pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Sunday, February 26, 2012

Benarkah Azizan MB Kedah akan ikut jejak langkah Hasan Ali nak hapus Parasit ???




Huru hara yang melanda pentadbiran Pas di Kedah dikatakan telah merebak di dun-dun dan parlimen yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat. Lebih terasa panasnya ialah di dun yang di pegang oleh Pas. Masing-masing masih lagi terkeliru, mengenai apa sudah jadi dengan exco dan Menteri Besarnya.

Walaupun Adun-adun Pas telah lama mengetahuinya, namun ahli Pas yang di akar umbi masih lagi teraba-raba mencari realiti mengenai apa yang telah berlaku di Wisma Darulaman. Malah ketika Pisau Kedah ajukan soalan, masih ada yang terlopong, tak terkelip mata mendengar peristiwa ini. Almaklumlah.. ahli Pas mana tengok TV dan baca Akhbar lain selain Harakah, jadi mereka bagaikan terkesima, terpaku dan juga bingung.


Paling lawak apabila ada yang mengatakan ini semua fitnah UMNO! Ada juga yang tak kurang bodohnya dengan mengatakan peristiwa ini adalah konspirasi jahat UMNO di dalam Wisma Darulaman. Itulah mentaliti orang Pas, bodoh tak boleh diajar, bangang tak boleh di kongsi.

Namun berita terbaru yang telah Pisau Kedah terima ialah, Ustaz Azizan akan terus bersama Pas dan akan bubarkan DUN pada Awal bulan Mac selepas mengadap kebawah duli yang maha mulia Sultan Kedah terlebih dahulu.

Apa lagi yang mampu Ustaz Azizan lakukan setelah organisasi pentadbirannya lumpuh apabila di pulaukan oleh Exco-exco yang lain. Selain dari letak jawatan, ustaz Azizan akan melakukan tugasnya yang terakhir iaitu BUBAR DUN!

Namun sebagai orang yang lurus dan hanya berpegang pada ajaran Islam. Ustaz Azizan dikatakan, sangat berminat untuk menyertai NGO terbaru yang ditubuhkan oleh Dr Hasan Ali. Malah sudah ada bau-bau yang mengatakan, Ustaz Azizan akan bergandingan dengan Hasan Ali untuk 'membersihkan' Pas dari parasit-parasit yang merosakkan selama ini.

Perlu di ingat, kekuatan Pas di Kedah, terletak pada MBnya sekarang dan bukan pada kuasa pentadbiran. Andaikata Ustaz Azizan bukan lagi Menteri Besar bagi pihak Pas, rasanya 50% kekuatan Pas Kedah akan lumpuh.

Bila Ustaz Azizan akan menyertai 'JATI', itu Pisau Kedah tak tahulah, namun.. percaya atau tidak, Hasan Ali akan bersama Ustaz Azizan untuk mengempur Pas dan melawan dengan musuh-musuh proksi Anwar dan Dap di dalam Pas.

Namun yang lebih menjadi persoalannya sekarang. Apakah UMNO Kedah mampu menewaskan Pas dengan mudah, setelah Pas sudah pun tempang sebelum bertarung di PRU ke 13.

Atau UMNO hanya duduk termenung bertepuk tangan mengharapkan keajaiban untuk menang kelak.

Mari kita perhati dan lihat situasi ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog