#JDAB2012 : Dato' Sahol Terima 3781 Permohonan Lepasan SPM Setakat ini.
Semalam, Jelajah Destini Anak Bangsa (JDAB) meneruskan siri jelajah ke negeri Kedah dan Perlis. Pelajar lepasan SPM di Utara cukup bertuah kerana Dato Prof Ir Dr. Sahol Abd Hamid selaku Naib Canselor UiTM sendiri turun padang dan telah MELULUSKAN rayuan yang dibuat oleh para pelajar serta-merta berdasarkan syarat yang telah ditetapkan.
Lokasi Pertama di Kedah ialah di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bakar Bata, Alor Setar. Program ini telah dihadiri hampir 200 orang penduduk setempat. Program ini telah dihadiri oleh Ketua UMNO bahagian Alor Setar, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah.
Seramai 29 lepasan SPM yang membuat rayuan untuk memasuki UiTM telah diluluskan serta-merta oleh Dato' Sahol yang disaksaikan sendiri oleh YB Dato Ahmad Bashah (ADUN Bakar Bata). Sebaik sahaja selesai menemui lepasan SPM di Bakar Bata, Skuad JDAB terus ke Pasar Nelayan Kubang Rotan, Kuala Kedah.
Dato' Latt Shariman dan Dato Prof Ir Dr. Sahol Abd Hamid bergambar bersama bakal penuntut UiTM yang berjaya dalam permohonan MDAB |
Dato' Latt Shariman dan Dato Prof Ir Dr. Sahol Abd Hamid bergambar bersama bakal penuntut UiTM yang berjaya dalam permohonan MDAB
Dato' Latt Shariman (Pegawai Khas kepada Perdana Menteri) turut bersama Skuad JDAB menemui lepasan SPM yang kebanyakan daripada mereka terdiri daripada anak nelayan. Seramai 71 orang lepasan SPM telah yang membuat rayuan diterima serta merta untuk memasuki UiTM.
Selain itu, Dato' Latt Shariman turut memberi sumbangan peribadi sebanyak RM 100 setiap seorang pelajar.
Sebaik sahaja aturcara program di Kuala Kedah selesai, Skuad JDAB terus ke SMK Putra, Kangar dalam satu Majlis Penyerahan Surat Tawaran ke UiTM program MDAB. Turut Hadir dalam Majlis tersebut YAB Dato' Seri Dr. Md. Isa Sabu (Menteri Besar Perlis), Dato' Prof Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar (Naib Canselor UiTM), Prof. Dr. Hj. Khudzir Hj. Ismal (Rektor UiTM Perlis) dan En. Mohd Faizal Daud (Pengerusi Gerakan Destini Anak Bangsa Malaysia).
Seramai 23 orang lepasan SPM melalui profram MDAB telah berjaya dalam permohonan mereka ke UiTM. Setakat ini, seramai 3781 pelajar lepasan SPM telah memohon dalam program JDAB. Tahniah diucapkan kepada semua bakal mahasiswa ini.
GAMBAR SEPANJANG JELAJAH DESTINI ANAK BANGSA DI NEGERI PERLIS
PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT
DUN BAKAR BATA
Dato Ahmad Bashah (ADUN Bakar Bata), Dato Sahol (NC UiTM),
Prof Madya Dr. Haidar (Rektor UiTM Kedah) serta M. Faizal (Pengarah JDAB)
antara yang hadir
|
Dato Ahmad Bashah (ADUN Bakar Bata) sedang menyampaikan
kata-kata aluan
|
Dato Ahmad Bashah mendengar aduan rakyat berkaitan program JDAB. |
PASAR NELAYAN KUALA KUBANG ROTAN
Azreyn Binti Zamri melakarkan senyuman bersama ibundanya yang tercinta
apabila permohonannya untuk masuk ke UiTM telah diluluskan
oleh Dato Sahol kerana memenuhi syarat kelayakan. Adik Azreyn akan melanjutkan
pengajiannya di UiTM Merbok dalam kursus Pra Diploma Pengurusan Teknologi Pejabat.
Sekalung jutaan tahniah diucapkan kepada Adik Azreyn !!!
Wajah-wajah ceria bakal mahasiswa UiTM yang telah berjaya mendapat
tempat melalui program JDAB2012
SMK PUTRA, KANGAR
YAB Dato' Seri Dr. Md. Isa Sabu (MB Perlis) menyampaikan
surat tawaran UiTM kepada para pelajar yang berjaya
dalam permohonna mereka sebelum ini.
|
Dato' Sahol sedang menyemak permohonan pelajar lepasan SPM
untuk sesi kemasukan MDAB ke UiTM
|
No comments:
Post a Comment