pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Wednesday, April 4, 2012

Panas!!! YB Johari Abdul Menipu Dalam Parlimen: DESAKAN UNTUK DIAMBIL TINDAKAN TERHADAP YB SG PETANI DIBAWAH PERATURAN DEWAN RAKYAT 36(12)


Petikan dari kenyataan YB Dato Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Permatang Pauh dalam wawancaranya dengan akhbar The Wall Street Journal  pada 26hb Januari 2012 adalah seperti berikut :
“I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.
Terjemahannya :
“Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel,” kata En. Anwar, walaupun beliau tidak terus berkata beliau akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Yahudi  tersebut, satu langkah yang kata beliau bergantung kepada Israel menghormati aspirasi rakyat Palestin.

Berbanding dengan kenyataan YB Dato’ Johari bin Abdul, Ahli Parlimen Sungai Petani  yang dalam perbahasan beliau terhadap Titah YDP Agong (hansard 22.3.2012 12.34 tgh) telah menghurai secara panjang lebar, sinis dan angkuh mengenai kenyataan YB Ketua Pembangkang mengenai Israel di wawancara yang sama dalam The Wall Street Journal, seperti berikut :
Tuan Yang di-Pertua, apa yang disebut oleh Ketua Pembangkang dan dilaporkan oleh Asian Wall Street Journal, saya baca, “I support all efforts to protect the security of the state of Israel.  A step which he said, remain contingent on Israel respecting the aspiration of the Palestinians”. Saya terjemahkan dalam Bahasa Melayu, Tuan Yang di-Pertua.  “Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel.  Pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin.”

Jelas disini bahawa YB Sg Petani telah mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan dan bersifat menghina majlis dan ahli, dan wajar dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu seperti yang termaktub dalam Peraturan Berbahas bilangan 36, Perenggan (12).

Jelas juga bahawa pihak pembangkang kerapkali mengeluarkan kenyataan yang bersifat penipuan semata-mata untuk mengelirukan rakyat dalam usaha mereka mendorong rakyat untuk menolak Kerajaan BN. Taktik kotor ini, jika tidak dibendung, akan terus berleluasa termasuk dengan penyalahgunaan Dewan Rakyat untuk agenda penipuan mereka. Oleh itu suatu tindakan yang tegas dan bersifat pembenteras perlu diambil oleh Dewan sebagai amaran keras kepada pihak pembangkang agar tidak mengulangi tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab itu.




Buktinya adalah Hansard Dewan klik sini untuk maklumat lanjut

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog