pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Saturday, December 22, 2012

Panas !!! Pengakuan Seorang Penyokong Tegar PAS Kedah Yang Menyesal Berkempen Untuk PAS



Kisah ini Pisau Kedah ambil dari blog sahabat Pisau Kedah dalam Team Media Kedah , Medan Tempur yang menceritakan seorang penyokong tegar PAS pada PRU 12 telah menyesal berkempen kepada keluarganya agar mengundi PAS kerana di sebalik pentadbiran PAS di Kedah, PAS begitu rakus mengodolkan balak di Kedah sehinggakan menganggu ekosistem hutan simpan bernilai tinggi yang menjadi kawasan tadahan air hujan.


HUTAN DI BUKIT SEKITAR EMPANGAN PEDU DI KEDAH TELAH DIGONDOL TERUK DI ERA KERAJAAN PAS PERINTAH KEDAH..
Hampir 5 tahun PAS memerintah Kedah. Saya antara orang yang berkempen di kalangan keluarga saya di Kedah waktu itu agar mengundi PAS, maklum saja berbelas tahun saya tegar sokong PAS walaupun tak pernah jadi ahlinya secara rasmi, hinggalah beberapa bulan selepas PRU 12 saya menoloak PAS.. 
Nah, lihat gambar ini. Ini ialah salah satu "sumbangan" PAS kepada "pembangunan" Kedah, dan salah satu cara mereka membalas budi rakyat Kedah yang mengundi mereka, yakni menggondolkan hutan di bukit-bukit sebelah Empangan Pedu.. 
Kalau orang kata PAS merosakkan akidah umat Islam tentu mereka marah. Yang pastinya kerajaan PAS Kedah juga merosakkan ekosistem dan berpotensi merosakkan rezeki rakyat Kedah, khususnya pesawah padi, dan sumber beras rakyat Malaysia..   
Empangan Pedu ini bergantung hidup pada hutan sekelilingnya untuk mengekalkan air dalam empangan. Rakyat Kedah dan Perlis pula, khususnya penanam padi, bergantung hidup pada empangan ini yang merupakan punca air untuk ratusan ribu hektar sawah padi di Kedah dan Perlis..  
Rakyat Malaysia pula bergantung hidup pada Kedah kerana Kedah membekalkan 70-80% keperluan beras Malaysia dari Perlis sampai Sabah.. 
Kalau sudah ditarah hutan di kawasan berbukit yang merupakan kawasan tadahan air sekeliling empangan ini, lama-lama empangan ini boleh kering. Ini kerana hutan merupakan komponen penting dalam kitaran hidrologi (kitaran air)... 
Pokok dalam hutan menyerap air hujan yang meresap dalam tanah dan memulangkan air ini ke udara sebagai gumpalan awan melalui proses evapotranspirasi, air dalam gumpalan awan pula nantinya akan pulangkan semula itu ke tasik.  
Pokok juga menghalang hakisan tanah, maka dengan ini air sentiasa jernih baik di tasik maupun di sungai. Kalau hakisan tak dikawal, lumpur yang dihakis akan masuk ke empangan dan sungai, menjadikan air keruh seperti teh tarik..  
Tapi di sekeliling Empangan Pedu, seperti dalam gambar ini, hutan habis ditarah, di era pemerintaan PAS, ini menganggu kitaran air dan ekosistem yang boleh mengeringkan empangan ini atau sekurang-kurangnya menyusutkan airnya.

SUMBER FB MUSKAMAL SATAR

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog