pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Saturday, June 30, 2012

Panas !!! Pendedahan permasalahan KUIN yang Azizan Razak sembunyikan dari pengetahuan rakyat Kedah .



Seorang blogger Team Media Kedah pernah mendedahkan surat kakitangan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) berkenaan kemelut dalaman yang berlaku kepada Menteri Besar Kedah , Azizan Razak yang juga pengerusi KUIN ( Di Sini ). Namun sehingga ke hari ini Azizan Razak masih gagal menjawap surat ini setelah di terima Pejabat Menteri Besar pada 12/06/2012.


Sikap berdiam diri Azizan Razak bagaikan mahu melepas tangan di sebalik kemelut yang berlaku dan melihat perkara yang berlaku adalah pemasalahan kecil dan boleh di selesikan bila - bila masa.

Bagi Team Media Kedah, permasalahan ini bukan permasalahan yang kecil kerana ianya melibatkan Universiti milik Kerajaan Negeri dan Azizan Razak yang merupakan Menteri Besar dan juga pengerusi KUIN seharusnya menyelesaikannya.

Team Media Kedah juga nak mempersoalkn bagaimana Kerajaan Negeri boleh memberi jawatan yang melibatkan mengawal selia kewangan kepada seorang yang pernah di sabitkan kesalahan bersubahat pecah amanah oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia pada 21 Disember 2006.


Bukti Ahmad Skhri penah di sabitkan kesalahan
Jika di lihat jawatan Ahmad Skhri Ramli di dalam KUIN adalah Financial Controller (urusan kewangan), pada permulaan perkhidmatan Ahmad Skhri, dia di bayar gaji RM2500 sebulan,dan beberapa bulan selepas itu kenaikan gaji Ahmad Skhri melebihi 50%, kenaikan sebanyak RM1500, menjadikan gaji yang di berikan sebanyak RM 4000.

Pada tahun 2012 Ceo Insaniah Holding, Dato' Wira Dr Jamil Osman yang juga merupakan Rektor Insaniah telah bersetuju menaikan gaji Ahmad Shkri sebanyak RM 4000 dan menjadikan gaji sepenuh Ahmad Skhri sebanyak RM 8000 ianya berbeza dengan apa yang di perolehi kakitangan KUIN sendiri.

Kakitangan KUIN dinafikan kenaikan gaji tahunan 13% mengikut Perkeliling Perkhidmatan Kerajaan yang mana telah di peruntukan kepada kakitangan KUIN.

Penafian kenaikan gaji tahunan ini telah di lakukan Dr Jamil di dalam mensyuarat Lembaga Pengarah Insaniah (Khas) pada tarikh 21 Mei 2o12 dengan alasan defisit di dalam akaun Insaniah namun apa yang berlaku sebaliknya pada 17 Mei 2012 melalui mensyuarat Lembaga Pengarah Insaniah Holdings telah meluluskan bayaran bonus kepada kakitangan Insaniah Holdings sebanyak 8% sehingga 20% mengikut prestasi.

Tujuan Insaniah Holdings di tubuhkan adalah untuk membantu pihak KUIN di dalam mengurus tadbir KUIN menjana peruntukan tambahan bagi menampung kekurangan peruntukan dari Kerajaan Negeri . Tapi apa yang terjadi sekarang ini ianya sudah lari dari konsep tujuan penubuhan Insaniah Holdings BHD untuk membantu pihak KUIN. Segala peruntukan dari Kerajaan Negeri Kedah kepada KUIN telah di guna pakai oleh Insaniah Holdings.

Untuk makluman Dato' Wira Dr Jamil merupakan Rektor Insaniah yang di lantik secara kontrak oleh Azizan Razak, Menteri Besar Kedah di bawah perkeliling berkaitan tempoh sesuatu kontrak di bawah peruntukan QS 11000 dan QS 29000. Hendaklah tidak melebihi tiga tahun perlantikan. Namun bagaimana pun Dr jamil telah di lantik selama empat tahun sekali gus oleh Azizan Razak.

Nantikan Banyak lagi yang akan Team Media Kedah dedahkan berkenaan Kolej Universiti Insaniah dan syarikat Insaniah Holdings BHD

Sumber :- Team Media Kedah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog