pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Friday, October 28, 2011

Tudiaa Aihh!! Satu Kampung Masuk UMNO?



SUNGAI PETANI - “Hanya tinggal tiga rumah di Kampung Padang Limau Dalam yang masih menyokong Pas,” kata bekas Pengerusi Tetap Pas Cawangan Padang Limau Dalam, Mohd Khair Hassan, 48, selepas program Selamat Tinggal Pas yang diadakan di dewan kampung itu kelmarin.

Mohd Khair berkata, 20 ahli dan penyokong Pas di kampung itu mengambil keputusan untuk menyertai Umno setelah kecewa dengan kepimpinan parti berkenaan di situ.

Menurutnya, mereka mengambil keputusan untuk menyertai perjuangan Umno kerana tidak puas hati dengan kepimpinan Pas yang tidak menunaikan janji kepada rakyat.

“Kami kecewa dengan kepimpinan Pas yang hanya pandai menabur janji tanpa menunaikannya dan setiap masalah penduduk di sini yang diutarakan kepada pucuk pimpinan tidak pernah diendahkan.

“Alasan yang sering diberikan ialah tidak ada bajet dan peruntukan kerana mereka (Pas) baru menang pilihan raya,” katanya kepada media selepas majlis penyerahan borang keahlian Umno dalam program Selamat Tinggal Pas yang diadakan di dewan Kampung Padang Limau Dalam, kelmarin.

Mohd Khair berkata, beliau menjadi penyokong Pas selama 10 tahun dan sepanjang tempoh itu tidak ada sedikit pun perubahan dilakukan oleh parti itu kepada rakyat di situ.

Malah, setiap janji yang ditaburkan dalam manifesto pilihan raya lalu langsung tidak ditunaikan.

“Apa yang membuatkan saya paling kecewa ialah apabila salah seorang pucuk pimpinan Pas mengatakan kepada saya bahawa jika mahu senang, lebih baik sertai Umno.

“Saya betul-betul kecewa dengan sikap yang ditunjukkan mereka dan mengambil keputusan untuk sertai Umno,” katanya.

Mohd Khair berkata, ahli dan penyokong Pas di kampung terbabit mengambil keputusan untuk menyertai perjuangan Umno dan kini hanya tinggal tiga rumah sahaja yang masih enggan mengikuti jejak mereka.

Sementara itu, bekas Ketua Pemuda Pas Cawangan Kampung Padang Limau Dalam, Mohamad Rizal Ramli, 33, berkata, penyertaannya dalam Umno adalah kerana kecewa dengan sistem pentadbiran dan pengurusan Pas yang tidak bersistematik dan gagal merealisasikan program berdasarkan kehendak golongan muda di kampung itu.

“Setiap program membabitkan golongan muda yang diusulkan kepada pucuk kepimpinan Pas di sini pasti berakhir dengan pelbagai kekangan dan masalah.

“Alasan yang selalu diberikan adalah dari segi bajet. Malah bukan itu sahaja tetapi dari segi pelaksanaan terhadap sesuatu perkara juga kurang memuaskan seperti menjaga kebajikan rakyat di sini,” katanya.

Selain 20 bekas ahli dan penyokong Pas yang menyertai Umno dalam program itu, seramai 26 pemuda Kampung Bukit Lalang turut menjadi ahli baru Umno manakala 24 penduduk yang masih belum menyertai mana-mana parti turut berbuat demikian menjadikan jumlahnya 70 orang.

Hadir sama Setiausaha Umno Kedah, Datuk Othman Aziz dan Naib Ketua Umno Bahagian Sungai Petani, Datuk Mohamad Firdaus Mohamad Zakaria.

2 comments:

Anonymous said...

kebangkitan yg telah diramalkan...

pejuang hamas...

Anonymous said...

baguihhhh....tinggalkan laaa parti munafik tuu.....perjuangan isle pelesuu....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog