Dah lama juga Mc tak muatkan artikel pasal negeri Kedah. Tah apa yang terjadi kat sana. Dengar cerita Pas Kedah tak buat apa-apa pun kat sana, yang ada tetap ada, tak bertambah, tapi yang dok ada makin berkurang pun ada jugak.
Setelah 2 tahun PAS memerintah Kedah, tidak kelihatan satu pun langkah diambil untuk membawa negeri Kedah ke arah penambah-baikan atau pembetulan samada dalam sistem pentadbiran, ekonomi mahupun sosial.
Rakyat Kedah yang mengharap perubahan yang besar dibuat di Kedah sebagaimana janji dalam kempen PAS sepanjang 50 tahun sebelum berjaya menubuhkan kerajaan di Kedah. Manakan tidak, sepanjang 50 tahun menjadi pembangkang, PAS sentiasa mempunyai idea dan kritikan yang tidak pernah putus dalam ceramah-ceramah yang diadakan setiap malam disetiap daerah. Bayangkan, setiap ceramah dan setiap daerah 365 hari setahun selama 50 tahun.
Tetapi dalam masa 2 tahun semenjak 2008, PAS tidak berbuat apa satu pun, melainkan melantik sanak saudara pemimpin dan kroni terdekat menggonggong hasil dari kedudukan dalam kerajaan dan GLC-GLC di Kedah, rakyat dan penyokong PAS sendiri ternyata terlopong melihat tingkah-laku tindak-tanduk PAS.
Ini menyebabkan lebai-lebai PAS yang siang malam menghentam penyokong Umno (sehingga ketahap mempersoalkan aqidah penyokong Umno) dikampung-kampung kini bertukar menjadi lebai bisu. Malah menyebut politik pun mereka merasa malu seolah-olah dipaksa bertelanjang didepan kedai-kedai nombor ekor yang semakin ligat menjual nombor disetiap ceruk negeri.
Jika alasan kelemahan kedudukan ekonomi digunakan untuk tidak berbuat apa-apa di Kedah, kenapa soal-soal sosial yang hanya memerlukan sedikit usaha pentadbiran dan air liur pun tidak PAS laksanakan.
Kepada pemimpin PAS Kedah, kasihanilah penyokong-penyokong anda dikampung-kampung dan dulunya sanggup mengkafirkan sesama Islam untuk manjadikan PAS pemerintah.
P/s: Pas mana tahu buat kerja, ceramah pandai la. Tue pun lebih menipu dari betui. Orang Pas Kedah yang pandai sikit pun, Mahfuz sorang ja. Semua bidang dia tau, sebut apa yang dia taktau. Ekonomi, ketenteraan, sosial, politik, law semua dia terer, patut dia kena jadi MB Kedah, bukan Azizan ni. he he he. . bab terer sangat yang dok jadi badut kena gelak tue.
No comments:
Post a Comment