PAS dengan jelas menyalah gunakan cara perjuangan parti hanya semata-mata mahukan undi,PAS juga tanpa rasa bersalah menjadikan islam bahan dagangan dalam politik,mempertaruhkan syurga sebagai imbuhan kepada sesiapa saja yang undi PAS.
Dalam PAS mengunakan syurga sebagai bahan kempen,PAS hanya meletakan syarat hanya yang mengundi PAS dapat masuk syurga.apakah orang yang tidak mengundi PAS tak layak masuk syurga milik Allah S.W.T?
Umat Islam sudah sedia maklum bahawa syurga hanya milik Allah S.W.T dan tak pernah wujud syurga milik PAS,mengap dengan sewenang-wenangnya meletakan syurga sebagai bahan dagangan kempen undi?
Jika PAS mengatakan undi PAS masuk syurga,bagaimana pulak sekiranya seseorang itu telah murtad dan hanya kerana mahukan syurga,si yang murtad itu telah undi PAS,di manakah syurga yang layak untuk si yang telah murtad hendak PAS berikan?
Untuk kepada yang belum tahu apa hukumnya kepada yang memperdagangkan syurga untuk kepentingan politik,marilah kita baca hukumnya dari kenyataan Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram,Sheikh Dr Sulaiman Saloomi berkenaan berkempen memperdagangkan Syurga milik Allah S.W.T untuk kepentingan politik.
Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi menegaskan, fatwa propaganda yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan.
Menurut Profesor Jurusan Akidah, Mazhab dan Firaq, Universiti Ummul Qura, Mekah itu, ia tidak sepatutnya keluar daripada mulut orang yang berakal, lebih-lebih lagi dari seorang muslim yang peka dirinya diawasi Allah dalam setiap percakapan serta perbuatan.
Jelas beliau, syurga adalah nikmat, rahmat dan kelebihan yang dikurnia Allah kepada sesiapa yang dapat melaksanakan tuntutan ubudiyah bukan kepada mana-mana pengundi manakala neraka pula adalah azab Allah ke atas mereka yang sesat, kufur atau syirik.
“Antara amalan ketaatan kepada Allah dan penolakan daripada apa yang telah dilarang ialah menolak kepuakan dan menjauhi kepartian. Tidak ada dalil dalam Al-quran dan sunah untuk melibatkan diri dengan kepartian atau menjadikannya jalann kepada perkara yang baik dan betul”
“Bahkan ia adalah bidaah dari barat (iaitu kepartian). Ia tidak wujud pada umat Islam dalam kurun terawal (zaman Rasulullah SAW, para sahabat dan at-tabiin),” katanya dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia yang disiarkan hari ini.Sulaiman yang kemudiannya ditanya tentang seruan pemimpin parti tertentu terhadap kepelbagaian agama dan mengatakan semua agama adalah sama berkata, pendapat itu adalah kufur dan golongan yang berpegang dengan pendapat sedemikian di zaman silam ialah Ikhwan Safa.
Mereka ini katanya, terdiri dikalangan Syiah Batiniyah yang muncul di abad ketiga Hijrah serta telah dihukum kafir oleh semua ulama Hanafi, Maliki dan Hambali kerana berkata secara literal bahawa : “pandangan kami mencakupi semua mazhab dan agama kami mencakupi semua agama.
“Pendapat itu adalah suatu kekufuran kerana agama yang sebenarnya disisi Allah ialah Islam sahaja dan tiada agama lain yang setanding dengannya. Pada zaman moden ini lahir doktrin Freemason yang menyeru supaya mengingkari semua agama atau menyeru kepada penyatuan semua agama dalam satu mazhab.
Ini adalah perbuatan murtad dan keluar dari agama Allah,” tegas beliau.
Mengenai usaha menumbangkan kerajaan sedia ada di negara ini serta menyeru supaya diadakan demonstrasi jalanan, katanya, usaha itu bukanlah jalan kedamaian.
“Agama rasmi Malaysia adalah Islam dan syiar Islam (di negara ini) adalah nyata. Makaadalah menjadi kewajibpan umtuk nasihat menasihati dan membuat perdamaian. Ini adalah Manhaj (Prinsip Dasar) Nabi Muhammad SAW.
“Manakala demontrasi jalanan adalah meniru perbuatan barat yang jauh lebih banyak mendatangkan kerosakan dan kemudaratan keatas umat Islam daripada kebaikan yang diharapkan.,” jelsnya.
Sementara itu, Sulaiman ketika memberi reaksi terhadap kaedah kafir mengkafir yang digunakan oleh sesetengah orang Islam dan ahli politik untuk memancing undi berkata, ia tidak dibenarkan terutama jika digunakan terhadap seorang muslim yang masih lagi mengamalkan amalan Islam yang zahir serta masih mengucap dua kalimah syahadah.
Katanya, sesiapa yang menggunakan pendekatan itu terhadap umat Islam maka tuduhan tersebut akan kembali kepadanya sebagaimana yang telah disabdakan Rasulullah SAW yang bermaksud : “Sesiapa yang berkata kepada saudara Islamnya ‘ wahai kafir’ tuduhan itu akan kembali kepadanya.”
“Adalah menjadi suatu kewajipan ke atas setiap muslim untuk berbaik sangka dengan saudara seIslam dan bergaul dengan cara yang baik,” jelasnya.
Dalam pada itu, beliau menegaskan seseorang muslim tidak dibenarkan untuk bersepakat dengan mana-mana orang bukan Islam dalam apa jua keadaan sekalipun untuk menentang saudara seagama.
Kata beliau, sejarah dengan jelas telah membuktikan minoriti bukan Islam tidak akan mengundi untuk parti islam melainkan jika parti Islam itu berkompromi sesuatu dari agama dan perbuatan tersebut boleh mendatangkanmbahaya besar kepada umat Islam.
No comments:
Post a Comment