pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Saturday, April 7, 2012

Panas!!! Pendedahan penyata kewangan Masjid Sijangkang yang di katakan disalah guna bekas nazir (umno Kuala Langat

Pisau Kedah pernah menceritakan bagaimana bekas nazir Masjid Sijangkang yang dikatakan songlap duit Masjid Sijangkang baca di sini,namun kini persoalan telah terjawap berkenaan tuduhan terhadap bekas nazir Masjid Sijangkang.pembongkaran ini telah di lakukan seorang blogger

ini merupakan pendedahan Blogger tersebut



Tuan Haji Yassin - Bekas Nazir Masjid Sijangkang 
Sambung dari [SINI]

Kisah wang tabung Masjid Jamiul Ehsani Sijangkang berjumlah RM100,000, Kuala Langat yang dikatakan telah lesap disonglap oleh bekas Nazir masjid tersebut iaitu Tuan Haji Yassin (gambar) dan orang UMNO Kuala Langat mula menjadi topik panas di sekitar Kuala Langat sejak beberapa minggu yang lalu.

Ianya dihangatkan lagi dengan tulisan di laman facebook oleh Ketua Pemuda PAS Sijangkang iaitu Abdul Ghani Abdul Manaf yang mendakwa selama 30 tahun Tuan Haji Yassin menjadi nazir masjid tersebut tiada 1 sen pun wang dalam tabung masjid tersebut.

Sebaliknya PAS yang mengambil alih pentadbiran masjid selepas Pakatan Rakyat memerintah negeri Selangor berjaya mengumpul lebih RM120,000 dalam masa 4 tahun.

Tulisan Abdul Ghani Abdul Manaf Ketua Pemuda PAS Sijangkang di laman facebook.

Persoalannya benarkah wang tabung masjid tersebut adalah hasil 4 tahun orang PAS mengurus tadbir masjid berkenaan?

Untuk membuktikan sama ada dakwaan yang dibuat oleh Ketua Pemuda PAS Sijangkang ini adalah benar atau hanya bersifat fitnah semata-mata hanya kerana bekas Nazir masjid tersebut iaitu Tuan Haji Yassin merupakan orang berpengaruh dan dikatakan orang kuat UMNO di kawasan Sijangkang?

Penyata-penyata kewangan masjid di bawah adalah penyata dari tahun 2008 - 2009 sebelum diserahkan kepada akautan berdaftar untuk diaudit sebelum diserahkan kepada pihak pengurusan masjid yang baru selepas Pakatan Rakyat memerintah negeri Selangor.






Penyata kewangan berakhir Mei 2009 menunjukkan jumlah tabung masjid tersebut adalah RM148,845.87 - Dalam penyata kewangan juga jelas menunjukkan bahawa wang tabung masjid berkenaan berada dalam bank-bank di bawah nama masjid.

Bekas Nazir iaitu Tuan Haji Yassin langsung tidak memegang tunai atau menyimpan wang tabung masjid atau pun hasil kutipan dari tanah-tanah wakaf.

Jadi ini bermakna ketika menyerahkan pentadbiran masjid kepada orang PAS wang tabung masih ada dalam simpanan bank, persoalannya mana pergi semua wang tersebut jika Ketua Pemuda PAS Sijangkang mengatakan tiada 1 sen wang tabung masjid ketika mereka mengambil-alih pengurusan masjid berkenaan?
-Teruskan baca di sini-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog