artikel tersebut. Hilang kata-kata dibuatnya. Apakah pemimpin PR merestui tindakan Ammar kita tidak tahu, tetapi kita pasti, Anwar Ibrahim dan keluarganya pasti merestui artikel yang ditulis oleh laman SuaraPR tersebut. Melihat dari gaya pemikiran yang dipaparkan melalui artikel tersebut, maka akhirnya penulis dapat memahami bagaimana otak atau minda penyokong-penyokong Pakatan Rakyat berfungsi, atau pun lebih tepat, tidak berfungsi. Ammar telah bertindak sedemikian tentunya kerana terlalu banyak meluangkan masa melayari laman-laman web pro-PR dan bergaul dalam kumpulan penyokong-penyokong PR. Bukan kita tidak tahu bahawa laman-laman pro-PR begitu giat menanam kebencian dan hasutan. Apabila saban hari disuap dengan kebencian lalu mereka pun merasakan perlu meluahkannya untuk kelegaan sendiri iaitu melalui segala macam bahasa kesat dan teramat kesat terhadap subjek yang mereka benci, iaitu UMNO, BN, Kerajaan, malah Malaysia, melalui laman-laman sosial pula. Ini dilanjutkan ke perbincangan dan perbualan harian bersama rakan-rakan. Lalu, mengutuk subjek yang mereka benci menjadi makanan rohani mereka setiap hari. Apabila otak dan hati telah dipenuhi dengan benci, caci, carut, kutuk, hina, maki, hamun dan berbagai-bagai perkara yang buruk, maka akhirnya minda tidak dapat lagi berfungsi dengan baik lalu tidak lagi dapat mengawal atau mengerti akan tindakan yang dilakukan sendiri. Ini menjelaskan kenapa Ammar memberi jawapan bahawa beliau tidak tahu kenapa beliau berbuat begitu iaitu sanggup menunjuk punggung ke atas gambar Perdana Menteri di khalayak ramai. Memang Ammar sudah tidak tahu apa-apa dan begitu lah juga keadaannya penyokong-penyokong PR yang lain. Maka tidak hairanlah otak mereka tidak lagi dapat memproses maklumat dan fakta mahupun merasai dan menghayati nikmat di depan mata. Akibatnya, mereka menjadi tidak bersyukur kerana segala sesuatu kelihatan begitu buruk di mata mereka. Apabila kita memilih untuk melihat hanya keburukan ke atas segala sesuatu, maka lama kelamaan kita sendiri akan menjadi buruk. Iaitu buruk dari segi percakapan, pemikiran, sikap dan juga penampilan. Sampai ke tahap ini, seseorang itu akan dengan sukarela membiarkan diri diheret oleh pemimpin PR untuk berdemonstrasi, merusuh dan melakukan kemusnahan atau apa saja. Bagai dirasuk iblis, mereka sudah hilang kesedaran atas apa yang mereka lakukan. Kerana itulah kita melihat peserta-peserta demonstrasi anjuran PR tidak kira yang bertudung, berjubah, berjanggut atau yang bersinglet dan berseluar pendek akan memekik-mekik, melolong dan terkinja-kinja seolah-olah gembira dan marah yang bercampur-baur yang mana mereka sendiri tidak dapat memahaminya. Bagaimanapun, jika Ammar hanya menjadi separuh sedar ketika berada bersama kumpulan ini, penulis artikel di laman SuaraPR tersebut pula berada dalam separuh sedar secara berterusan. Penulis berkata demikian kerana seorang yang benar-benar waras tidak mungkin akan mengutuk tindakan mulia ibu bapa Ammar. Sedangkan ibu bapa Ammar telah membuktikan bahawa mereka adalah ibu bapa yang baik, warganegara yang baik serta Muslim yang baik. Mereka sanggup menelan rasa malu bagi menegakkan prinsip bahawa yang salah, tetap salah, yang buruk tetap buruk, walaupun anak sendiri yang melakukannya. Tindakan pantas mereka memberi peluang kepada anak mereka untuk kembali ke alam nyata dan memperbaiki diri. Kerana tindakan mereka, maka minda Ammar kini terpaksa atau dipaksa berfungsi kembali memikirkan kenapa beliau sanggup melakukan apa yang dilakukannya di Himpunan Janji Demokrasi tersebut. Ternyata Ammar tidak tahu apa-apa. Seterusnya, minda Ammar kini perlu dipaksa melihat realiti di sekelilingnya secara sedar. Harapan kita agar beliau kembali dapat membezakan yang baik dan yang buruk serta yang benar dan yang palsu. Harapan kita juga agar si penulis di laman SuaraPR tersebut dapat melakukan yang sama. Kita percaya, ibu bapa penulis tersebut juga pasti akan mengheretnya mendalami ilmu agama untuk memperbaharui ketakwaannya atau menyerahkannya terus kepada pihak yang berkenaan untuk dicuci mindanya, andai saja mereka mendapat tahu mengenai artikel yang ditulisnya. Ini kerana kita pasti, tidak ada ibu bapa yang mengajar dan menyokong anaknya berkelakuan biadab terhadap orang lain. Apapun, tindakan Ammar adalah cerminan jiwa dan minda manusia-manusia yang menyokong dan memimpin PR. Kesilapan Ammar wajar dijadikan pengajaran kepada seluruh anak muda di Malaysia agar tidak terpengaruh dengan kegilaan yang dibawa oleh parti tersebut. Mengundi parti yang gila, pasti akan membawa bencana. -Beruang Biru
pisaukedah@gmail.com
sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com
Catatan Popular
-
Awat yang lolaq sangat orang tua ni,,,dah pikiaq habis dah kot nak bagi Lim Kit Siang,jadi Timbalan Perdana Menteri,,lupa dah kot siapa yang...
-
Kubu Kuat PAS Sik Kedah berjaya BN tawan Tahniah YB Datuk Mohd Taijudin (Adun Belantik) Semalam Team Media Kedah telah pergi ke satu perk...
-
Hadi Tawar Diri Tidak Bertanding MARANG – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul hadi Awang mungkin tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum...
-
Apa kata PAS Kedah??? Video penyerahan borang permohonan ahli UMNO, termasuk yang disertai oleh bekas pemuda Pas Kampu...
Rakan di blog
Friday, September 7, 2012
Panas !!! Ibu Bapa Pelajar Muhammad Ammar Di Hina Penyokong Pakatan Haram Sebab Memohon Maaf Kepada PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Artikel Tekini Media Kedah
imgr = new Array();
imgr[0] = "http://i43.tinypic.com/orpg0m.jpg";
imgr[1] = "http://i43.tinypic.com/orpg0m.jpg";
imgr[2] = "http://i43.tinypic.com/orpg0m.jpg";
imgr[3] = "http://i43.tinypic.com/orpg0m.jpg";
imgr[4] = "http://i43.tinypic.com/orpg0m.jpg";
showRandomImg = true;
boxwidth = 220;
cellspacing = 8;
borderColor = "#ffffff";
bgTD = "#000000";
thumbwidth = 10;
thumbheight = 10;
fntsize = 8;
acolor = "#666";
aBold = true;
icon = " ";
text = "comments";
showPostDate = false;
summaryPost = 40;
summaryFontsize = 8;
summaryColor = "#666";
icon2 = " ";
numposts = 5;
home_page = "http://www.unitmediakedah.blogspot.com/";
Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog
Pisau Kedah Blog
-
▼
2012
(2382)
-
▼
September
(171)
- Akhirnya Pertunangan Aktres Muda, Diana Amir Yang ...
- Terpanas Di Pasaran !!!! VVIP Pulau Pinang Yang Be...
- Terpanas !!! Portal Rasmi Milik PKR Kantoi Mengfit...
- Terpanas !!! Pendedahan Bahawa Anwar Langsung Tida...
- Panas !!! Kerajaan Khalid Gagap Di Saman Oleh 1,30...
- Khabar Berita Baik Yang Patut Golongan Muda Mudi A...
- Kepada Pencinta Islam "Jom Boikot Old Town White C...
- Tu Dia !!! Surat Cinta Anwar Kepada Jijah Telah Di...
- Panas !!! Sham Kamikazer Di Sahkan Bercerai Setahu...
- Terpanas !!! Anwar Mendapat Nasihat Singaporean Do...
- Panas !!! Benarkah Nik Aziz Melelongkan Tongkat Un...
- Tu Dia !!! Anwar Kantoi Lagi Apabila Hartawan Sara...
- Tu Dia !!! Terbukti Pemikiran Mahfuz Omar Setaraf ...
- Tu Dia !!! Ngeh Koo Ham Buat Hal Lagi Mempersenda ...
- Video Eksklusif !!! PERKASA Mempertikai Ketegasan...
- Laporan Penuh Belanjawan 2013 Untuk Rakyat Dari Ke...
- Tu Dia !!!! Biaq Betul Neelofa Bercuti Dengan Hans...
- Bukti !!!! Kerajaan Malaysia Bukan Kerajaan Yang Z...
- Panas !!! PAS Tak Dapat Terima Hakikat Bahawa Paka...
- Akhirnya Terkantoi Juga Malaysiakini Mendapat Dana...
- Siapa Yang Sayangkan Bangsa Melayu Perlu Tahu Kena...
- Panas !!! Ternyata Anwar Di Dapati Bersalah Dalam ...
- Tu Dia !!! Kalau Anwar Jadi PM Ramai Penduduk Mala...
- Biaq Betul !!! Anwar Menabung Untuk Menaiki JET Pe...
- Panas !!! Sewa, Taja Atau Pinjam Jet Peribadi, Rak...
- Panas !!! Dr Maza Ajak Ustaz Fathul Bari Berdebat ...
- Terpanas !!! Blogger 1Peluru Menjadi Buruan Pihak ...
- ( Video Menakutkan ) Puting Beliung Berapi Melanda...
- Eksklusif !!! 17 Laporan Polis Di IPD Kuala Muda T...
- Panas !!! Islam Di Hina Di Malaysia Oleh Remaja In...
- Video Eksklusif !!! Keputusan 8 Kerusi Umum Dan Ca...
- (Video) Naib Canselor UUM Beranggapan Calon-Calon ...
- Pertanda Mahasiswa Berfikiran Matang Di Pilihan Ra...
- Tu Dia !!! Khalid Gagap Kantoi Berkenaan Isu Bas Y...
- Panas !!! PRO-Mahasewel Kalah Teruk Menentang Pro ...
- Panas !!! Penangan Ubat Kuat Dalam Haramkah, Pemud...
- Panas !!! Tarikh Pilihan Raya Umum Yang Sebenar Su...
- Panas !!! Benarkah Samseng Yang Menikam Ketua Pemu...
- Tu Dia !!! Sijil Ijazah KUIN Hanya Layak Untuk Mem...
- Tu Dia !!! Bil Air Pun Tak Mampu Pengurusan KUIN B...
- TU Dia Kantoi !!! Anwar Salahkan UMNO Sebab Di Pak...
- Pilihan Raya Kampus, Calon Aspirasi Mahasiswa Bers...
- Tu Dia !!! Tips Untuk Berhadapan Dengan Ibu Bapa Y...
- Gempar !!! Lelaki Nak Tunjuk Hero Dengan Cara Lomp...
- Panas !!! Mahasiswa Di Zalimi Kerajaan Malaysia ? ...
- Panas !!! Lokman Noor Adam Di Pecat Dari PKR Di Se...
- Panas Gila !!! PAS Hilang Teloq Untuk Berhadapan D...
- Panas !!! PAS Bersekutu Dengan Penghina Islam Di M...
- Panas !!! Benarkah Sham Kamikaze Berpatah Arang De...
- Tu Dia !!! PAS Akui Tidak Mempunyai Calon Yang Ber...
- Panas !!! Samsung dan Apple Bertelagah Pembayaran ...
- Panas !!! PRO-M UM Kantoi Menipu Dalam Pilihan Ray...
- Tu Dia !!! Video Pakatan Haram Kantoi Menipu Rakyat
- Tu Dia !!! DS Noh Omar Kantoikan Penipuan Khalid G...
- Satu Kebanggaan !!! Anak Malaysia Yang Ke Dua Mena...
- Majlis Penikahan Di Raja Puteri Sultan Hassanal Bo...
- Tu Dia !!! Malaysiakini Terkantoi Dengan Pendedaha...
- Panas !!! Ternyata Pakatan Haram Kedah Kini Berpec...
- Panas !!! Penamaan Calon Pilihan Raya Kampus UUM, ...
- Panas !!! Ada Exco Kedah Dapat Imbuhan Sebuah Ruma...
- Tu Dia !!! Pro M Dapat Malu Di Sebabkan Kebodohan ...
- Panas !!! Anwar Terkantoi Dengan Kebodohan Balacinya
- Video Panas !!! Ribuan Pemuda Mengamuk Di Kuala Lu...
- Gempar !!! Nik Aziz Hilang Teloq Untuk Berhadapan ...
- Gempar !!! Wanita Indonesia Di Tangkap Mencuri Di ...
- Eksklusif !!! Video Ahli Parlimen Padang Terap Men...
- Panas !!! Akibat Terdesak Dalam Pilihan Raya Kampu...
- Tu Dia !!! Pakatan Haram Berselera Dengan Ayam Pen...
- Panas !!! AJK Masjid Akui Khutbah Jumaat Yang Memp...
- YAB DS Najib Razak Menyokong Himpunan Mengecam Pen...
- Panas !!! Benarkah PAS Akan Mendesak DAP Mengenaka...
- Tu Dia !!! Anak Dara Jual Dara Dengan Harga Lelong...
- Panas !!! Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Ne...
- Panas !!! Gambar Muka Penghina Nabi Muhammad S.A.W...
- Panas !!! Ostaz Khalwat PKR Dapat Surat Terbuka
- Tu Dia !!! Calon PRO-M UUM Menghilangkan Diri Seba...
- Panas !!! Isu Memperdagangkan Nama Allah S.W.T , K...
- Memang Lawak !!! PAS Nak Jaga Bangsa Melayu Kalau ...
- Tu Dia !!! Mahfuz Dah Tunjuk Lagak Jadi MB Kedah
- Panas!!! Ini Contoh Mahasiswa Tulen, Bukan Mahasew...
- Tu Dia !!! Adun Kupang (Baling) Menghilang Diri Ke...
- Tu Dia !!! Mahfuz Omar Buktikan Pakatan Haram Dala...
- Tu Dia !!! Mahfuz Omar Sibuk Berpolitik Sehingga N...
- Gempar !!! Penuntut Pro-M Khalid Mohd Khalid Sahaj...
- Info Panas !!! Benarkah Lagu Oppa Gangnam Style Me...
- Panas !!! Pakatan Haram Sanggup Memperdagangkan Al...
- Panas !!! Dr MAZA Di Minta Tampil Memberi Penjelas...
- Panas !!! "Kemelut PAS Kedah" Ahli PAS Biasa Dan M...
- Tu Dia !!! Mahfuz Terpaksa Berhadapan Kemelut Di P...
- Semalam sahabat Pisau Kedah dalam Team Media...
- Tu Dia !!! Ustaz Fathul Bari Minta Bukti Bahawa Ra...
- Tu Dia !!! Zed Zaidi Dedahkan Ada Artis Di Bayar U...
- Panas !!! Salah Laku Pentadbiran Kerajaan Negeri K...
- Tu Dia !!! PAS Kedah Dah Mengaku Kalah Sebelum PRU...
- Eksklusif !!! 30 Laporan Polis Terhadap Khatib Jem...
- Gempar !!! Bayang Langsuir Di Tepi Pokok
- Panas !!! Khalid Gagap Melarikan Diri Ke Bangkok D...
- Tu Dia !!! Anwar Di Sahkan Gila Ketika Berceramah ...
- Tu Dia !!! Azizan Razak Tergugat Dengan Geng Paras...
- Panas !!! Kes Power Ranjers Mengamuk Akan DiDengar...
-
▼
September
(171)
Labels
- 1 malaysia (1)
- azmin ali (1)
- banjir kedah (1)
- bendera umno di bakar (1)
- blogger pas bebal (1)
- bukti pas terima syiah (1)
- dap jahat (1)
- demonstrasi bersih 3.0 (1)
- guan eng babi (1)
- haramkah (1)
- kedah (1)
- kedah darulaman (6)
- keluar parti (1)
- kuin (1)
- maksiat (1)
- mb kedah (2)
- nantikan gambar yang di ambil Pisau Kedah (1)
- nasir zakaria (1)
- nik aziz sesat (1)
- pakatan bodoh (3)
- parlimen (1)
- pas bebal (2)
- pas gila babi (1)
- pas kedah (32)
- pas makin sesat (1)
- pas pis pus (1)
- pasukan kenari (1)
- perhimpunan agong umno (1)
- pru ke 13 (1)
- raya haji (1)
- Sidang DUN Kedah (1)
- ulama muda umno (1)
- umno kedah (5)
- video (3)
- video pendedahan anwar ibrahim (1)
- video ufb (1)
2 comments:
Terlampau sesat bebudak PR ni.. Itu pon apa aku kata mcm under statement.. In actual fact tak dapat di gambarkan tahap gaban ketaksuban dan kebanggangan bebudak blogger PR ni.. Gile mental
den tabik betul kat omakbapak Ammar walaupun terpaksa menanggung malu seumur hidup.Jangan seperti pembangkang asyik nak ambil kesempatan menyalahkan org lain..Kepado Ammar ingat pengorbanan omakbapak kau tu....kalau kau susah ada ke PR nak tolong...omakbapak kaujugalah yg datang tolong kau....PR tolong jahanankan kau adalah lagi..Sosa dulu pendapatan, sosa lemudian dah x guno lagi dah..duk dalam bilik tu fikir2kanlah
Post a Comment