pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Friday, December 14, 2012

Hot !!! Blogger Pencacai Pakatan Haram Menangis Tak Berlagu Kerana Ku Li.


Sebelum ini ramai blogger pencacai Pakatan Haram cuba menimbulkan supaya kekalutan berlaku di antara UMNO dan Tengku Razaleigh dengan memainkan isu Ku Li tidak di calonkan UMNO pada PRU yang ke 13 ini.

Namun kini blogger pencacai Pakatan Haram terpaksa berputih mata apabila Ku Li dengan sendiri telah tampil memberi penjelasan yang boleh buatkan blogger pencacai Pakatan Haram menangis tak berlagu.

Lebuh raya rakyat: Ku Li nasihat Kelantan bincang Pusat
GUA MUSANG - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengambil pendirian menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti bagi menentukan sama ada beliau layak bertanding atau sebaliknya sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). 
Beliau berkata, pucuk pimpinan di Kuala Lumpur sahaja yang boleh membuat sebarang keputusan tetapi walau apapun keputusan, beliau tetap akan bekerja kuat sepanjang masa untuk menentukan kemenangan BN. 
"Saya tidak mempunyai kuasa bagi menentukan soal calon termasuk diri saya dan terserahlah kepada pucuk pimpinan atasan yang membuat keputusannya bagi menghadapi PRU-13 nanti," katanya ketika berucap pada majlis Mesra Bersama Pengundi Wanita di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Meranto, di sini, hari ini.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada golongan wanita yang bekerja kuat untuk parti. Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nenggiri, Mat Yusoff Abdul Ghani dan ADUN Galas, Ab Aziz Yusof.

Tengku Razaleigh, yang juga Ketua Umno Gua Musang, berkata, bekerja keras bagi kemenangan parti itu adalah tanggungjawab semua pemimpin dan anggota bagi memastikan BN akan terus kekal mendapat mandat daripada rakyat. 
Beliau berkata, pada Perhimpunan Agung Umno di Kuala Lumpur baru-baru ini, Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak memberi semangat baru kepada semua perwakilan untuk menggerakkan jenteranya di semua peringkat. 
"Oleh itu, kita di bahagian Gua Musang juga telah bersiap sedia untuk menghadapi PRU13 pada bila-bila masa termasuk menggerakkan jentera bagi memastikan kerusi BN Parlimen Gua Musang bersama tiga kerusi Dun kekal menang. 
"Tidak ada sebab bagi rakyat menolaknya jika kita bekerja kuat untuk memperjuangkan nasib mereka kerana kini terbukti kerajaan BN mampu melakukan segala perubahan bagi faedah semua rakyat di negara ini," katanya. 
Katanya, bagi kerusi Parlimen Gua Musang bersama DUN Nenggiri, Paloh dan Galas mungkin tidak menghadapi sebarang masalah untuk mengekalkan kemenangan.

Beliau berkata, ini kerana pemimpin dan anggota Umno peringkat bahagian itu sentiasa terbuka bagi bekerja dalam satu pasukan dan sejarah juga telah membuktikan BN di Gua Musang terus kekal mendapat mandat rakyat. - Bernama

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog