pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Thursday, April 26, 2012

Panas!!! Tok Imam di dapati bersalah merogol remaja bawah umur.


Rogol remaja: Bekas imam dipenjara 15 tahun,sebat

“Sebagai seorang imam, tertuduh sepatutnya tahu mengenai hukum dan tidak patut melakukan perbuatan demikian."Tertuduh sepatutnya memberi contoh yang baik pada masyarakat dan juga menjaga nama baik institusi yang beliau wakili," kata Hakim Mahkamah Sesyen

Nua'man Mahmud Zuhudi ketika menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan 12 sebatan ke atas bekas imam sebuah masjid kerana kesalahan merogol remaja bawah umur.Beliau memerintahkan tertuduh Nur Akmal @ Basok Bakri Abdul Kader, 32,menjalani hukuman itu bermula hari ini (24/04/2012).

Nur Akmal, 32, didapati bersalah merogol remaja perempuan itu yang ketika kejadian berumur 13 tahun di rumahnya di Taman Perling, di sini pada kira-kira 3 petang, 21 Februari 2011.Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum dibawah Seksyen 376 kanun yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjarasehingga 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Ketika menyampaikan penghakimannya, Hakim Nua'man berkata keterangan tertuduh ketika perbicaraan hanyalah bersifat penafian semata-mata dan tidak boleh dipercayai serta gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Nur Akmal yang sudah berkahwin dan memiliki seorang anak berusia empat tahun pada mulanya kelihatan tenang ketika keputusan dibacakan tetapi mula menitiskan air mata ketika dipeluk anggota keluarga.Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya Mohd Afif Ali manakala tertuduh diwakili peguam Sukhaimi Mashud. - BERNAMA

Pisau Kedah:-

Moral di sebalik kisah ini dapat menceritakan kepada kita semua,walaupun setinggi mana ilmu agama seseorang itu belum menjamin mempunyai kesedaran dalam hatinya.

Walaupun PAS dengan bangga menyatakan mereka memperjuangkan Islam,belum tentu PAS mempunyai kesedaran tentang Islam..

Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog