pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Wednesday, April 25, 2012

#Bersih3 : Perhimpunan Tetap Mahu Diteruskan Di Dataran Merdeka??







Selepas lebih daripada sejam berunding, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan penganjur Bersih 3.0 gagal mencapai sebarang persetujuan bersama berhubung tempat bantahan dan perhimpunan akan diadakan.

Datuk Bandar, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail dalam reaksi segeranya selepas pertemuan itu berkata, Bersih enggan berganjak atau berkompromi dengan tempat pilihan mereka iaitu Dataran Merdeka.

Oleh yang demikian Bersih menegaskan mereka akan tetap mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka.

“Alasan mereka ialah, pihak berkuasa terlalu lambat menawarkan tempat alternatif kepada mereka dan itu adalah alasan yang tidak dapat diterima.

“Saya memberitahu mereka, jika mereka rasa jawapan yang mereka terima itu terlalu lewat ia adalah kerana mereka lewat dalam menghantar surat permohonan kepada pihak kami.

“Jika masalah mereka ialah soal tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk memaklumkan penyokong mereka mengenai pertukaran tempat perhimpunan itu akan diadakan, saya telah mencadangkan supaya DBKL dan Bersih mengadakan sidang akhbar bersama untuk mengumumkan tentang hal itu,” katanya dalam sidang akhbar di Menara DBKL sebaik sahaja rundingan itu selesai. Menurut Datuk Bandar itu, tawaran Stadium Merdeka sebagai tempat perhimpunan alternatif adalah merupakan satu situasi menang-menang untuk kedua-dua belah pihak.

“Ia bukan sahaja memiliki nilai sejarah yang tersendiri tetapi juga kawasan yang lebih luas, kemudahan parkir dan juga tempat duduk tetapi malangnya tawaran ini ditolak,” ujar beliau. Sehubungan dengan itu, beliau memberi amaran bahawa pihak berkuasa tempatan akan mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut undang-undang sekiranya Bersih meneruskan juga dengan niat mereka untuk berhimpun di Dataran Merdeka.

“Kami telah mengambil tindakan ke atas para pelajar yang berhimpun secara haram di Dataran Merdeka menuntut pendidikan percuma beberapa hari lalu dan tindakan yang sama akan diambil ke atas Bersih jika mereka bertindak di luar undang-undang,” tegasnya.

Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S. Ambiga dalam kenyataannya sekali lagi menegaskan bahawa tempoh masa yang diberikan untuk mengubah tempat perhimpunan adalah terlalu pendek.

“Kami berhadapan dengan masalah masa. Kami tidak boleh sewenang-wenangnya mengubah lokasi kerana hari ini sudah hari Rabu malah jika kami membuat pengumuman baru esok, ini bermakna kami Cuma ada dua hari sahaja lagi untuk membuat persiapan,” kata Ambiga ketika ditemui di lobi Menara DBKL.

Ambiga percaya jika pertukaran tempat perhimpunan itu dilakukan sekarang, ia akan menyebabkan kekeliruan yang lebih besar dengan sebahagian daripada penyokong mereka akan berhimpun di Dataran Merdeka dan sebahagian lagi akan ke Stadium Merdeka.

Ambiga juga percaya, tidak akan berlaku kekacauan sekiranya perhimpunan itu dibenarkan berlangsung di Dataran Merdeka sebagaimana yang dirancang.

Beliau bagaimanapun berharap DBKL akan mengubah fikiran kerana mereka bersedia untuk berbincang mengenai isu keselamatan dan juga kawalan awam. -
mSar

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog