pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Sunday, May 20, 2012

Irshad Manji pendokong LGBT di tentang keras untuk ke Malaysia..






Kerajaan menerima banyak bantahan orang ramai terutama dari kalangan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), individu serta parti politik berhubung ura-ura seorang aktivis muslimah liberal, Irshad Manji mengadakan program di Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, Irshad Manji bercadang datang ke Malaysia untuk melancarkan bukunya berjudul 'Islam Liberty and Love' yang dipenuhi dengan unsur penghinaan terhadap agama Islam di samping mengadakan ceramah awam mengenai ideologi songsangnya itu.
 
Dalam kenyataan malam ini, beliau berkata kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati Irshad Manji adalah seorang Muslimah berfahaman liberalisme, pluralisme dan feminisme.
  
Jamil Khir berkata, aktivis wanita itu yang secara terbuka mengaku lesbian dan juga pendukung hak Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT).

"Kerajaan memandang serius terhadap ideologi yang dibawa oleh Irshad Manji dan implikasinya terhadap umat Islam di Malaysia," katanya dan menambah bahawa ideologi itu jelas bertentangan dengan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan norma masyarakat.

Jamil Khir berkata Irshad Manji pernah mengarang buku yang menimbulkan kemarahan umat Islam di dunia yang berjudul 'The Problem With Islam Today' yang mengandungi idealisme yang sama dengan Salman Rushdie, penulis novel 'The Satanic Verses".

Beliau berkata Malaysia bersama-sama dengan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menolak orientasi seksual yang mendukung golongan LGBT sebagaimana yang ditegaskan dalam Persidangan Sesi ke-19 Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 7 Mac 2012 di Geneva, Switzerland.

Justeru, menyeru umat Islam agar sentiasa peka dan berhati-hati serta tidak mudah menerima dan terpengaruh dengan apa jua bentuk fahaman atau ideologi yang dibawa oleh kumpulan atau individu seperti Irshad Manji itu. - Bernama


Apa kata Ulama Muda berkenaan Irshad Manji



klik sini kalau nak tahu siapa dalang yang mahu membawa masuk Irshad Manji.................

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog