pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Saturday, May 26, 2012

Panas !!!! Kerana kebodohan anak Nik Aziz,rakyat Malaysia terpaksa menanggung masalah.


Akibat kebodohan anak Nik Aziz mempromosikan BERSHIT di Mekah,kini Rakyat Malaysia yang mahu menunaikan haji terpaksa berhadapan dengan masalah apabila kerajaan Arab saudi hendak menyekat kouta atau mengantung kouta yang untuk jemaah haji Malaysia kerana bimbangkan jemaah Malaysia melakukan sesuatu perkara yang boleh mengugat ketenteraman jemaah haji yang lain.





KUALA LUMPUR, 25 Mei — Kerajaan sedang melakukan beberapa langkah proaktif bagi memastikan jumlah kuota haji untuk jemaah Malaysia tahun ini tidak terjejas ekoran perhimpunan haram yang diadakan di Mekah dan Madinah pada 26 April lepas. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata ramai jemaah telah menyatakan kebimbangan sama ada mereka masih berpeluang menunaikan haji pada tahun ini atau tidak ekoran insiden yang telah mengundang perhatian serius daripada kerajaan Arab Saudi. 

Kerajaan Arab Saudi dilaporkan sedang membuat pertimbangan sama ada untuk mengenakan sekatan atau menggantung jemaah haji dan umrah dari Malaysia berikutan insiden perhimpunan haram itu. 

Sebagai langkah awal, Jamil Khir berkata beliau akan memohon bantuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempunyai hubungan baik dengan kerajaan Arab Saudi agar dapat menyelesaikan kebimbangan mengenai kuota haji. 

"Saya minta Perdana Menteri untuk bantu kita campur tangan menghubungi Raja Abdullah dan kerajaan Arab Saudi supaya kuota haji tahun ini akan dapat sebagaimana yang kita harapkan kerana persiapan semua kita sudah buat," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Duta Arab Saudi ke Malaysia Fahad Al Rashid di Bangunan Tabung Haji di sini hari ini. 
 
"Duta sendiri (Fahad) ada menyebut negara lain yang menghadapi masalah seperti Mesir, Libya dan Iraq tidak membawa masalah itu ke tempat mereka kerana ini (Mekah dan Madinah) tempat ibadah. Kita ambil kira awal-awal perkara ini supaya jangan nanti sampai ke peringkat akhir kata kita tidak berusaha," katanya. 

Dalam pertemuan itu, Jamil Khir berkata beliau turut memaklumkan kepada Fahad mengenai kebimbangan berkaitan kuota haji itu dan berharap ia diambil perhatian supaya pengumuman mengenai jumlah kuota diketahui sebelum awal Ramadan. 

"Biasanya awal Ramadan dah sampai makluman kepada kita, sekarang jemaah sudah mula ambil laporan kesihatan masing-masing, kalau kuota ini dalam proses yang tidak menentu lagi, ia akan merencatkan persiapan yang dah dilakukan," katanya. 

Beliau berkata jumlah terkini jemaah yang telah memenuhi syarat untuk menunaikan haji dan berada dalam senarai menunggu adalah seramai 930,000 orang manakala kuota haji pula terhad kepada 28,000 orang sahaja. 

"Kalau senarai ini kita tidak habiskan walaupun kita faham kuota kita terhad, dan ada lagi perkara-perkara yang boleh membantutkan keadaan, ia akan menyebabkan senarai ini semakin meningkat dan akan mengambil tempoh yang panjang (untuk dihabiskan)," katanya. 

Jamil Khir berkata beliau juga akan menulis surat berkaitan kuota haji jemaah Malaysia kepada Menteri Haji dan Wakaf Arab Saudi yang akan disampaikan sendiri oleh Pengurus Besar Kanan Haji, TH Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman minggu depan. — Bernama

1 comment:

Anonymous said...

Minta Tabung Haji buat saringan awal terhadap bakal jamaah. Yang terang2 ekstrim dengan agama dan berpotensi membuat kacau.. jangan pilih...beri peluang kepada yang betul-betul ikhlas nak naik haji dan yang telah bersusah payah mengumpul wang bertahun-tahun.
Ini penting bagi menjaga nama baik negara dan juga maruah Islam dimata dunia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog