pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Thursday, September 6, 2012

Panas !!! Pendedahan Kenapa Tazkirah Anwar Tercetusnya Ke Kecohan

Pendedahan ini menceritakan kenapa Tazkirah Anwar di halang penduduk yang Pisau Kedah ambil dari blog Ketua Team Media Kedah (TMK) di sini

Peliwat sedang bertazkirah
 Politik kadang kala menyedihkan, kadang kala lawak, kadang kala tak masuk akal. Tapi itulah politik!! Ada yang tak buat kerja tapi dihargai, ada yang berlakon buat kerja tapi dibayar sampai puluhan ribu ringgit, ada pulak yang buat kerja macam nak mampuih, tapi langsung tak dipedulikan. Itu juga tergolong dalam politik.

Begitu juga halnya dengan sumbangan. Orang yang banyak kita bantu, habiskan wang, akhirnya membelakangi kita, abaikan kita, malah tidak menyokong kita. Apa kita rasa?

Samalah seperti keadaan di masjid Al Hussain Seberang Pumpong. Masjid kontroversi yang menjemput si Peliwat Anwar memberi tazkirah!! Masjid yang mendapat banyak bantuan dari kerajaan dan UMNO Kedah, akhirnya menjemput ketua umum Pakatan Haram memberi tazkirah! Bukankah itu maknanya Imam dan AJK Masjid berkenaan juga berpolitik?

Tinggalkan soal kenang budi tu, Mc nak tanya, tahukah kenapa orang muda, NGO dan juga Perkasa membantah sekeras-kerasnya kehadiran Anwar ke Masjid tu? Kerana mereka tahu, Anwar dijemput oleh AJK Masjid untuk memberi tazkirah.

Malah NGO dan Perkasa sudah berjumpa dengan Imam Masjid untuk membantah secara baik, persetujuan juga telah diberikan. Anwar hanya boleh bersolat dan tidak dibenarkan memberi tazkirah. semua dah setuju. Namun apa yang terjadi selepas itu? Anwar tetap memberi tazkirah, seperti berceramah politik didalam masjid!!

Atas sebab demikian, pihak Perkasa dan NGO lain bertindak agressif mahu menghalang dan menghalau Anwar dari terus bertazkirah. Mahu menjaga kesucian masjid dari dicemari politik kotor Anwar Ibrahim. Sedang orang luar mahu menjaga kesucian masjid, Imam dan AJK Masjid pula bergembira dapat membawa Anwar 'berceramah' politik di dalam masjid yang sepatutnya mereka jaga. 

Keadaan amat menyedihkan, apabila seorang Imam masjid sanggup berbohong dan memberi jaminan bahawa Anwar takkan bertazkirah dan akhirnya beliau sendiri membiarkan Anwar bertazkirah didepannya dan mencemarkan masjid dengan politik. Semua disebabkan politik, agama diketepikan.

Untuk pengetahuan semua, pada bulan Mei yang lepas, PM DS Najib Razak baru memberi sumbangan terhadap Masjid Al - Hussain, sebanyak RM100,000.00 untuk membaiki infrastruktur dan disusuli dengan RM5000 sumbangan dari Tok Bashah untuk menampung keperluan AJK Masjid. Walaupun tidak menjadi kerajaan negeri, sumbangan tetap diberikan tanda sokongan untuk menjaga dan men'gimarah'kan masjid.

Kini Mc mendapat tahu, Imam dan AJK Masjid tersebut membuat permohonan, membesar dan membaiki masjid dengan peruntukan RM1 Juta kepada PM. Mc tak tahu permohonan itu lulus atau tidak, namun Mc harap peruntukan itu tidak lulus. Kerana ia boleh disalurkan ke masjid yang lain, masjid yang lebih utamakan agama dari agenda politik.

Buat apa besarkan masjid, kalau hanya nak terapkan agenda politik didalamnya. Kalau nak juga, mintalah dari Anwar, atau kerajaan negeri Kedah. Nescaya barulah kena dengan gayanya. Almaklumlah.. dari tok Imam sampailah ke AJK Masjid, semuanya geng hijau bulan mengambang saja!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog