Lihatlah bagaimana kebiadapan mantan Menteri Besar Perak yang masih tergila-gila mahu jadi menteri besar sehinggakan kerana gilanya menjadi Menteri Besar dia sanggup menunjukan sikap kurang ajar terhadap Sultan yang merupakan Ketua Islam di Malaysia tanpa usul periksa atau bukti asas..
Mari kita lihat apa penjelasan dari Tuanku Sultan Ibrahim berkenaan pembelian no plat kenderan yang bernilai RM 520,000.00 harga bidaan terhadap no plat WWW 1,
Mengapa perlu mempertikaikan,sedangkan Tuaku Sultan Ibrahim tidak mengunakan duit kerajaan untuk no plat berkenaan.Tuanku Sultan Ibrahim juga tidak mengunakan duit rakyat untuk membeli. sedangkan apa yang kita tidak tahu,Tuanku Sultan Ibrahim mempunyai perniagaan sendiri.
Marilah kita lihat bagaimana pendedahan kebiadapan Nizar Jamaluddin yang tidak patut Nizar bersikap biadap terhadap Sultan dan membuat tuduhan melulu dan tidak berasas
Pendedahan cucu tok sempit berkenaan pembelian no plat WWW1
Berkenaan bidaan WWW1 yang heboh diperkatakan semenjak malam tadi yang telah menjadi milik Tuanku Sultan Ibrahim, ramai yang membuat tanggapan sendiri. Malah ada yang berkata Sultan Johor membeli plat nombor kereta guna duit Rakyat. CTS berpendapat kalau orang biasa yang mampu membeli nombor plat mahal dikatakan orang itu berkerja keras, sebaliknya kalau pemerintah beli nombor plat mahal dikatakan pemerintah itu makan duit rakyat? Mana keadilannya.
Sebenarnya Keluarga Diraja Johor dari dulu lagi ada bisnes sendiri. Semenjak zaman Almarhum Sultan Iskandar lagi kita sudah disajikan dengan cerita yang memeranjatkan seperti Yang Dipertuan Agong Ke-8 mendermakan kesemua elaun kepada badan kebajikan sebanyak RM3.8 juta sehinggakan Almarhum dilabelkan sebagai "Raja Yang Tak Bergaji". Sifat ini diwarisi oleh Sultan Ibrahim, contoh yang kita tahu Sultan Johor kurnia 11 kereta, 8 Harley Davidson kepada PDRM. Jika difikir logik, mengapa hendak membeli kereta atau nombor plat menggunakan duit rakyat?
Dan pembaca CTS juga perlu ingat Sultan Johor mempunyai kekayaan mereka sendiri. Malah Sultan Sir Ibrahim moyang Sultan sekarang merupakan salah seorang lelaki terkaya di dunia satu masa dahulu. Apabila kita membaca senarai yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkenaan "Senarai Permohonan Tender Yang Berjaya", pembaca dapat melihat diatas sekali tertulis "D.Y.M.M SULTAN IBRAHIM JOHOR". CTS merasakan Rakyat Johor tidak akan terperanjat, sebab Rakyat Johor memang percaya Tuanku berkemampuan. Dan berbalik pada senarai tersebut, itu menunjukkan yang Tuanku menggunakan saluran dan prosedur yang betul apabila berurusan dengan kerajaan. Tuanku juga tidak menggunakan kedudukan baginda untuk mendapatkan sesuatu yang diingini.
No comments:
Post a Comment