pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Monday, April 9, 2012

Hapuskan PTPTN merupakan satu agenda politik Pakatan Haram meraih undi

Kerajaan Boleh Berbelanja Belanja RM43 Bilion Untuk Menghapuskan PTPTN, Tetapi Ianya Bakal Bebankan Rakyat Sendiri – PM

BATU PAHAT – Kerajaan perlu membelanjakan RM43 bilion jika Perbadanan Tabung 
Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan, kata Perdana Menteri hari ini.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan memansuhkan PTPTN itu akan hanya membebankan kerajaan.

Perdana Menteri berkata demikian sebagai mengulas desakan daripada parti-parti pembangkang yang bercadang memansuhkan PTPTN jika mereka memenangi pilihan raya umum akan datang ini.

"Hanya ada tiga buah negara di dunia yang menanggung sepenuhnya pengajian tinggi rakyatnya seperti Norway. Tetapi Norway mengenakan cukai yang tinggi terhadap rakyatnya," katanya ketika merasmikan program Jelajah Janji Ditepati di yang dihadiri 50,000 rakyat di Stadium Batu Pahat di sini, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan tidak mahu membebankan rakyat dengan mengenakan cukai yang tinggi berikutan keputusan untuk menghapuskan PTPTN.

"Kita tidak mahu membebankan rakyat dengan cukai yang terlalu tinggi," katanya.

Najib berkata, pada ketika ini pun kerajaan menanggung kira-kira 90 peratus daripada kos pengajian tinggi rakyat, dengan PTPTN hanya digunakan untuk membayar yuran pengajian pelajar.

Sebelum itu dalam ucapannya, Najib berkata beliau akan mengumumkan keputusan kerajaan tentang dasar gaji minimum pada akhir bulan ini.

Beliau juga mengumumkan kepada ribuan rakyat yang menghadiri program itu bahawa kerajaan telah bersetuju untuk memperuntukkan RM6 juta bagi pembinaan pasar awam baru Batu Pahat.

Kerajaan menurutnya turut bersetuju untuk memperuntukkan RM3 juta bagi pembinaan pasar borong baru daerah itu.

Perdana Menteri juga berkata, kerajaan telah bersetuju untuk mengeluarkan peruntukan bagi membaiki longkang-longkang yang tersumbat di bandar Batu Pahat. – Bernama.







Pisau Kedah :-


Perbuatan menghapuskan PTPTN akan membuat rakyat sengsara,kerajaan akan terbeban untuk memastikan golongan yang melanjutkan pelajaran menikmati kemudahan untuk membiayai kos pembelajaran di pusat pengajian tinggi,malahan dengan adanya PTPTN ibubapa tidak perlu bersusah payah membiayai sepenuhnya kos pengajian,tidak perlu nak bergolok bergadai seperti zaman dahulu,sebelum kemudahan pinjaman PTPTN di nikmati rakyat Malaysia.


Apakah PTPTN satu bebanan bagi rakyat?Pisau Kedah rasa tidak membebankan,kerana sesiapa yang lepasan pusat pengajian tinggi,pendapatan pasti setaraf dengan apa yang mereka belajar,apakah pendapatan yang lebih masih tidak mampu membayar ansuran pinjaman?,rasanya ansuran bulanan tidaklah terlalu tinggi untuk di bayar berbanding pendapatan yang di perolehi setelah tamat pembelajaran.apakah masih belum rasa bersyukur dengan kemudahan yang di beri?apakah anda pasti dengan janji manis Pakatan Rakyat yang mahu menghapuskan PTPTN,anda perlu faham kenapa Pakatan Rakyat berjanji manis begitu,,motif mereka hanya meraih undi sahaja.


Satu persoalan untuk sesiapa yang meyakini Pakatan Rakyat akan hapuskan PTPTN ,kerana menggangap PTPTN membebankan rakyat,kenapa mereka tidak bantu membayar untuk rakyat yang berada di dalam Negeri di bawah pentadbiran mereka?cuba rakyat di Negeri pentadbiran Pakatan Rakyat desak Kerajaan Negeri biayai pembelajaran di pusat pengajian tinggi apa maklum balas yang di beri??Pisau Kedah yakin kerajaan Pentadbiran Negeri pun tak termampu menanggung kos pembelajaran sekiranya di minta buat begitu..kalau tak percaya,cuba desak.




Pesan Pisau Kedah kepada sesiapa yang telah mendapat kemudahan PTPTN,bayarlah,bukan apa ianya kemudahan juga kepada genarasi yang akan datang.sekiranya anda mahukan kerajaan yang menanggung kos pembelajaran,apakah anda rasa berbaloi dengan terpaksa membayar cukai yang tinggi untuk menampung kos yang di keluarkan untuk yang mahu melanjutkan pelajaran??

1 comment:

my said...

jom tonton pelbagai saluran tv dari dalam dan luar negara seperti Discovery Turbo.Discovery World Hd.Discovery Channel.History Channel.Astro Ria.Astro Prima. Astro Oasis.Tv3.Tv2.Bernama Tv.Al Hijarah Tv .ESPN,STAR SPOTS ,EUROSPORTS dan banyak lagi secara percuma di > http://setcast.blogspot.com/2012/04/live-streaming-malaysia-tv-tv-online.html ,anda jugak boleh mendengar pelbagai siaran radio Online malaysia di > http://setcast.blogspot.com/2012/03/malaysia-radio-online-listen-live.html secara percuma ,jom terjah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog