pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Thursday, September 13, 2012

Tu Dia !!! Ustaz Fathul Bari Sekolahkan Abby Abadi @abby_abadi112



KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (ILMU) meminta pihak-pihak yang mendakwa bahawa lelaki memakai seluar pendek atas kepala lutut lebih tiga kali tidak boleh menjadi wali supaya mengemukakan dalil dan nas bagi menyokong hukum itu.
Pengerusinya, Ustaz Fathul Bari yang dihubungi Mynewshub.my berkata, bukti dari sumber yang kukuh diperlukan agar kenyataan tidak boleh menjadi wali itu tidak mengelirukan fikiran masyarakat Islam.
Seterusnya kata beliau, ia bagi mengelakkan dari timbulnya persepsi masyarakat yang mudah menjatuhkan hukum sesat kepada individu-individu tertentu.
“Wali sebenarnya bukan dilantik oleh manusia tetapi ia pilihan Allah S.W.T. Ciri-ciri wali ada disebut dalam Al-Quran iaitu mereka yang beriman dan bertakwa kepada Allah S.W.T.
“Kesimpulannya, tunjukkan dalil dan nas Al-Quran yang menyatakan kenyataan itu (lelaki berseluar pendek) tidak boleh menjadi wali,” kata Ustaz Fathul di sini hari ini.
Kata Ustaz Fathul, seseorang lelaki yang memakai seluar pendek itu sememangnya mendapat dosa kerana mendedahkan sebahagian anggota badan.
Namun, beliau menegaskan, setiap manusia tidak akan terlepas dari melakukan dosa termasuklah alim ulamak dan juga wali.
“Setiap anak Adam itu tidak akan terlepas dari melakukan dosa. Kalau melakukan dosa kecil sebanyak tiga kali, jadi tak layaklah menjadi wali? Macam mana kalau dia bertaubat? Jadi, keadaan itu semua adalah penentuan oleh Allah S.W.T mengenai siapa yang yang dekat di sisi Allah S.W.T.
“Kesimpulannya, seseorang lelaki itu boleh jadi wali selama mana tidak melakukan dosa yang besar, tidak terkeluar dari Islam dan tidak ada kekhilafan,”katanya.
Justeru itu, Ustaz Fathul juga menasihati orang ramai untuk melakukan kajian dan berhati-hati ketika berbicara mengenai dosa atau pun memberikan hujah mengenai ilmu Islam.
“Minta berhati-hati dalam mengulas isu ini. Kita boleh dapatkan pendapat dari golongan ilmuan dan ulamak yang arif supaya tidak tersalah cakap,” tambahnya. -MyNewsHub

1 comment:

man said...

Ustaz Rasul Dahri macam mana pula kenapa Fathul Bari boleh terima dia dalam Ahli Majlis Syura ILMU sedangkan buku2 karangannya ada yang diharamkan kerana didapati menyebarkan mempropagandakan akidah, hukum dan ajaran yang bercanggah dengan Mazhab Ali Sunnah Wal Jamaah (rujuk : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/pengharaman-buku-buku-tulisan-saudara-rasul-dahri-yang-telah-diperakui-haram-0)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog