Keadaan Mazlan Aliman bertambah ‘parah’ apabila Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan injunksi yang dipohon oleh lapan orang peneroka Felda yang dihasutnya bagi merencatkan agenda penyenaraian Felda di Bursa Malaysia. Khabarnya hampir “pitam”!
Nampaknya Allah SWT lebih merestui agenda kerajaan dan majoriti peneroka Felda berbanding niat Mazlan Aliman yang busuk hati tak mahu melihat warga Felda terus memacu kehidupan yang maju.
Keputusan Hakim Datuk Mariana Yahya bagaikan satu “side kick” berbisa bagi Mazlan Aliman dan ANAK yang selama ini cuba mensabotaj dan menghalang Koperasi Permodalan Felda (KPF) daripada melupuskan ekuiti dalam Felda Holdings Berhad (FHB) kepada Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH).
Memedihkan lagi hati Mazlan yang busuk itu, Hakim seolah-olah menyindirnya dengan menyatakan bahawa mahkamah bukanlah satu medan yang sesuai memutuskan soal melupuskan ekuiti KPF dan penyenaraian FGVH itu.
Saya membayangkan bahawa Hakim juga sedar bahawa kes injunksi tersebut sengaja diada-adakan oleh pihak yang busuk hati terhadap peneroka Felda dan merupakan satu agenda politik kotor dari pihak yang cuba memanipulasinya menerusi undang-undang negara.
Cuma mungkin beliau “tak sampai hati” nak sebut begitu...mungkin? Takut bertambah pedih lagi “ulu hati” Mazlan Aliman agaknya...
Pada saya, ini adalah satu kemenangan yang besar hasil pertolongan Allah SWT kepada para peneroka yang dizalimi Mazlan Aliman dan segelintir pihak di dalam kepimpinan KPF. Doa hambaNya yang dizalimi dikatakan sangat makbul disisi Allah SWT.
Tindakan lapan orang peneroka Felda yang dihasut Mazlan Aliman itu jelas menafikan hak peneroka lain yang menyokong penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia.
Sepatutnya, usul untuk meluluskan penjualan kepentingan KPF kepada FHB dan seteruskan kepada FGVH telah lama dibincangkan secara demokrasi sebagaimana amalan kebiasaan di dalam EGM KPF. Dan ia sewajarnya sudah lama diputuskan pada akhir Februari lalu.
Tapi ia disekat oleh niat jahat Mazlan Aliman, ANAK dan lapan ahli KPF yang dipedaya itu.
Saya percaya, EGM KPF akan dilakukan semula bagi membincangkan soal berkenaan di kalangan lebih 1,300 orang perwakilan KPF. Dan kali ini biarlah ahli-ahli KPF itu yang menentukan sama ada mereka mahu melibatkan diri dengan penyenaraian FGVH atau tidak. Mazlan Aliman bukannya ahli KPF pun...
Saya optimis bahawa majoriti ahli KPF akan bersetuju dengan usul tersebut.
Cuma, saya agak musykil dengan 8 orang ahli KPF yang “diracun” oleh Mazlan Aliman itu. Apakah mereka akan menyertai majoriti ahli KPF yang lain untuk menyokong penyenaraian FGVH tersebut? Sanggupkah mereka ‘menjilat ludah mereka kembali’?
Saya tidak kisah sama ada mereka ‘menjilat ludah mereka’ kembali sebenarnya. Ini adalah kerana mereka sebelum ini “diracun” Mazlan Aliman. Saya tak pasti sama ada mereka sudah “sembuh dari bisa racun” tersebut. Kalau sudah “sembuh”, Alhamdulillah.
Tapi kalau belum “sembuh”, harap mereka jangan meraung dan merayu-rayu pula bila para peneroka lain menerima “durian runtuh” nanti. Peneroka lain berjaya ke Tanah Suci Makkah tiga empat kali, saya risau mereka nak pergi umrah pun payah. Telan air liur sajalah!
Sekarang, semuanya terletak kepada keputusan ahli-ahli KPF. Bermesyuaratlah dengan berhemah. Namun pesan saya, hati-hati dengan “duri dalam daging” yang kini masih berada di dalam KPF.
Kalau dia cakap banyak dan cuba menafikan kehendak majoriti yang menyokong penyenaraian FGVH, usulkan saja undi tidak percaya padanya dan beberapa konco-konconya yang cuba menguasai KPF dan menggenggam hidup para peneroka.
Lagipun, PM sudah ada calon yang jauh lebih efektif dari “mamat tu” yang melesapkan lebih RM10 juta wang KPF kepada Silverbird, syarikat “kroninya” sebelum ini. Orang macam tu ke yang kononnya bagus sangat untuk disimpan di dalam KPF? Suruh dia pergi belajar lagi laaaa....
Sumber: Klik sini
No comments:
Post a Comment