pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Thursday, December 13, 2012

Warkah Sadis Dari Seorang Blogger Yang Patut Kita Baca

Panglima Perang Cyber

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam 1Malaysia.


Sahabatku sekelian, masa kini semakin hampir. Detik penentu kelangsungan kerajaan yang mempertahankan Agama Islam dan menjaga semua agama yang dijamin di dalam Perlembagaan semakin hampir bila tiba detik PRU13 nanti.

Hari ini kita lihat fitnah semakin banyak ditebarkan di penjuru alam maya. Hari ini juga kita melihat perbuatan merosakkan kesucian agama, bangsa dan negara juga semakin dahsyat dilakukan pihak yang mengaku memperjuangkan rakyat walhal pada hakikat adalah pihak yang rosak dan layak sahaja digelar pengkhianat.

Perjuangan mempertahankan Malaysia dari dirampas Pakatan Fitnah sangat perlukan bantuan Datuk Datin Ustaz Ustazah Tuan Puan Saudara Saudari semua. Kita jangan bertanya dan menyoal berapa banyak yang bakal kita perolehi dari usaha ini tetapi mari kita bertanya berapa banyak anak isteri dan diri kita sendiri telah merasa nikmat menjadi rakyat negara Malaysia.

Walau dengan sepatah perkataan, atau sekali klik 'like' atau 'share' atau 'Retweet' ia sangat besar nilainya di sisi Allah Taala. Hari ini kuasa media baru menjadi senjata ampuh meruntuhkan Kerajaan dan boleh juga mempertahankannya jika digunakan dengan cara berkesan.

Perjuangan pembangkang hari ini bukan sekadar mahu menjatuhkan nama baik parti UMNO Barisan Nasional bahkan lebih jauh dari itu mereka mahu mencemarkan nama baik Kerajaan Malaysia dan agensi-agensi Kerajaan yang tulus berkhidmat kepada rakyat.

Seburuk mana Kerajaan yang dipimpin Barisan Nasional pada pandangan mereka, jauh lebih buruk lagi ialah pihak Pakatan Pembangkang yang jelas gagal mengurus dan mentadbir negeri mereka kuasai samada dari aspek ekonomi, sosial, politik dan agama. Isu air, tanah, korupsi, kronisme, hina Sultan, cemarkan masjid, gadai kalimah Allah, arak, janji palsu, menipu, dan banyak lagi perlu difahami satu persatu bukannya hanya tuduhan melulu.

Lihat betapa 'kejam' dan 'zalim' tuduhan liar yang dilontar Pakatan pembangkang kepada pemimpin negara kita dan juga sekelian Agensi Kerajaan yang ada sehingga menyenakkan mata dan menyesakkan dada yang menjadi mangsa serangan mereka.

Mereka juga bukan mahu berpencak silat di gelanggang demokrasi tetapi sebenarnya mahu membuat provokasi membakar keamanan pertiwi sehingga hampir menghancurkan maruah dan merencat masa depan negara yang kita sayangi.

Jangan kita hanya merasa nikmat Malaysia beri kepada kita tanpa berusaha menjaga dan mempertahankannya dari pengkhianat yang sanggup bersekongkol dengan Zionis dan Kuasa Barat demi menjadi barua mereka di tanah air berdaulat bernama Malaysia.

Jangan biarkan perbuatan mereka yang akhirnya boleh memudaratkan diri kita jua. Kejayaan Malaysia atau kejatuhannya boleh MEMUDARATKAN semua rakyat yang bergantung harap kepada kejayaannya tidak kira apa agama dan bangsa anda semua.

Kita yakin hanya pemimpin yang tulus ikhlas sahaja yang akan diangkat memimpin negara kita bukan sebaliknya. Kita juga yakin rakyat hanya memilih pemimpin yang berjanji dan menepati janji bukan berjanji dan memungkirinya. Janji Ditepati bukan Janji Dicapati seperti yang mereka sindir.

Mari bersama tolak fitnah jahat mereka dan kekalkan pemimpin yang sedia ada untuk masa depan yang makmur dan diberkati Allah sentiasa !

Mari kita berganding bahu tanpa menilik warna atau bulu asalkan kita sama sahaja di dalam SATU matlamat, perjuangan dan harapan untuk melihat Malaysia menjadi negara yang terbilang di masa hadapan.

Moga Allah bersama kita DULU,KINI dan SELAMANYA.

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar !!!


Panglima Perang Cyber
www.penembak-tepat.com
Khamis 13.12.12
Malaysia

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog