Ostaz Khalwat pasti marahkan Ustaz Kazim berkenaan Imam Mahdi,,
Ostaz Khalwat tolong jangan marahkan Ustaz Kazim,,mungkin Ustaz Kazim tak tahu lagi Imam Mahdi PKR sudah ada di Malaysia.Imam Mahdi yang mendapat tauliah dari Ostaz Khalwat..
Ostaz Khalwat pasti marahkan Ustaz Kazim berkenaan Imam Mahdi,,
Ostaz Khalwat tolong jangan marahkan Ustaz Kazim,,mungkin Ustaz Kazim tak tahu lagi Imam Mahdi PKR sudah ada di Malaysia.Imam Mahdi yang mendapat tauliah dari Ostaz Khalwat..
Memang layak pun Kitab Jinggay Pakatan Haram di letakan di dalam tong sampah..kerana ayat-ayat kandungan kitab jinggay semuanya ayat sampah.
Mungkin apa yang di lakukan oleh Pakatan Haram,semuanya arahan UMNO,,"Pakatan Haram memang dasar pencacai,"
Petang kelmarin Team Media Kedah telah berjaya meloloskan diri mendengar pembincangan di antara Phahrolrazi dan pemimpin-pemimpin Pas tempatan yang pro kepada Phahrolrazi.ikuti antara pendedahanya di bawah,,di tulis oleh leader Team Media Kedah..Mc theory - kedahkekl@blogspot.com
Mc sebentar tadi baru pulang dari Sidang Media di rumah Phahrolrazi di Taman Gunung Bayu. Pada sidang media tersebut, memang pada mulanya sidang media pada media nasional berlangsung dengan aman dan 'play safe' namun selepas bersurainya sidang media. Berlangsung sidang media kedua, dikalangan orang Pas dan pemimpin Pas tempatan bersama Datuk Phahrolrazi dilakukan secara tertutup, kenyataannya pada sidang media kedua amat mengejutkan! Malah salah seorang penyokong Phahrolrazi berkata "Ustaz Azizan harus di kerat dan di kuburkan!".
Kenapa mereka berkata begitu? Mungkin mereka tidak menyangka bahawa ada orang asing bersama mereka,kerana semasa Mc masuk ke rumah Phahrolrazi,memperkenalkan diri sebagai ahli Pas dari sebuah markas yang luar dari Alor Setar. Dengan mesra mereka mengajak Mc bertemu dengan 'Ustaz' disana Mc melihat ada orang-orang kuat bersama Phahrolrazi masih lagi rancak berbincang.
Mc hanya bersalaman dan berdiam diri mengikuti perbincangan mereka. Banyak juga pendedahan baru yang Mc dapat. Mc puji orang Pas, sebab masalah dalaman parti,mereka amat pandai simpan. Mereka tidak tunjuk kepada orang luar. Walau meletup macam mana pun keadaan di dalam, muka mereka senyum bagaikan tiada apa-apa yang berlaku. Dengan bahasa rasminya, orang Pas ni pandai berpolitik dan hipokrit cukup kuat.
Phahrolrazi memang mempunyai masalah dengan Ustaz Azizan, dari soal kerja, sampailah soal tanah dan kontrak.Malah beliau mendedahkan bahawa Ustaz Azizan lebihnbanyak menolong UMNO dari orang Pas sendiri, malah pengagihan kontrak juga banyak orang UMNO yang dapatndari orang Pas!!
Satu demi satu perkara yang berlaku menyebabkan Phahrolrazi mengakui, beliau tidak dapat lagi bekerjasama dengan Ustaz Azizan. Malah yang paling menarik ialah,Ustaz Azizan ni tak pernah langsung mendengar nasihat dari Phahrolrazi walaupun beliau ialah Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah 1. Segala isu berbangkit mengenai negeri Kedah,Ustaz Azizan hanya mempertimbangkan sendiri dan lebih mendengar pendapat orang luar dari pendapat beliau.
Keretakkan paling ketara ialah semasa isu KUIN, apabila Ustaz Azizan bersifat degil dan pentingkan diri sendiri dari parti. Kata beliau la, bukan Mc kata. Akibat pendedahan demi pendedahan, penyokong Phahrolrazi seakan-akan naik berang dengan Ustaz Azizan, dan bertekad untuk menjatuhkan Ustaz Azizan dari terus menjadi menteri besar Kedah. Malah ada yang menjerit akan mengorek kubur untuk Ustaz Azizan dan kerat-kerat sebelum PRU ke 13
berlangsung.
Melihat keadaan menjadi semakin tegang, Mc dan beberapa orang troopers lagi mengundurkan diri. Kami sempat mengambil gambar pada waktu tersebut dan gambar itu masih lagi di tangan Aktivis UMNO Pekan Naka, Insyallah Mc akan update gambar tersebut kemudian nanti.
Nampaknya cerita disebalik tabir lebih meletup berbanding sidang media yang beliau lakukan. Macam Mc kata tadi,orang Pas memang pandai menyembunyikan masalah dalaman mereka berbanding orang UMNO yang 'cempera' bila ada sesuatu yang berlaku.
Namun apa yang pasti, jentera Pas Kedah sudah berpecah jadi tiga, satu pada Ustaz Azizan, satu pada Phahrolrazi dan satu lagi yang setia pada geng Anwarinas. Tapi nampak gaya, dewan Ulamak Kedah, bagaikan bersama dengan Phahrolrazi, cuma wakil pemuda Pas tidak kelihatan mesra,mungkin masih lagi mencari tapak atau pemuda Pas Kedah menyokong Ustaz Azizan. Semua maklumat ini sebenarnya,hadiah besar kepada UMNO.
Belum pun berperang, jentera Pas sudah kalah apabila berperang sesama sendiri. Namun Mc harap UMNO jangan terlalu leka dengan perkembangan ini.
UMNO Kedah harus membina kekuatan sendiri dari mengharap kelemahan orang lain. Kalau kita kuat, kelemahan lawan merupakan satu bonus pada kita untuk memenangi PRU ke 13 nanti.
Masalah Pas Kedah masih lagi tidak selesai, walaupun depan mereka senyum, namun belakang masing-masing mengasah parang untuk berperang.Kita tengok apa pulak lakonan depa lepas ni..
Pas bersedia menerima seorang Timbalan Presiden daripada kalangan bukan Islam sekiranya iansatu keperluan dan ada tuntutan seperti yang dilakukan parti Ikhwanul Muslimin di Mesir.
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata, dalam Islam, terdapat dua perkara iaitu perkara tetap dan perkara yang boleh berubah, contoh yang boleh berubah adalah perkara politik.
Menurutnya, Pas tidak terlalu taksub dengan berkeras mengatakan orang bukan Islam tidak boleh memegang jawatan tertinggi parti.
Namun jelas Ahli Parlimen Kuala Selangor ini, kata putus akhir hanya akan ditentukan oleh Majlis Syura dan Muktamar Pas. “Itu kelebihan Islam kerana mampu menangani perubahan-perubahan zaman sehingga hari kiamat,maknanya Islam memberi izin kepada kita (untuk menerima Timbalan Presiden) dari bukan Islam,”katanya pada Wacana Sinar Siri Ke-11 di sini, hari ini.
Pada pilihan raya umum Mesir baru-baru ini, Parti Kebebasan dan Keadilan yang ditubuhkan Ikhwanul Muslimin telah memenangi pilihan raya itu. Parti tersebut diterajui Dr Mohd Mursi yang juga Pimpinan Pusat Ikhwanul Muslimin.
Antara pimpinan tertinggi Parti Kebebasan dan Keadilan adalah seorang Kristian, Dr Rafiq al-Habib yang memegang jawatan Timbalan Presiden II.
Ditanya adakah perubahan itu bermula dengan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong Pas,Dzulkefly berkata, ia adalah salah satu transformasi yang sentiasa dibawa Pas.“Dalam Islam, perkara urus tadbir amat terbuka, apapun kami bersedia menerima perubahan ini mengikut keperluan dan kepentingan,” katanya.
Isu Tanah Jarang – Himpunan Hijau Gerakan Anti Ekonomi
Himpunan Hijau bukanlah satu kumpulan yang mahu mengharmonikan dan menyelamatkan Malaysia seperti yang mereka dakwa, sebaliknya ialah adalah sebuah agenda bersifat ‘anti-ekonomi’ oleh pihak-pihak tertentu yang bertujuan menakut-nakutkan pelabur asing dari terus melabur di Malaysia.
Para pelabur antarabangsa memerhati tindakan Kerajaan Malaysia menangani desakan puak pelampau yang berselindung diatas matlamat kononnya menyelamatkan alam sekitar. Apakah Kerajaan Malaysia cukup kuat untuk mempertahankan kemasukkan pelaburan asing atau akan menjadi longlai dan tunduk kepada tekanan puak pelampau ini.
Penentang pelaburan kilang pemerosesan kimia oleh Lynas Corporation adalah golongan pelampau yang didalangi oleh beberapa kerat ahli politik songsang.Kilang pemerosesan Nadir Bumi atau dalam bahasa hari-hari boleh disebut sebagai ‘tanah jarang’ ini adalah tidak lebih dari sebuah kilang kimia. Di negara asalnya, pengangkutan bahan tanah jarang ini boleh dilakukan seperti anda mengangkut anak dan isteri anda pulang ke rumah mertua, tiada spesifikasi khas apa lagi memerlukan label bahan radioaktif.
Pada sidang medianya di Shah Alam hari Jumaat lepas, Ahli Parlimen PAS Hulu Langat , YB Che Rosli Che Mat, seorang pakar di dalam bidang nuklear sekali lagi menjelaskan kepada rakyat Malaysia bahawa, kilang kimia Lynas adalah selamat.
“Pendirian saya tetap sama seperti yang pernah saya
cakapkan sebelum ini, iaitu projek ini perlu diteruskan
dan saya akan tetap menyokongnya selagi Lynas
selamat dan dipantau sepenuhnya,”
ujar bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia itu.
Rosli yang merupakan lambang kecendikiawanan di dalam Parti Islam Malaysia (PAS) diatas ketinggian ilmu sainsnya merupakan kelulusan doktor falsafah di dalam bidang Sains Nuklear daripada University of Lancaster di United Kingdom.Rosli juga berkali-kali menjelaskan bahawa kilang Lynas di Gebeng bukanlah kilang nuklear atau loji nuklear maupun makmal penguraian dan mengayakan uranium. Kadar radiokatif yang bakal dikeluarkan oleh kilang Lynas di Gebeng secara teorinya tidak lebih daripada kadar radiasi yang dikeluarkan oleh kebanyakan kilang-kilang lain di sekitarnya.
Rosli berkali-kali menegaskan bahawa tanah jarang adalah bahan ‘tabii’ dan lombong tanah jarang di Mount Weld, Australia adalah jauh lebih rendah keluaran radiasinya daripada lombong bijih yang peninggalan legasinya menjadi taman tema dan kawasan perumahan di merata-rata tempat di Malaysia.
Baru-baru ini Kerajaan Malaysia secara adil telah meluluskan Lesen Operasi Sementara (TOL) kepada Lynas Corporation dengan syarat-syarat ketat. Tujuan pemberian lesen operasi sementara ini adalah bagi membenarkan Lynas memulakan operasinya dan pada waktu yang sama pihak-pihak terbabit di Malaysia dapat memantau operasi Lynas sama ada benar-benar selamat seperti yang tercatat di dalam semua laporan.
Tanpa membenarkan Lynas beroperasi, Kerajaan Malaysia dan pihak pemantau tidak dapat melihat kesahihan dakwaan Lynas mahupun dakwaan puak pelampau.
Pemberian lesen ini bukan berisiko tinggi kerana pada waktu ini berdasarkan segala laporan dan kajian yang telah dibuat oleh pelbagai agensi terbabit bersetuju bahawa operasi Lynas akan selamat dan mengikuti piawaan antarabangsa.
Namun tanpa membenarkan Lynas beroperasi, ia kekal sekadar di atas kertas.Walaupun lesen sementara itu telah diluluskan buat Lynas bagaimanapun Lynas hanya boleh menerima lesen itu setelah ia memastikan ia patuh kepada syarat-syarat khas pengeluaran lesen tersebut. Itulah yang dikatakan sebagai
risiko rendah.
Untuk Lynas beroperasi sementara, Lynas diwajibkan oleh Kerajaan Malaysia mengeluarkan satu surat akujanji bahawa segala lebihan dan sisa buangan dari kilang itu hendaklah di bawa keluar dari Negara Malaysia.
Lynas juga dikehendaki untuk menyerahkan satu pelan pembinaan dan pengurusan kemudahan pelupusan kekal (PDF) yang berlokasi di kawasan tidak berpopulasi.
Kerajaan Malaysia juga mengkehendaki Lynas memastikan segala sisa cecair dan gas hendaklah terlebih dahulu dirawat oleh Lynas bagi memastikan ia mencapai tahap piawaian keselamatan yang diterima pakai antarabangsa sebelum dibebaskan dari kilang tersebut.
Hanya setelah Lynas membuktikan bahawa operasinya adalah selamat seperti yang didakwa dan diperakui oleh semua pihak berwajib, barulah lesen sebenar akan dikeluarkan.
Ini merupakan sesuatu yang amat waras. Lebih waras lagi ialah nasib 420 anak tempatan yang hampir kesemuanya anak Melayu kini mencari makan dengan Lynas. Kos pengurusan yang melebihi RM400 juta setahun adalah sesuatu yang amat tinggi dan diperlukan di dalam menjana ekonomi hari ini. Oleh itu adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh kerajaan untuk mengabaikannya dengan mudah semata-mata ada penentangan yang tidak berasas.
Penentangan terhadap Lynas boleh menggugat kemasukan pelaburan asing.Para pelabur mahu kepastian bahawa pelaburan mereka selamat dan kerajaan hari adalah kerajaan yang mengotakan janjinya.Ketakutan pelabur adalah sesuatu agenda yang baik buat pembangkang.Kekurangan pelaburan adalah juga sesuatu yang boleh dimanipulasikan oleh pembangkang yang bijak.
Tetapi mengatakan Lynas adalah sebuah kilang yang menghasilkan radiokatif yang merbahaya adalah sesuatu yang bodoh bagi pembangkang.Saya masih rasa pembangkang di Malaysia tidaklah berdiri begitu rendah apalagi sesuai disebut sebagai bodoh.
Ustaz Hadi, Presiden PAS berkata dalam ucapannya pada 5 Jun 2011 di Terengganu yang antara lainnya menyeru perwakilan PAS bertindak secara bijaksana. Kata Ustaz Hadi,
“Saya hendak membangkitkan isu Lynas yang
dibangkitkan oleh perwakilan. Saya minta isu ini dirujuk
kepada pakar. Kita ada pakar nuklear, Dr. Rosli Che
Mat. Dia mempunyai PhD dalam bidang nuklear….”
Dan Dr. Rosli sudah memberikan penjelasannya kepada
kita. Dr. Rosli juga berkata bahawa dakwaan-dawaan
terhadap kilang Lynas hari ini adalah, “tidak saintifik dan
tidak akademik”.
Bagaimanapun ada diantara kita masih mahu mendengar dakwaan yang tidak saintifik dan tidak akademik itu.Ustaz Hadi turut membuat kesimpulan berikut,
“… nak tahu pasal kelapa sawit jangan tanya pakar
getah,”.
Fuziah Salleh orang paling kehadapan dengan pelbagai dakwaan tidak saintifik dan akademik merupakan Ahli Parlimen PKR dan bukan pakar getah, tetapi Fuziah juga bukan pakar nuklear. Mungkin Fuziah adalah mutasi hasil ujikaji berlebihan Anwar Ibrahim di dalam politik Malaysia.Langkah wajar boleh diambil oleh pengarah filem tersohorMalaysia, saudara Mamat Khalid untuk memasukkan watak Fuziah di dalam filem Zombie nya yang baru. Mungkin menerusi watak itu, Fuziah boleh menjadi ‘zomba terlampau’.
Sumber :-kickdefella.net/2012/02/26/isu-tanah-jarang-himpunan-hijau-gerakan-anti-ekonomi/
Lapan orang Exco telah dilantik semula. Manakala dua orang lagi Exco yang sebelum ini telah memutuskan untuk tidak menyertai barisan Exco Kedah yang ‘diperbaharui’, tetap tidak bersama-nsama barisan Exco berkenaan.
Taulan Mat Rasul dan Hamdan Che Khalib yang sebelum ini turut bersama-sama dalam kumpulan Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail Salleh, rupa-rupanya kecut perut apabila diancam akan diambil tindakan disiplin oleh PAS Pusat.PAS akan mengeluarkan surat penolakan Exco oleh Phahrolrazi dalam Malaysiakini.
Tujuannya mudah,PAS mahu rakyat Kedah melihat dan menghilangkan persepsi bahawa PAS Kedah sedang bergolak dengan hebat. PAS Kedah hendak menimbulkan tanggapan bahawa penolakan jawatan Exco oleh Phahrolrazi adalah disebabkan faktor enggan disambung tugas dan tanggungjawab sahaja walaupun sebenarnya Phahrolrazi Zawawi tidak berpuas hati dengan Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak yang telah ‘merampas’ tugasnya sebelum ini.
Bagaimanapun, kumpulan yang diketuai oleh Phahrolrazi Zawawi boleh menarik nafas lega apabila ‘orang dalam’ pucuk pimpinan utama PAS mengesahkan bahawa Azizan Abdul Razak akan ditolak keluar daripada saf kepimpinan utama selepas Pilihanraya Umum nanti. Dengan kata lain, PAS Kedah tidak bersendirian membenci Azizan Abdul Razak, tetapi yang lebih buruk lagi ialah, kebencian keterlaluan barisan kepimpinan PAS Pusat terhadap Menteri Besar Kedah itu.
Kemelut yang melanda kepimpinan PAS Kedah menyaksikan campurtangan Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS. PAS Pusat akhirnya masuk campur setelah mendapati kemelut ini tidak akan berakhir walaupun majlis angkat sumpah Exco berjalan dengan lancar dan baik.
Kehadiran barisan Exco PAS pada majlis angkat sumpah hari ini adalah di atas permintaan PAS Pusat,bukan di atas kerelaan Exco-Exco tersebut. Kerana itulah,tukang-tukang propaganda PAS dikerahkan membuat propaganda kononnya,tidak ada kemelut yang berlaku di Kedah, sebaliknya ia hanyalah pukul canang UMNO dan Barisan Nasional. Walau bagaimanapun, tukang-tukang propaganda
tersebut tidak pula dapat menerangkan siapa sebenarnya yang memulakan kemelut tersebut kalau bukan Phahrolrazi Zawawi dan Hamdan Che Khalib serta Taulan Rasul dan Dr. Ismail Salleh.
Seperkara yang sangat jelas ialah, Dewan Ulama PAS Kedah (DUPK) dan kumpulan Adnan Saad masih tetap dengan pendirian mereka walaupun telah dinasihati oleh Salehuddin Ayob agar tidak memberikan imej negatif kepada PAS Kedah. Kumpulan Adnan Saad masih lagi berpendirian, selagi Azizan Abdul Razak masih menjadi Menteri Besar dan Pesuruhjaya PAS Kedah, mereka tidak akan memberikan kerjasama walaupun pada PRU akan datang.
Salehuddin Ayob yang merupakan sebahagian daripada anggota kumpulan Anwarinas telah ‘diberikan tugas’ untuk memujuk Azizan Abdul Razak agar bercuti buat sementara waktu dan tugas Menteri Besar dipangku oleh Taulan Rasul. Phahrolrazi pula sedia untuk bercuti bagi semua tugas kecuali sebagai Timbalan Pengarah JPP.
Dalam pada tukang-tukang propaganda PAS begitu sibuk memukul canang kononnya majlis angkat sumpah Exco Kedah tidak disabotaj oleh pemimpin mereka sendiri, sesuatu yang amat jelas dan tidak boleh dinafikan ialah ketiadaan EMPAT ORANG ADUN iaitu Phahrolrazi Zawawi – ADUN Pengkalan Kundur, Dr. Ismail Salleh – ADUN Alor Mengkudu, Lee Guan Aik– ADUN Kota Darulaman dan Mohd Nasir Mustafa – ADUN Kubang Rotan.
Ketidakhadiran keempat-empat ADUN tersebut merupakan satu petanda, PAS Kedah sebenarnya tidak mampu menutup kemelut yang sedang melanda dan sedia memecahkan kesatuan Pakatan di Kedah. Tukang propaganda PAS boleh sahaja memberikan pelbagai cerita-cerita menarik untuk menutup masalah yang melanda, tetapi mata yang memerhati dapat menilai bahawa kemelut itu
tidak selesai, sebaliknya baru sahaja bermula.
Gerakan untuk menggulingkan Azizan Abdul Razak selaku Menteri Besar Kedah sudah masuk ke fasa kedua dengan tukang propaganda PAS semakin giat berusaha untuk melindungi perkara sebenar kerana bimbang gerak kerja Anwarinas akan dapat dicium serta dipatahkan!
Sumber :- kedahan69ers.com/?p=269#more-269
Kenyataan Badrolamin yang berbunyi;
Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.
Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka . Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.
Pisau Kedah :-
Nak tanya sat Ostaz Khalwat tentang kenyataannya berbunyi "suaminya membawa isterinya dan anaknya pergi secara paksa"..Salah ka suami wanita terbabit memaksa wanita terbabit yang masih sah isterinya keluar dari bilik berkenaan??..berdosa tak dari segi agama islam berdua-duaan dengan muhrim dalam bilik. tambahan bini orang pulak tu??..Kenapa di tangkap dalam keadaan Tuala Lembab,??secara logiknya tak rasa malu kah Ostaz Khalwat sekiranya dia tahu di dalam biliknya ada wanita yang bukan muhrim berkurung pulak tu...dari segi islam memang dah sah haram..tak kan seorang yang bergelar Ostaz tak tahu hukum hakam,,batas,batas yang harus di jaga.
Adakah ini konspirasi apabila Watiwani membuat perjalanan yang agak panjang dari Rompin yang sejauh 150km semata-mata untuk bertemu dengan Badroamin, Adakah ini konspirasi suami Watiwani dan juga UMNO?
Perkara pokoknya sekarang adalah khalwat samada perangkap, konspirasi atau
sengaja nak buat semua tidak timbul, yang penting sekarang jika ada bukti Badrolamin berkhalwat, dia perlu didakwa.
Tamatlah riwayat politik Ostaz Khalawat,,dah terkantoi.
Orang yang bagi kaunseling pun kaki balun bini,,ada hati nak kaunseling bini orang..kauseling apa kejadahnya 3 hari,,siap bertuala lembab pulak tu.....
ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, dan lapan anggota EXCO kerajaan negeri hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, di sini.
Lapan EXCO itu ialah Datuk Amiruddin Hamzah, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul, Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib, Lim Soo Nee, Abd Ghani Ahmad, Tan Joon Long @ Tan Chow Kang, Datuk Siti Ashah Ghazali dan S Manikumar, yang masing-masing menerima tawaran pelantikan semula.
Azizan sebelum ini mengumumkan hanya lapan EXCO akan mengangkat sumpah jawatan bagi sesi 2012 walaupun lazimnya EXCO kerajaan negeri dibarisi 10 anggota.
Dua EXCO sedia ada yang tidak termasuk dalam senarai mengangkat sumpah sumpah hari ini ialah Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh.
Turut hadir pada majlis hari ini ialah tiga lagi anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah iaitu Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah, Datuk Seri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah dan Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim. Kedah adalah satu-satunya negeri dengan jawatan pengerusi jawatankuasa peringkat negeri (EXCO) perlu diperbaharui setiap tahun.
Sebelum ini, Phahrolrazi dan Dr Ismail sudah menghantar surat kepada Azizan bagi menyatakan keengganan mereka dilantik semula ke jawatan itu.
- BERNAMA
Ternyata Selepas ini Azizan akan berhadapan dengan cabaran yang teruk lagi yang akan di lakukan Parasit Anwarinas..yang pastinya Parasit Anwarinas tak akan berhenti serang Azizan selagi Azizan bergelar Menteri Besar.
Wow.!!! Ostaz Khalwat pakar kaunseling permasalahan rumah tangga orang lain rupanya kaki balun bini juga,terkantoi sudah Ostaz Khalwat,,rupanya dapat tauliah kaunseling bini orang dengan balun bini sendiri,memang hebat gila Ostaz Khalwat.
Bini sendiri di balun,,bini orang di beri kaunseling selama 3 hari,,yang peliknya kaunseling di beri dalam keadaan memakai tuala lembab..lepas tu salahkan si Suami mangsa kaunseling ,,yang tak tahan,,UMNO pulak di salahkan di sebalik kesalahannya berdua-duaan dengan bini orang..
PETALING JAYA: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Badrulamin Bahron mendakwa Umno merupakan dalang yang merancang insiden kes tangkap khalwat yang mengaitkan dirinya bersama isteri orang di Hotel Swiss Garden, Kuantan awal pagi semalam.
Selain Umno, bekas pensyarah kuliyyah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa itu mendakwa suami wanita berkenaan turut terlibat dalam perancangan untuk menganiaya diri dan karier politik beliau.“Peristiwa yang berlaku mungkin dirancang oleh suami wanita tersebut dan Umno membuat persiapan yang cukup lengkap membabitkan (samseng, polis dan pejabat agama).
Perkara ini kemudiannya dimainkan secara sensasi oleh blogger-blogger Umno.“Laporan akhbar turut berniat jahat dan wujud unsur penganiayaan ke atas saya oleh suami wanita berkenaan.
“Saya tidak fikir kawan-kawan di dalam PKR terlibat.Mereka adalah sahabat seperjuangan saya. Saya akan jawab selanjutnya berhubung hal ini selepas bertemu dengan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) pada petang ini,” katanya kepada FMT.
Pisau Kedah :-
Best gila la cara ostaz maksiat spin,,kaunseling bini orang selama 3 hari,lepas tu salahkan si suami dan UMNO..logik gila si suami sanggup biarkan si bininya berdua-duaan kaunseling dalam keadaan si pemberi kaunseling dalam keadaan tuala lembab..
Lepas ni boleh la puak pencacai buat maksiat lepas tu boleh pasang niat dalam hati "UMNO yang suruh aku buat maksiat",dan dosa maksiat boleh di pindah pada UMNO.
Kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam kerajaan negeri Kedah terus tercabar apabila lima ahli EXCO PAS Kedah bertindak memulau mesyuarat khas tertutup parti itu yang dipengerusikannya.
Mesyuarat, yang diadakan kira-kira jam 4 petang semalam, di Ibu Pejabat PAS Kedah, di Kota Sarang Semut, di sini menyaksikan ketidakhadiran Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Phahrolrazi Zawawi;Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Badan Bukan Kerajaan, Datuk Dr Ismail Salleh; Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan dan Industri, Datuk Amirruddin Hamzah; Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib dan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Abdul Ghani Ahmad.
Kerajaan Pas Kedah mempunyai 10 EXCO dengan tujuh PAS dan tiga Parti Keadilan Rakyat(PKR).Dua EXCO yang hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pelajaran, Datuk Mohamed Taulan Rasul dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan, Datuk Siti Aishah Ghazali. Turut hadir pada mesyuarat itu termasuk, Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail;Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar; Setiausaha Politik Menteri Besar, Mohamad Sanusi Md Nor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Datuk Yahya Abdullah.
Bagaimanapun kehadiran Mohamed Taulan ke mesyuarat yang berlangsung kira-kira dua jam itu, menimbulkan tanda tanya berikutan namanya antara yang disebut bersekongkol dengan tiga EXCO Kedah untuk menjatuhkan Azizan.Azizan yang meninggalkan dewan jam 6.30 petang, bagaimanapun enggan menemui pemberita.
Media, semalam melaporkan cubaan menyingkirkan Azizan dikatakan didalangi kumpulan Erdogan dalam parti itu yang berusaha menyekat pengaruh golongan ulama.Sebelum itu, Menteri Besar yang ditanya mengenai konspirasi untuk menjatuhkannya,berkata rancangan itu tidak akan menjejaskan kredibiliti dan kedudukan beliau sebagai pemimpin nombor satu negeri ini.
“Saya masih Menteri Besar dan saya akan bekerja seperti biasa. Macam-macam cerita keluar sejak dari hari pertama saya menjadi Menteri Besar sampai la (sekarang).“Selepas empat tahun, saya masih bertahan,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Persatuan Alumni Maktab Mahmud Kedah Kali Ke-2 di sini, semalam.
Sumber saksi
"" Saya pekerja hotel tersebut malah saya tahu cerita tersebut dari hari pertama sehingga hari ketiga (hari penangkapan tu)...tapi saya xnak bising2 kat sini...sehingga jika ada yang cuba memfitnah orang lain dengan mengatakan ini konspirasi...
kami tahu juga dan lihat dengan mata kepala sendiri bagaimana hari ke dua suami wanita tersebut merayu isterinya supaya pulang ke rumah...apa2 pun kita tunggu lah...yang pasti 20 orang yg di dakwa tu TIADA..yang ada hanya suami isteri tersebut..dan saya nampak dengan mata kepala saya sendiri Badrul Amin di tampar oleh suami perempuan itu...20 orang yg di dakwa adalah fitnah Badrul Amin""
Petikan daripada kenyataan Jabatan Agama Pahang.
Timbalan Pengarahnya, Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz berkata, tangkapan berkenaan dibuat berdasarkan aduan orang ramai. “Jaip mengikut prosedur yang ditetapkan dan tidak pernah berlaku perkara yang dirancang atau atau berkomplot,” katanya.
Menurutnya, tindakan itu dibuat atas aduan daripada suami wanita terbabit yang menghubungi penguatkuasa Jaip supaya datang ke hotel itu kerana didapati isterinya bersama lelaki lain.
Ekoran penangkapan itu, Badrolamin dipanggil memberikan keterangan hari ini bersama wanita berkenaan bagi melengkapkan siasatan.
Mohd Ghazali berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.
Menurutnya, selepas siasatan selesai, kertas siasatan akan diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut."Ia merupakan satu prosedur biasa dalam kes seperti itu," katanya.
Pisau Kedah :-
Hebat Ostaz khalwat bagi kaunseling kepada isteri orang dalam bilik hotel selama 3 hari,,di tangkap basah sedang pakai kain tuala lebab pulak tu...apa yang dia buat kat bini orang masa kaunseling berdua-dua dalam bilik hotel selama 3 hari tu tak tau la kaunseling macam mana.tapi nasib baik suami perempuan berkenaan hanya penampaq Ostaz Khalwat kalau Pisau Kedah jadi suami kepada perempuan yang di tangkap basah bersama Ostaz Khalwat berkenaan mesti Pisau Kedah belasah dulu Ostaz Khalwat tu tiga suku nyawa..
Tapi apa pun Ostaz khalwat akan dapat pengampunan dari Imam Mahadi PKR,kerana Ostaz Khalwat pandai bodek dengan memberi jawatan Imam Mahadi kepada bosnya sebelum ini.Tak kan Imam Mahadi PKR nak marahkan orang yang memberinya jawatan kepadanya pulak,lagi pun kalau Imam Mahadi PKR persoalkan Ostaz Khalwat di tangkap basah,Ostaz Khalwat boleh persoal balik Imam Mahadi PKR kaki china doll,,cuma yang bezanya,Imam Mahadi di tangkap dengan "video" bersama china doll,,Ostaz Khalwat di tangkap "JAIP" dalam keadaan tuala basah semasa memberi kaunseling pada bini orang dalam keadaan berdua-duaan selama tiga hari
Pasti sekarang ini pencacai Imam Mahadi tengah memerah otak mereka nak spin cerita ostaz khalwat,,,kesian puak pencacai Imam Mahadi PKR ye..Ostaz Khalwat sedap dok kaunseling bini orang selama 3 hari,puak pencaci PKR pulak yang nak kena spin.Puak pencacai PKR nak harapkan Ostaz Khalwat Spin sendiri sampaikan terkantoi diri sendiri,,mungkin Allah S.W.T nak tunjuk dan beri iktibar pada ostaz Khalwat yang sebelum ini banyak sanggat menghina Ulama-ulama..
SEJAK semalam, hampir semua pimpinan KEADILAN telah berkumpul di Kuantan Pahang untuk sama-sama menyertai Himpunan Anti Lynas, atau lebih dikenali sebagai Himpunan Hijau yang bakal diadakan Ahad ini.Adakah Dr Badrul Amin memilih untuk berbuat jahat di kala beliau bersama-sama menginap dengan hampir semua pimpinan KEADILAN di Hotel yang sama?
Jika beliau ada niat berbuat jahat, mengapa beliau membawa isterinya bersama-sama ke Kuantan?
Mengapa Ust Badrul tidak dibawa ke balai Polis? Kerana pagi tadi beliau dilihat ada bersama-sama pimpinan yang lain.
Menurut Badrulamin lagi, wanita berkenaan juga menyatakan hasratnya untuk meninggalkan suaminya tetapi beliau menasihatkannya supaya tidak berbuat demikian.
Bagaimanapun, katanya, wanita itu kemudian datang ke hotel penginapannya bersama anaknya. Badrulamin berkata atas rasa bertanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, beliau membantu mereka mendapatkan bilik penginapan.
“Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.
“Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka.
“Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai JAIP tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik,” katanya.