pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Monday, February 27, 2012

Panas!! kekecohan anti Lynas di Penang...


 Penganjur Hijau 2.0 di P. Pinang tak maklum kepada polis  


 GEORGETOWN 26 Feb. - Polis Pulau Pinang kecewa dengan penganjur Perhimpunan Hijau 2.0 yang mengadakan perhimpunan di Sudut Pidato, Padang Kota di sini hari kerana mereka langsung tidak memaklumkan kepada polis mengenai acara itu sehingga berlaku kekecohan. 

Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, penganjur hanya memaklumkan kepada polis selepas berlaku kekecohan sehingga menyebabkan seorang wartawan dan seorang jurugambar sebuah akhbar berbahasa Cina cedera. 

"Memang tidak memerlukan permit tetapi sepatutnya penganjur memaklumkan atau berunding dengan pihak polis berhubung perhimpunan berkenaan supaya polis dapat bersiap sedia atau menempatkan anggota di kawasan berkenaan bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini berlaku. 

"Bila berlaku kekecohan, baru penganjur maklumkannya dan mereka juga cuba menyalahkan polis kerana lambat bertindak,” katanya kepada Bernama di sini malam ini. 

Perhimpunan Hijau 2.0 yang disertai hampir 1,000 orang itu bertukar kecoh apabila sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut hadir membantah perhimpunan yang berlangsung pada pukul 6 petang itu. - BERNAMA



cuba kita lihat video di bawah ini apabila pihak pembangkang  yang memain sentimen perkauman
cuba kita lihat permulaan video ini apa yang Lim Guan Eng kata..sebagai seorang pemimpin Negeri adakah Lim Guan Eng boleh bersikap demikian sehingga menimbulkan kemarahan rakyat??apakah Penganjur yang puratanya dari DAP tidak menghormati Polis dengan tidak melaporkan himpunan berkenaan dan memohon permit,apakah apabila kekecohan ini berlaku Pakatan Haram mahu menunding jari pada Polis??




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog