Dek kerana malu akibat sambutan yang diterima dari penduduk rumah pangsa di Bukit Kerinchi tidak sebagaimana yang diharapkan, walhal itulah tempat yang dikatakan lubuk dan kekuatan Nurul Izzah Anwar Ibrahim, terpaksalah PKR mencipta pelbagai taktik bagi terus meyakinkan para penyokong mereka kononnya UMNO adalah pengganas sebenar.
Sedangkan selama berbelas tahun, PKR merupakan pencetus segala masalah di negara ini. Dari masalah demonstrasi sehinggalah masalah peningkatan kadar jenayah, industri lendir, industri judi haram, pemerdagangan manusia dan sebagainya di Selangor, semuanya berpunca daripada PKR, dengan dibantu atau lebih tepat lagi didalangi oleh DAP.
Kekecohan di Kerinchi sebenarnya bukanlah disebabkan kerana batu atau objek yang dibaling dan mengenai kepala orang yang tidak bersalah, tetapi kerana Anwar Ibrahim cuba menjadikan para pendengar ceramah tegarnya agar menyeberang pagar dan menyerang setiap orang yang berada dalam ceramah UMNO tidak jauh dari tempat dia berceramah.
Itu sebenarnya yang ingin dilakukan.
Justeru, bersandarkan kepada beberapa bukti lakonan yang melibatkan PKR seperti mati hidup semula dalam BERSIH 2.0, sabotaj kereta supaya terlibat dalam kemalangan tetapi Anwar sentiasa ‘cheating-death’ dengan menaiki kereta lain, menuduh Najib penakut dan enggan menghadiri perbicaraan, sedangkan Anwar Ibrahim pula enggan berhujah sebaliknya cuba mencari kemenangan dari segi teknikal, bersahabat baik dengan orang yang telah mengarahkan agar umat Islam di Palestin, Iraq, Afghanistan, Sudan dan Bosnia dibunuh tetapi mengalihkan tuduhan tersebut kepada Tun Dr. Mahathir yang namanya cukup harum di negara-negara berkenaan bukan kerana persahabatan dengan tokoh Zionis tetapi kerana BANTUAN-BANTUAN BESAR yang dihulurkan.
Seperti juga dalam drama terbaru, kisah UMNO ganas kononnya tentu sekali akan mengimbaukan kenangan kita kepada kenangan Pilihanraya Kecil Bagan Pinang apabila seorang penyokong Pakatan Rakyat yang dikenali sebagai Bob Parking telah ditetak oleh orang-orang UMNO.
Gambar-gambar ‘mangsa tetakan’ tersebut telah disiarkan oleh blog-blog Pakatan. Anwar Ibrahim dan PKR sangat kecoh dengan dibantu pula oleh Ketua Pemuda PAS, Nashruddin Tantawi kononnya UMNO ganas dan pengganas.
Namun setelah diselidiki, lain pula ceritanya. Kulit ‘mangsa tetakan’ tersebut langsung tidak mempunyai sebarang kesan. Sebaliknya baju yang ditetak telah terkoyak dan kelihatan seperti dituris, sekaligus mengesahkan bahawa senjata yang digunakan amat tajam.
Anehnya, ‘mangsa tetakan’ tidak mengalami sebarang parut luka walaupun pada masa yang sama, kelihatan ‘darah’ pada kesan turihan di baju.
Apa yang berlaku di Kerinchi sebenarnya mempunyai motif yang sama. Anwar datang ke Lembah Pantai dalam usahanya untuk membantu Nurul Izzah yang semakin menurun populariti lantaran sikapnya yang tidak bekerja untuk rakyat, sebaliknya lebih sibuk dengan perkara-perkara lain yang langsung tidak berkaitan dengan masalah rakyat Lembah Pantai.
Malah, cerita-cerita berkenaan Nurul Izzah yang langsung tidak melayan sebarang aduan rakyat Lembah Pantai kepadanya, bukan juga cerita kosong.
Berbeza dengan zaman Reformasi dan 2008, penduduk Lembah Pantai yang seringkali dijadikan sebagai ‘guinea-pig’ oleh Anwar Ibrahim dan PKR mula menunjukkan sikap negatif mereka terhadap Anwar Ibrahim dan PKR khususnya. Dari awal lagi, sewaktu Nurul Izzah sedang berucap, penduduk yang tidak senang dengan hasutan-hasutan Nurul Izzah sudah mula menunjukkan reaksi mereka.
Apabila Anwar Ibrahim tiba, reaksi negatif semakin menjadi-jadi. Ucapan Anwar Ibrahim lebih banyak terganggu. Emosinya tercabar. Egonya tercalar kerana yang berucap di seberang pagar adalah Ummi Hafilda yang tidak habis-habis menceritakan tentang skandal seks melibatkan Anwar Ibrahim dan kakak iparnya, Shamsidar Taharin.
Itu adalah kemuncaknya bilamana Anwar Ibrahim gagal meneruskan ucapannya dan ceramahnya seperti biasa. Pada ketika yang sama jugalah, saksi-saksi melihat batu-batu dan objek-objek keras berterbangan dari arah sekumpulan ahli AMK, bukan sahaja ke arah kumpulan UMNO tetapi juga ke arah pendengar-pendengar ceramah Anwar Ibrahim.
Dan menariknya, Anwar Ibrahim dalam ucapannya yang berapi-api, menyatakan BETAPA SIALNYA PEMUDA UMNO… kemudian mencabar supaya batu-batu terus dibaling ke arah kumpulan pendengarnya sambil mengapi-apikan para pendengarnya tentang kesialan UMNO dan keganasan yang dilakukan akibat DUIT YANG BANYAK.
Hasutan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim itu memang sangat jelas agar satu pertempuran berdarah tercetus. Dia sebenarnya tidak marah kerana ada orang yang cedera tetapi dia lebih berharap agar lebih ramai yang cedera. Kalau ada yang mati, itu lebih baik buat Anwar Ibrahim.
Pendengar-pendengarnya ceramahnya semakin kurang. Provokasi dan keganasan merupakan intipati kehidupan PKR perlu digerakkan secara agresif untuk meramaikan pendengar ceramah Anwar Ibrahim.
Dan anehnya, di sebalik segala macam provokasi dan keganasan yang melibatkan Anwar Ibrahim dan PKR, sekarang ini pula, UMNO yang dituduh melakukan perbuatan berkenaan.
Anwar dan PKR sudah bertaubat ke? Sumber: Klik sini
No comments:
Post a Comment