pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Friday, December 14, 2012

Video Panas !!! Puak Perosak FELDA Di Halau Keluar Oleh Penduduk FELDA Terangganu






'Selamatkan Felda Dari Fitnah' - Atas semangat itulah Presiden Anak, Mazlan Aliman bersama hampir 250 peserta Kembara Oren peringkat negeri Terengganu bersama 80 kenderaan dihalang memasuki Felda Selasih di Besut. 
Sebelum itu, 'kembara fitnah' peringkat negeri Perak awal November lalu ke Felda Lasah di Sungai Siput terpaksa dibatalkan kerana tidak mendapat sambutan. Di Felda Ijok dan Felda Tengi, konvoi berkenaan dihalang masuk ke kawasan penempatan Felda oleh warga peneroka. 
Pada 7 Disember lalu, Mazlan Aliman terpaksa 'menangis' sekali lagi kerana kembara yang membawa risalah fitnah dan ucapan dusta ditolak oleh warga Felda Selasih. 
Setelah gagal memperbodohkan orang Felda, rombongan yang didalangi pemimpin Pas dan Pakatan Rakyat itu tiada pilihan lain melainkan menuduh warga Felda sebagai tidak bertamadun, 'kampung' dan 'golongan hutan' serta menjadikan UMNO sebagai sasaran. 
Memang Sah!!! Mazlan Aliman datang untuk buat fitnah. Disebabkan tidak berjaya menabur 'fitnah-fitnah besar', AJK Pas Pusat itu meninggalkan 'fitnah-fitnah kecil' dengan menuduh UMNO mempergunakan penduduk yang 90 peratus remaja berusia 13 hingga 16 tahun? 
Kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu menjadi sedikit tegang apabila konvoi berkenaan bertegas untuk memasuki kawasan Felda itu walaupun dihalang oleh warga peneroka dan diselang-seli dengan laungan seperti 'Hidup Felda' dan ' Tolak Fitnah'. 
Konvoi itu turut membuat 'auta' dengan alasan mahu solat Asar di Felda Selasih. Solat dijadikan alasan untuk menghalalkan mereka menabur fitnah. Islamnya Pas! Mazlan Aliman jangan fikir orang Felda bodoh! 
Malah, ada juga individu yang memimpin konvoi berkenaan bersikap kasar, kurang ajar dan mahu bergaduh dengan penduduk setempat. 
Solat Asar pukul berapa? Terdapat banyak masjid dan surau sepanjang perjalanan untuk singgah solat Asar, kenapa Masjid Felda Selasih yang begitu jauh dipilih untuk solat Asar? Barangkali Anak dan Pas lebih pentingkan agenda tabur fitnah berbanding Solat? 
Turut serta dalam rombongan adalah Pengerusi Anak Terengganu yang juga Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Besut, Salahuddin Ayob dan Pengarah Majlis Tindakan Dun Jabi, Dr Azman Ibrahim. 
Sebelum itu, konvoi berkenaan yang singgah di Felda Kerteh II, Felda Jerangau dan Felda Bukit Bading disambut dingin oleh penduduk yang kebanyakkan mereka bukan warga Felda. 
Episod malang itu bukan salah UMNO seperti yang didakwa sebaliknya rakyat sudah dapat menghidu 'tembelang' penipuan pemimpin Pas. 
Sebenarnya, yang perlu diselamatkan ialah Pas daripada terus menjadi 'kuda tua' kepada DAP dan PKR!- Keris 7 Lok


Pisau Kedah :-

Apa yang Pisau Kedah minat nak ulas berkenaan Video di atas ialah pada minit yang ke 5.45 apabila wakil dari Kembara Oren mengatakan penduduk Felda tidak demokrasi kerana tidak membenarkan hak mereka untuk bersuara.

Sekarang ni siapa yang tidak demokrasi sebenarnya ni, penduduk Felda atau wakil kembara berkenaan ?

Sekiranya wakil kembara tu mengatakan hak bersuara adalah hak mereka, bagaimana pulak hak penduduk FELDA berkenaan bersuara menolak kehadiran grombolan para pengfitnah yang menggunakan nama Kembara Oren ?

Ternyata wakil Kembara Oren berkenaan cuba memanupulasikan erti kata demokrasi yang sebenar. 

Pihak penduduk FELDA mewakili majoriti dan pihak Kembara Oren mewakili Mainoriti. Apakah wakil Kembara hendak menafikan hak bersuara penduduk FELDA yang mewakili majoriti di sebalik wakil Kembara Oren menuduh penduduk FELDA tidak demokrasi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog