pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Sunday, December 16, 2012

Panas !!! Pendedahan Cerita Dalam Seluaq PAS Kedah .( Patut Baca )


Apa yang Pisau Kedah hendak sampaikan pada semua adalah merupakan amanat dari seorang Tok Haji yang totok PAS supaya orang ramai melihat keadaan sebenar PAS setelah memiliki kuasa di Kedah.

Semasa Pisau Kedah berbual dengannya untuk mengetahui serba sedikit tentang PAS, Tok Haji berkenaan telah menyatakan kekecewaannya kini terhadap PAS yang di lihat lebih teruk berbanding BN semasa mentadbir Negeri Kedah.

PAS di Kedah kini telah berpecah kepada berpuak-puak walau pun dari segi mata kasar rakyat melihat seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku setelah PAS Pusat menghantar Jawatankuasa Pemandu bagi menyelesaikan kemelut pertelingkahan di antara Azizan Razak dengan Exco-Exconya. Sebenarnya permasalahan dalaman tetap tidak berubah.

Hakikat yang bakal PAS Kedah akan hadapi pada PRU 13 ini adalah sifat cantas, mencantas yang pastinya lebih teruk dari apa yang berlaku dalam UMNO pada PRU12.

PAS Kedah apabila mendapat kuasa ibarat "Beruk Mendapat Bunga", langsung tak di hiraukan kecantikan bunga tersebut yang perlu di jaga.

Antara kawasan yang akan ada cantas mencantas dalam PAS adalah Baling, Sik , Tanjung Dawai (Merbok), Sungai Limau ( Tempat Azizan ) dan Kuala Kedah. Kesannya boleh di bawa ke kawasan-kawasan lain.

Di Baling, apa yang belaku kini sudah ada sifat cantas, mencantas sejak sekian lama di antara puak Adun Kupang, Johari Abdullah dan puak Ahli Parlimen Baling, Taib Azamuddeen.

Di Sik, perbalahan PAS di kawasan tersebut terbahagi kepada 3, iaitu puak Setpol Azizan Razak, Sanusi Mohd Nor, puak ahli Parlimen Sik, Che Uda dan satu lagi puak adalah puak yang pro kepada seorang Tok Guru Sik yang tak dapat Pisau Kedah kenal pasti. Puak pro kepada Tok Guru Sik, yang pastinya akan menolak Setpol Azizan Razak dan Che Uda sekiranya bertanding pada PRU 13 ini.

Di Tanjung Dawai , yang pastinya sekali ini orang akan menolak Adun tanjung Dawai kerana satu isu berkenaan perebutan menjadi YDP PAS Kawasan Merbok sebelum ini.

Manakala di Sungai Limau. ura-ura menyatakan ada satu puak sedang menjalankan usaha untuk mencantas Azizan Razak kerana faktor kelemahan pentadbiran Azizan Razak yang banyak mencalarkan imej parti ( Pisau Kedah dapat agak itu merupakan kerja halus dari salah seorang Exco yang bermasalah dengan Azizan Razak )

Sebelum Pisau Kedah nak balik tu, Tok Haji tu ada menunjukan satu risalah manifestor Taib Azzamuddeen ketika di PRU 12 yang masih tersimpan olehnya sehingga ke hari ini.




Tok Haji tu kata dengan slamber " Janji PAS di Kedah semasa PRU 12 pun banyak yang tidak tertunai, boleh kita percaya dengan janji sekiranya mentadbir negara seperti yang di lakukan Taib Azzamudeen !! . Apa yang mampu Taib Azzamudden mampu lakukan kepada Baling sejak menjadi ahli Parlimen ?. Kalau setakat jadi ahli Parlimen Baling tapi tak mampu membawa kebaikan kepada Baling, lebih baik tak payah jadi ahli Parlimen !!.( Nampaknya cara Tok Haji ni cakap menunjukan dia pro Adun Kupang yang bermasalah dengan Taib Azzamudeen )


1 comment:

Kopiah hitam said...

Macamna pak Lebai Pas tak berebut jadi YB.
Dulu boleh lah Pak Lebai Pas cakap Islam dan perjunagan.

Sekarang baru tahu bila jadi:

YB dapat gaji RM 8 ribu sebulan.
EXCO dapat gaji RM 18 000 sebulan dgn kereta dan derebar.

MB dapat gaji RM 20 000 lebih tak termasuk elaun-elanu lain lagi.

Semua berebut kerana duit bukan pasal Islam.bila ceramah tipu rakyat soal rasuah,kroni,salah guna kuasa.

Pak Lebai dan mak lebai Pas pun serupa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog