pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Tuesday, April 10, 2012

Maklumat Panas !!! Biaq betul Negara dah muflis Najib masih tersenyum??


Pinjaman Bank Dunia sudah dibayar: Ahmad Husni

KUALA LUMPUR: Kerajaan sudah membayar sepenuhnya pinjaman daripada Bank Dunia manakala sebahagian besar pinjaman dengan Bank Pembangunan Asia (ADB) sudah dijelaskan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata kerajaan meminjam AS$2,646 juta daripada Bank Dunia bagi tempoh 1965 hingga 1999 dan semua pinjaman itu sudah dijelaskan sepenuhnya pada 2011.

"Pinjaman daripada ADB pula diperoleh dalam tahun 1968 sehingga 2002 yang berjumlah AS$1,285 juta, yang mana sehingga Disember 2011 baki pinjaman ialah sebanyak AS$124 juta," katanya menjawab soalan Alexander Nanta Linggi (BN-Kapit).

Beliau berkata, jumlah keseluruhan pinjaman kerajaan daripada Bank Dunia dan ADB antara tahun 1965 hingga 2002 adalah sebanyak AS$3,931 dan pinjaman tersebut hanya dibuat selepas mengambil kira kemampuan membayar balik.

"Kerajaan akan terus komited untuk menjelaskan bayaran pinjaman mengikut jadual yang ditetapkan," katanya dan menambah bahawa kerajaan tidak meminjam daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Ahmad Husni berkata, pinjaman yang dibuat itu hanya digunakan untuk membiayai pelbagai projek membasmi kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup rakyat.

"Semua pinjaman Bank Dunia sudah dibayar sepenuhnya membuktikan kerajaan Malaysia mengamalkan pendekatan pengurusan hutang yang berhemat di mana pinjaman dibuat hanya untuk membiayai projek pembangunan yang diperlukan oleh rakyat dan selepas mengambil kira kemampuan membayar balik," katanya.

Ahmad Husni berkata, sebahagian besar pinjaman daripada Bank Dunia dan ADB digunakan untuk membiayai projek pembangunan luar bandar termasuk pembangunan sektor pertanian, perhutanan, pembangunan tanah rancangan seperti Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felcra), bekalan air, pengairan, pembetungan, kemudahan pendidikan, kemudahan kesihatan serta menyediakan skim kredit mikro dan tabung pinjaman untuk pengeluaran makanan.

Selain itu, pinjaman juga digunakan untuk membiayai pembangunan pengangkutan bandar, telekomunikasi, jalan raya dan lebuh raya.

"Projek-projek ini sudah memberi sumbangan yang besar kepada usaha kerajaan untuk membasmi kemiskinan, meningkatkan pendapatan, kemudahan infrastruktur luar bandar, pendidikan dan kesihatan rakyat," katanya.
http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WmcZhi

Tahniah DS Najib dan pasukannya dalam Kementerian Kewangan kerana berjaya menyelesaikan hutang-hutang luar.

Satu kejayaan yang Anwar Ibrahim tak capai sebagai Menteri Kewangan selama 8 tahun.

Kalau Anwar masih Menteri Kewangan, mungkin kita ini masih lagi jadi hamba kepada IMF.


*Tolong sebarkan kejayaan ini kepada rakyat. Tahniah sekali lagi untuk pentadbiran YAB DS Najib.









Pisau Kedah:-

YAB Perdana Menteri Malaysia tersenyum apabila mendengar khabar angin Negara akan Muflis kerana hutang banyak,dan antara penyebab Negara akan muflis kata pakatan haram adalah kerana pemberian BR1M.
Tahniah YAB Perdana Menteri kerana kejayaan mentadbir Negara.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog