pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Tuesday, October 25, 2011

LA EHH!! Lagi Ahli Pas Keluar Parti!!



Seramai 20 penyokong PAS dari Cawangan Kampung Padang Limau di Kota Kuala Muda dekat sini keluar parti itu dan menyertai UMNO hari ini.

Mereka menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Othman Aziz dan turut disaksikan Naib Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani Datuk Mohammad Firdaus Zakaria.

Pada majlis itu di sini, 50 lagi anggota baru dari kampung itu dan Kampung Bukit Lalang menyerahkan borang keahlian UMNO.

Bekas Pengerusi Tetap PAS Cawangan Kampung Padang Limau, Mohd Akhir Hassan, 48, berkata dia yang menyertai PAS sejak 10 tahun lalu berasa tidak puas hati dengan kepimpinan PAS sekarang yang banyak menabur janji kosong tanpa menjalankan kerja dengan sempurna untuk masyarakat setempat.


“Yang saya paling geram apabila pada satu ketika ada individu dalam PAS ini kata kepada saya kalau hendak senang pergi masuk UMNO.

“Situasi ini menjadikan saya betul-betul kecewa dan mengambil keputusan untuk berhijrah ke dalam UMNO,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang keahlian.

Bekas Ketua Pemuda PAS Cawangan Kampung Padang Limau Mohamad Rizal Ramli, 33, berkata sistem pentadbiran PAS tidak sistematik dan gagal merealisasikan keperluan golongan muda pada masa ini. - Utusan

Untuk pengetahuan pada yang taktau. Kawasan Kuala Muda ni, kawasan kuat Pas. Kubu kuat tahap kronik. Hinggakan simpang lampu isyarat, petak besar tu depa cat bendera Pas. Apa depa ingat bapak depa buat jalan kot.

Ura-ura geng ni nak keluar parti, dah lama Mc dengar. Cuma masih teragak-agak. Tapi rasanya, ni bukan kumpulan yang pertama dan terakhir keluar parti. Akan ada peringkat seterusnya.. Tunggu dan lihat.

McTheory:
Kawasan hitam, sudah boleh dikelabukan..

2 comments:

Ratu Umno said...

minta minta ramai lagi yang sedar diri lepas ni..jangan dok mamai saja..kita pun kena buat kerja juga untuk umno...sebab kejayaan tak akan datang bergolek...

Anonymous said...

kalau nak senang kena masuk umno. eh tau pulak orang pas kan. itu sebaborang umno kuat bekerja bukan asik memfitnah mengadu domba.kami pun orang islam jugak dan faham kemiskinan akan membawa kekufuran. so jangan membuang masa pada hal2 yang remeh temeh. mari kita terus bekerja untuk agama bangsa dan negara

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog