pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Saturday, May 19, 2012

Pak Samad kini berada dalam keadaan tertekan kerana Ambiga.



Pengerusi Bersama Bershit 3.0, Pak Samad Janggut semalam merayu kepada rakyat negara ini agar berhenti dari terus mengganggu privasi dan menjalankan aktiviti di depan rumah rakan sejawatannya, Ambiga Sreenevasan. 
Sedih dan marah dengan apa yang dilakukan oleh rakyat terhadap Ambiga, Pak Samad menyifatkan mereka yang melakukan beberapa aktiviti di depan rumah Ambiga itu sebagai “berkelakuan hina” dan “ganas”! 
Nampaknya, sayang sungguh Pak Samad pada Ambiga. Sampai sanggup merayu pada rakyat yang dikatakan “mengganggu” Ambiga di depan rumahnya? 
Baru Pak Samad rasa “terganggu”? Apakata kalau rakyat berkampung pula beramai-ramai di depan rumah Pak Samad Janggut dan berpuisi tanpa henti selama satu hari satu malam? Pak Samad suka? 
Ketika Pak Samad mengganggu para peniaga di Jalan Tunku Abdul Rahman, Masjid India, Jalan Pudu dan Masjid Jamek tempohari, ada tidak Pak Samad rasa sedih dan marah kerana mengganggu rakyat yang tidak berdosa mencari rezeki? 
Ketika Pak Samad “berlari-lari anak sambil bersama keldai-keldai kuning menghamparkan onar di dalam periuk nasi para marhainis di ibu kota segara tempohari, apakah tiada sekelumit terpancar di kalbu hati mu tentang sayu menzalimi hak pedagang kota itu”? 
(Maafkan saya kerana cuba menulis bahasa puitis dengan seorang bekas sasterawan negara yang kini bertukar profesion sebagai “keldai tua” tunggangan Anwar dan Ambiga..harap dia faham!) 
Sepatutnya, Pak Samad perlu malu untuk merayu begini untuk satu perkara yang tidak sepatutnya mendapat simpati dari sesiapa. Ambiga memang layak dilayan begitu kerana dialah petualang yang menjadi “Abu Jahal besar” merugikan para peniaga di kawasan Jalan TAR dan sekitarnya. 
Saya ingin bertanya pada Pak Samad. Antara tindakan sengaja memburuk-burukkan negara, merugikan para peniaga dan melakukan huru-hara tanpa alasan yang munasabah, dibandingkan dengan memberikan sedikit “pengajaran” kepada petualang negara, PERLAKUAN MANAKAH YANG LEBIH HINA?
Tak malukah Pak Samad menghina diri sendiri dengan membela seorang yang sehina Ambiga yang begitu terkenal menganjurkan huru-hara dan menyokong penuh agenda murtad serta hak mengamalkan seks songsang di negara ini? 
Sebagai seorang yang saya kira penganut agama Islam dan memiliki semangat yang dianjurkan Rasulullah SAW, dimanakah letaknya pendirian Pak Samad untuk terus menyokong dan bersekongkol dengan individu seperti Ambiga ini? 
Saya sedar, mungkin Pak Samad berasal dari Singapura dan ingin saya nyatakan pada Pak Samad bahawa di Malaysia, mereka-mereka yang menganjurkan budaya sesongsang Ambiga memanf tidak mendapat tempat di kalangan masyarakat yang bermaruah di negara ini.
Seperkara yang saya ingin ingatkan Pak Samad ialah mengenai pendirian Pak Samad yang menentang kerajaan. 
Dahulu Pak Samad menyatakan bahawa Pak Samad menentang kerajaan kerana dasar PPSMI yang dilihat “menganak tirikan” Bahasa Melayu dan sebagai pejuang bahasa serta sasterawan negara, Pak Samad menentang dasar tersebut. 
Ketika itu, Pak Samad berkata sekiranya kerajaan membatalkan PPSMI, Pak Samad akan berhenti berdemo dan akan kembali menyokong kerajaan serta tidak akan buat kacau lagi.
Tapi, setelah PPSMI diumum akan dimansuhkan, mengapa Pak Samad sebok berdemo lagi? Apa kena mengena Bershit dengan Bahasa Melayu? Apakah Bershit dan memakai baju kuning memperjuangkan bahasa dan kesasteraan bahasa ibunda? 
Patutnya, Pak Samad tarbiyah Ambiga dan majoriti rakan bahu kuning Pak Samad itu yang rasanya tidak mahir langsung berbahasa Melayu. Bahasa yang mereka gunakan seharian ialah bahasa Inggeris! Kalau benar Pak Samad cintakan Bahasa Melayu, mengapa perlu sokong mereka? 
Justeru itu, saya menyarankan agar Pak Samad diamkan saja diri dan tidak mengeluarkan lebih banyak kenyataan lagi. Bukan apa, lebih banyak Pak Samad bersuara, lebih banyak Pak Samad dihentam. 
Lagipun, saya bukannya suka sangat hentam orang tua berbangsa Melayu beragama Islam macam Pak Samad. Lebih baik saya hentam Ambiga dari saya hentam Pak Samad, kan?
 Sumber :-klik sini

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog